Thursday, March 25, 2010

ANUGERAH CEMERLANG KELAS PERTAMA


Kerajaan Negeri Sembilan melalui Yayasan Negeri Sembilan menyediakan Anugerah Cemerlang kepada graduan-graduan yang berjaya menamatkan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda secara sepenuh masa dengan cemerlang dan memperolehi Kelas Pertama dari Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA), Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) dan Universiti Luar Negara. Bagi IPTS dan Universiti Luar Negara perlulah di iktiraf oleh Kerajaan ( Jabatan Perkhidmatan Awam ). Penganugerahan ini tertakluk kepada syarat-syarat seperti berikut:-

1. Institut Pengajian Tinggi Awam - berkuatkuasa bermula pada tahun 2006.

2. Institut Pengajian Tinggi Swasta / Universiti Luar Negara - berkuatkuasa bermula pada tahun 2008.

Bagi IPTS tempatan, hanya dianugerahkan kepada Universiti-universiti dimana syarikatnya dimiliki oleh kerajaan seperti :-

i.) UNITEN

ii.) MMU

iii.) Telekom

iv.) Petronas

v.) Majlis Amanah Rakyat Mara

Graduan -graduan yang lulus sebelum tarikh kuatkuasa tersebut adalah tidak layak dipertimbangkan.

sumber: Yayasan Negeri Sembilan

3 comments:

  1. cne nk apply? kena sertakan dokumen apa lg selain transcript n scroll?

    ReplyDelete
  2. Slm.
    Directly pergi ke Pej Yayasan. Mereka akan bagi senarai semak dokumen yang diperlukan.
    Semua dokumen perlu disahkan.

    ReplyDelete
  3. Salam.
    kalau lahir negeri lain tapi dah menetap di negeri sembilan lebih dari 20 tahun boleh ke?

    ReplyDelete

PANDANGAN ANDA...

LinkWithin