Tuesday, October 26, 2010

PERMOHONAN KURUS PERGURUAN 2011

 

PERMOHONAN KURUS PERGURUAN LEPAS IJAZAH (KPLI-SR & KPLI j-QAF AMBILAN JANUARI 2011

Assalamu'alaikum w.b.t & Salam Sejahtera,
 Aplikasi Permohonan Kursus Perguruan Lepas Ijazah (KPLI-SR dan KPLI-jQAF) Ambilan Jan 2011 boleh dibuat mulai pada 11 Oktober 2010 (Isnin) melalui laman sesawang Kementerian Pelajaran Malaysia : http://www.moe.gov.my.
Calon dikehendaki mendapatkan NO PIN di cawangan BSN berhampiran sebelum membuat permohonan.
Sekian, terima kasih.

MAJLIS PERSARAAN PENGARAH PELAJARAN 2010


                                Bekas Pengarah Pelajaran Negeri Sembilan,
                                        En.Abdullah Bin Mohammad.






Majlis Persaraan Pengarah Pelajaran, Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan pada 20 Oktober 2010 bertempat di Dataran Perpaduan

Wednesday, October 20, 2010

STANDARD GURU MALAYSIA (SGM) I


LATAR BELAKANG
Malaysia memberi penekanan tinggi terhadap pembangunan modal insan kelas pertama di mana bina upaya adalah pendekatan utama ke arah mencapai status negara maju pada tahun 2020. Modal insan adalah harta yang boleh disuntik nilai tambahnya, diinjakkan nilai inteleknya serta diperbanyakkan modal budayanya.

Pembangunan modal insan berkualiti bergantung kepada pendidikan berkualiti; yang dapat menghasilkan individu yang mempunyai jati diri yang kukuh, berketerampilan, berkeperibadian mulia, berpengetahuan dan berkemahiran tinggi bagi mengisi keperluan negara maju. Pendidikan juga perlu membentuk modal insan yang mampu berfikiran kritis dan kreatif, berkemahiran menyelesaikan masalah, berkeupayaan mencipta peluang baru, mempunyai daya tahan serta kebolehan untuk berhadapan dengan persekitaran global yang sering berubah.

Dalam abad ke-21 ini, negara menghadapi cabaran baru kesan daripada globalisasi, liberalisasi, pengantarabangsaan dan perkembangan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK). Sehubungan dengan itu Malaysia memerlukan modal insan yang juga celik TMK, progresif dan mampu bersaing di pasaran kerja global.

Pembangunan sistem pendidikan bertaraf dunia mengikut acuan Malaysia adalah agenda utama Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT). Justeru itu, guru perlu memahami, menunjukkan kesungguhan, dan mempunyai iltizam yang tinggi dalam melaksanakan daya usaha dan pendekatan baru ke arah usaha untuk meningkatkan kualiti pendidikan seperti petikan yang berikut:

”... as the most significant and costly resource in schools, teachers are central to school improvement efforts. Improving the efficiency and equity of schooling depends, in large measure, on ensuring that competent people want to work as teachers, that their teaching is of high quality, and that all students have access to high quality teaching.”

(Organization for Economic Co-operation and Development; petikan daripada Pelan Induk Pembangunan Pendidikan KPM 2007; hal. 106 )

Kementerian Pelajaran Malaysia telah melaksanakan pelbagai usaha untuk melahirkan guru yang berkualiti dan memastikan mereka yang berkualiti kekal dalam sistem pendidikan negara dan kekal berkualiti di sepanjang tempoh perkhidmatan. Antara langkah yang telah diusahakan termasuklah memantapkan latihan perguruan, menambah baik sistem pemilihan calon guru, melonjakkan kecemerlangan institusi latihan perguruan, dan menambah baik laluan kerjaya serta kebajikan guru.

Bahagian Pendidikan Guru (BPG), Kementerian Pelajaran Malaysia merupakan peneraju utama latihan perguruan di Malaysia. BPG bersama-sama Institut Pendidikan Guru (IPG) dan Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) bertanggungjawab merancang dan melaksanakan latihan perguruan untuk memenuhi keperluan tenaga pengajar di institusi pendidikan seluruh negara. Bagi menjamin guru yang dihasilkan berkualiti tinggi, tiga aspek utama ditekankan iaitu amalan nilai profesionalisme keguruan, pengetahuan dan kefahaman, serta kemahiran pengajaran dan pembelajaran.

Bahagian Pendidian Guru telah mengambil langkah proaktif dalam membangunkan standard guru sebagai panduan dan rujukan kepada guru, pendidik guru, agensi dan institusi latihan perguruan di Malaysia.

