Sunday, March 21, 2010

Program Tajaan Ke Luar Negara

Program Universiti Terkemuka

Di bawah program ini pelajar cemerlang akan dipilih untuk mengikuti program persediaan di dalam negeri selama I hingga 2 tahun. Program persediaan ini dijalankan di kolej-kolej persediaan yang berwibawa. Pelajar seterusnya akan ditempatkan di universiti terkemuka luar negara dengan syarat:

Lulus dengan cemerlang dalam program persediaan
Diterima masuk oleh universiti terkemuka yang ditetapkan oleh JPA
Lulus pemeriksaan kesihatan
Penajaan yang diberikan adalah dalam bentuk Biasiswa dan pelajar dikenakan ikatan kontrak untuk berkhidmat dengan kerajaan. Negara yang menjadi pilihan ialah Amerika Syarikat dan United Kingdom.

Program Penajaan Dalam Negara:

Biasiswa

Biasiswa adalah ditawarkan kepada pelajar cemerlang di IPTA dalam bidang-bidang seperti Perubatan, Pergigian, Farmasi, Kejuruteraan, Sains dan Teknologi dan Sains Sosial. Biasiswa juga ditawarkan kepada pelajar cemerlang di Politeknik Kementerian Pendidikan Malaysia. Peringkat penajaan adalah Diploma, Diploma yang bertaraf Ijazah, Diploma Lanjutan dan Ijazah Pertama. Pelajar tajaan yang telah menamatkan pengajian Ijazah Pertama dan mendapat keputusan cemerlang boleh memohon untuk melanjutkan pelajaran di peringkat Sarjana dan PhD.

Syarat-Syarat Penajaan Dalam Negeri

Syarat-syarat yang dikenakan bagi semua pemohon adalah seperti berikut:

1.Warganegara Malaysia
2.Telah diterima masuk ke Universiti Awam, ITM atau Politeknik
3.Berumur tidak melebihi 26 tahun bagi kursus Diploma
4.Berumur tidak melebihi 36 tahun bagi kursus Ijazah Pertama dan Diploma Lanjutan
5.Berumur tidak melebihi 45 tahun bagi Pegawai Kerajaan


Borang Permohonan

Borang permohonan biasiswa untuk pelajar IPTA dalam negeri boleh diperolehi di Institusi Pengajian Tinggi masing-masing. Bagi program penajaan luar negeri, borang permohonan boleh diperolehi dari JPA apabila program ini diiklankan.

Pinjaman

Kemudahan pinjaman yang disediakan adalah berkonsepkan cost sharing di mana JPA akan membiayai yuran pengajian sahaja tertakluk kepada jumlah maksimum sebanyak RM200,000.00. Lain-lain kos seperti kos sara hidup dan kos kerugian pertukaran wang asing adalah di bawah tanggungjawab pelajar sendiri.

Jenis Pinjaman

Pinjaman Khas Perubatan

Pinjaman ini dikhaskan untuk pelajar-pelajar yang mengambil bidang perubatan, pergigian dan farmasi di luar negara. Pelajar-pelajar yang mendapat kemudahan pinjaman ini boleh dikecualikan daripada membayar balik pinjaman sekiranya pelajar bersetuju mengikat kontrak untuk berkhidmat dengan Kerajaan Malaysia selama 10 tahun selepas menamatkan pengajian dengan jaya.

Pinjaman Biasa

Pinjaman ini terbuka kepada pelajar-pelajar di dalam bidang-bidang lain yang diberi keutamaan selain daripada perubatan, pergigian dan farmasi. Pelajar-pelajar yang mendapat kemudahan pinjaman ini dikehendaki untuk membayar balik keseluruhan jumlah pinjaman selepas menamatkan pengajian.

Bidang-Bidang Pengajian Yang Diberi Keutamaan

Bidang-bidang pengajian yang diberi keutamaan adalah seperti berikut :

Perubatan
Pergigian
Farmasi
Kejuruteraan
Sains dan Teknologi (tidak termasuk bidang Sains Komputer dan Teknologi Maklumat)
Senibina
Perakaunan
Kursus Profesional
Bioteknologi
Bidang-bidang lain (yang akan ditentukan dari semasa ke semasa)
Kursus-kursus yang diikuti hendaklah kursus yang telah diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia.

Syarat-Syarat dan Kriteria Permohonan

Syarat umum

i) Warganegara Malaysia;

ii) Berumur di bawah 25 tahun semasa permohonan dibuat.

MARA

Bantuan kewangan dalam bentuk biasiswa/pinjaman pelajaran merupakan salah satu daripada aktiviti MARA. Bantuan ini ditawarkan kepada pelajar bumiputera yang berkelayakan dan berpotensi melanjutkan pengajian di Institusi Pengajian Tinggi. Bahagian yang bertanggungjawab melaksanakan aktiviti ini ialah Bahagian Penganjuran Pelajaran MARA.

Syarat Bantuan Pinjaman MARA

Calon mestilah Melayu/bumiputera warganegara Malaysia.
Tidak pernah ditamatkan bantuan atau ditarik balik bantuan oleh mana-mana penaja atas sebab tindakan disiplin
Tidak pernah dianjurkan oleh mana-mana penaja lain di peringkat yang sama kecuali untuk kursus-kursus kritikal dan profesional atau keperluan semasa.
Mendapat pelepasan kontrak/penangguhan bayaran balik jika pernah ditaja oleh badan lain untuk pengajian sebelumnya.
Mesti mendapat cuti belajar tanpa gaji/pelepasan jawatan jawatan/kebenaran bertulis daripada majikan bagi mereka yang sedang berkhidmat kecuali yang mengikuti program separuh masa dalam negara.
Diperakui sihat dan norma oleh doktor yang bertauliah
Pengajian sepenuh masa (luar negara)
Pengajian sepenuh masa/separuh masa dalam Negara
Umur yang ditetapkan bagi setiap program yang dipohon:

Program Dalam Negara Luar Negara

Diploma tidak melebihi 35 tahun

Ijazah tidak melebihi 40 tahun 30 tahun

Sarjana tidak melebihi 45 tahun 35 tahun

PhD tidak melebihi 45 tahun 40 tahun

Program Separuh Masa. 45 tahun



Untuk maklumat dan keterangan lanjut para pelajar bolehlah menghubungi Bahagian Penganjuran Pelajaran MARA, Tingkat 3, Ibu Pejabat MARA,Kuala Lumpur.

No comments:

Post a Comment

PANDANGAN ANDA...

LinkWithin