RASIONAL
Standard Guru Malaysia ini digubal berdasarkan rasional yang berikut:

  • Guru perlu mempunyai tahap amalan nilai profesionalisme keguruan, pengetahuan dan kefahaman, serta kemahiran pengajaran dan pembelajaran yang tinggi bagi membolehkan mereka berfungsi sebagai guru profesional dengan berkesan,
  • Agensi dan institusi latihan perguruan patut menyediakan keperluan yang jelas dan lengkap seperti dasar, kurikulum, infrastruktur, tenaga pengajar, sumber pengajaran dan pembelajaran, serta jaminan kualiti untuk membolehkan proses latihan dijalankan dengan lancar, berkesan dan bermutu tinggi,
  • KPM sedang berusaha untuk melonjakkan kecemerlangan institusi pendidikan guru yang dapat dijadikan showcase. Justeru itu, adalah wajar standard bagi institusi latihan perguruan diwujudkan, dan
  • Standard Guru Malaysia menggariskan kriteria dan standard am guru selaras dengan Malaysian Qualifications Framework (MQF) yang menggariskan kriteria dan standard am pendidikan tinggi. 
TUJUAN
Standard Guru Malaysia digubal bagi tujuan yang berikut:

  • mengenal pasti tahap kompetensi profesional guru dalam aspek amalan nilai profesionalisme keguruan, pengetahuan dan kefahaman, serta kemahiran pengajaran dan pembelajaran,
  • mengenal pasti tahap penyediaan dan pelaksanaan keperluan latihan oleh agensi dan institusi latihan perguruan bagi menjamin tahap kompetensi guru yang ditetapkan tercapai.

Standard Guru Malaysia akan dapat mengenal pasti dasar dan strategi pembangunan pendidikan guru yang patut ditambahbaik sejajar dengan perkembangan dan cabaran semasa dunia pendidikan. 

PENGGUBALAN
Penggubalan SGM adalah berasaskan kepada prinsip dan proses yang berikut:

  • Pernyataan Standard dan Keperluan jelas, tepat, relevan, praktikal, adil, dan realistik,
  • Standard dan Keperluan yang dicadangkan adalah berasaskan kajian serta penandaarasan, dan
  • Proses penggubalan dilaksanakan secara kolaboratif, telus, terbuka dan persetujuan bersama dengan pihak-pihak berkepentingan.
PENGGUNAAN
Standard Guru Malaysia adalah dokumen rujukan yang patut diguna pakai oleh pihak yang berikut:
Guru
  • Membuat refleksi kendiri terhadap tahap pencapaian standard.
  • Mengenal pasti keperluan pembangunan profesionalisme diri.
Pendidik Guru di Institusi Latihan Perguruan
  • Membuat refleksi kendiri terhadap tahap pencapaian standard.
  • Mengenal pasti keperluan pembangunan profesionalisme diri.
  • Mengenal pasti tahap pencapaian standard oleh guru pelatih (guru praperkhidmatan) atau peserta kursus (guru dalam perkhidmatan).
  • Mengenal pasti strategi bagi membantu guru pelatih atau peserta kursus meningkatkan tahap pencapaian standard.

Pengurus dan Pentadbir Institusi Latihan Perguruan
  • Mengenal pasti tahap pencapaian standard oleh guru pelatih dan peserta kursus.
  • Mengenal pasti tahap penyediaan dan pelaksanaan keperluan latihan oleh institusi.
  • Mengenal pasti strategi bagi meningkatkan tahap pencapaian standard dan keperluan.

Guru Besar dan Pengetua Sekolah
  • Mengenal pasti tahap pencapaian standard oleh guru.
  • Menyediakan dan melaksanakan strategi bagi meningkatkan tahap pencapaian standard oleh guru.
Agensi Latihan Perguruan
  • Mengenal pasti tahap pencapaian standard oleh guru pelatih dan peserta kursus di institusi latihan perguruan.
  • Mengenal pasti tahap penyediaan dan pelaksanaan keperluan oleh agensi dan institusi latihan perguruan.
  • Mengenal pasti dasar dan strategi pembangunan pendidikan guru yang boleh ditambahbaik. 
GLOSARI
Berikut adalah penjelasan kepada istilah yang digunakan dalam dokumen Standard Guru Malaysia, Panduan Standard Guru Malaysia dan Instrumen Standard Guru Malaysia.

  • Guru
Tiga kategori guru yang dimaksudkan ialah guru terlatih yang sedang mengajar di sekolah, guru terlatih yang sedang mengikuti kursus dalam perkhidmatan di institusi latihan perguruan, dan guru pelatih yang sedang mengikuti kursus praperkhidmatan di institusi latihan perguruan.
  • Institusi Pendidikan
Sekolah atau mana-mana tempat lain, di mana dalam menjalankan kerja sesuatu organisasi atau institusi, individu lazimnya diajar, sama ada di dalam satu kelas atau lebih.
  • Standard
Pernyataan kompetensi profesional yang patut dicapai oleh guru.
  • Keperluan
Pernyataan aspek latihan perguruan yang patut disediakan dan dilaksanakan oleh agensi dan institusi latihan perguruan.
  • Bilik Darjah
Lokasi dan ruang di mana sesi pengajaran dan pembelajaran dijalankan, termasuk bilik kuliah, bengkel dan makmal.
  • Kompetensi
Kemahiran profesional guru berdasarkan amalan nilai profesionalisme, pengetahuan dan kefahaman, dan kemahiran pengajaran dan pembelajaran.
  • Institusi Latihan Perguruan
Organisasi yang bertanggungjawab mereka bentuk dan melaksanakan latihan perguruan termasuklah IPG dan fakulti pendidikan di Institusi Pengajian Tinggi (IPT).
  • Agensi Latihan Perguruan
Organisasi yang menggubal dasar dan memantau pelaksanaan latihan perguruan seperti Kementerian Pengajian Tinggi dan BPG
  • Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM)
Institusi yang melaksanakan latihan perguruan di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia.
  • Sekolah
Institusi pendidikan ini merangkumi sekolah rendah dan menengah, sekolah teknik, sekolah pendidikan khas, sekolah vokasional.
  • Murid
Pelajar sekolah yang menerima pengajaran dan pembelajaran daripada guru.
  • Program
Susunan kursus dan isi kandungan pembelajaran yang dirancang serta direka bentuk bagi suatu tempoh tertentu untuk mencapai hasil pembelajaran seperti yang ditentukan dalam matlamat dan objektifnya. Program yang dimaksudkan akan menjurus kepada penganugerahan sesuatu kelayakan.
  • Kursus
Unit asas pembelajaran yang membentuk sesuatu program, mempunyai hasil khusus, kandungan dan kaedah pengajaran dan pembelajaran serta kaedah penilaian bagi menyokong pencapaian hasil pembelajaran.
  • Kurikulum
Skop dan isi kandungan sesuatu mata pelajaran di institusi latihan perguruan. Kurikulum merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan, dan kepercayaan untuk membantu perkembangan seseorang pelajar dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi serta untuk menanam dan mempertingkatkan nilai moral yang diingini dan untuk menyampaikan pengetahuan.
  • Aktiviti Kokurikulum
Aktiviti persatuan atau kelab, sukan dan olahraga, serta unit beruniform yang wajib diikuti oleh semua guru pelatih yang mengikuti latihan perguruan.
  • Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS)
Guru pelatih Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) ditempatkan di sekolah selama satu minggu untuk memberi peluang kepada mereka memahami sekolah sebagai sebuah institusi pendidikan dan peranan guru di dalam bilik darjah melalui pemerhatian, penelitian dokumen, refleksi dan interaksi dengan guru dan komuniti sekolah.
  • Minggu Orientasi Sekolah (MOS)
Guru pelatih Kursus Perguruan Lepas Ijazah Sekolah Rendah (KPLI SR) Jawi, Quran, bahasa Arab dan Fardu Ain (j-QAF) ditempatkan di sekolah selama satu minggu untuk memberi peluang kepada mereka memahami sekolah sebagai sebuah institusi pendidikan dan peranan guru di dalam bilik darjah melalui pemerhatian, penelitian dokumen, refleksi dan interaksi dengan guru dan komuniti sekolah.
  • Praktikum
Semua guru pelatih yang mengikuti latihan perguruan di tempatkan di sekolah untuk pengalaman praktik di dalam dan di luar bilik darjah. Praktikum menyediakan peluang kepada guru pelatih mempraktikkan teori dalam amalan pengajaran dan pembelajaran serta menghasilkan teori pengajaran dan pembelajaran yang tersendiri.
  • Penilaian
Pengukuran berterusan yang dijalankan sepanjang tempoh kursus pengajian atau program latihan dan termasuklah apa-apa peperiksaan bertulis yang membawa markah atau gred bagi sesuatu kursus atau program latihan atau sebahagian daripadanya.
  • Pembangunan Profesionalisme Berterusan
Program latihan secara sistematik yang menjurus ke arah peningkatan profesionalisme dan pembangunan kerjaya serta kecemerlangan perkhidmatan.
  • Hasil Pembelajaran
Penguasaan guru dalam amalan nilai profesionalisme keguruan, ilmu pengetahuan dan kefahaman serta kemahiran pengajaran dan pembelajaran.
  • Pihak Berkepentingan
Pihak yang mempunyai kepentingan bersama secara langsung dalam konteks perkhidmatan pendidikan. Contohnya sekolah, ibu bapa, penaja, ketua perkhidmatan.
  • Budaya IPG
Amalan kerja warga IPG bertujuan mewujudkan identiti institusi unggul yang melahirkan guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara, serta menyanjung warisan kebudayaan negara, menjamin perkembangan individu, dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif dan berdisiplin.
  • Infrastruktur
Kemudahan fizikal di institusi latihan perguruan bagi menyokong penterjemahan dan pelaksanaan kurikulum serta kokurikulum yang berkesan, bermakna dan menyeronokkan.
  • Infostruktur
Pemilihan dan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) secara berkesan, jaringan dalaman dan luaran serta perkhidmatan pusat sumber.
  • Pengurusan Kualiti
Mekanisme dan kerangka kualiti semua proses aktiviti organisasi bagi menjamin kualiti produk dan perkhidmatan yang ditawarkan.
  • Pendidik Guru
Merupakan individu yang bertauliah yang melatih guru di institusi latihan perguruan.

sambungan standard guru malaysia(sgm) II

Wednesday, October 13, 2010

Model baru peperiksaan perkasa pendidikan



Perubahan format UPSR, PMR mampu lahir generasi lebih berkemahiran, berakhlak

SELEPAS tiga bulan berpolemik dan tiga rundingan meja bulat, Kementerian Pelajaran kelmarin mengumumkan tidak meneruskan Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan diubah format baru, manakala Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) akan diteruskan dengan penambahbaikan mulai 2016.

Menterinya, yang juga Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata peperiksaan bagi pelajar Tingkatan Tiga akan dibuat melalui penilaian berasaskan sekolah, manakala peperiksaan UPSR bagi murid Tahun Enam akan mempunyai bentuk dan format yang agak berbeza, termasuk menggunakan nama baru. Antara penambahbaikan yang mungkin dilakukan untuk UPSR ialah 60 peratus penilaian murid akan berasaskan bidang akademik terpilih, manakala 40 peratus lagi berdasarkan kokurikulum atau sivik.
Bagaimanapun, sistem penilaian baru itu hanya boleh dilaksanakan paling awal enam tahun lagi bagi mengelak pelajar dalam sistem peperiksaan sekarang dibebani dengan format baru. Ini bermakna murid yang memasuki sekolah tahun depan dijangka menduduki format baru UPSR, manakala pelaksanaan ujian baru menggantikan PMR mungkin bermula lebih lewat daripada tarikh itu. Perubahan format kedua-dua peperiksaan ini turut membabitkan perubahan kurikulum, buku dan latihan untuk guru.

“Secara kasarnya saya boleh sebutkan, umumnya ramai bersetuju bahawa UPSR itu perlu dikekalkan tetapi mesti ada penambahbaikan, manakala bagi PMR pula umum bersetuju ia diganti dengan penilaian berasaskan sekolah. Yang penting di sini ialah setiap peringkat kemajuan murid dan pelajar sekolah itu perlu dinilai,” kata Muhyiddin.

Pengumuman Muhyiddin itu melenyapkan kebimbangan sesetengah pihak sebelum ini yang mahu sistem peperiksaan untuk menguji tahap pencapaian pelajar terutama selepas enam tahun bersekolah dikekalkan. Peruntukan 40 peratus penilaian UPSR berdasarkan kurikulum atau sivik diharap boleh melahirkan pelajar bukan hanya dianggap cemerlang apabila mendapat markah tinggi dalam bidang akademik tetapi juga hebat bersukan atau aktiviti kokurikulum lain.

Begitu juga dengan PMR, yang format barunya nanti membabitkan penilaian terhadap pencapaian pelajar dilakukan pada peringkat sekolah seperti dilaksanakan secara percubaan di 550 sekolah sejak dua tahun lalu. Dalam kata lain, selepas ini hanya ada dua peperiksaan utama iaitu UPSR pada peringkat rendah dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada peringkat menengah.
Walaupun butiran terperinci mengenai format baru kedua-dua peperiksaan itu belum umumkan, yang pasti sistem persekolahan kita selepas ini tidak lagi berasaskan peperiksaan semata-mata. Penilaian berasaskan sekolah membolehkan guru menilai sebarang kegiatan sesuai yang bukan akademik untuk dilakukan pelajar, terutama aktiviti membabitkan pembinaan sahsiah, adab, akhlak dan kemahiran sosial. Dengan itu, pelajar dan guru tidak lagi menumpukan perhatian kepada peperiksaan umum, semata-mata tetapi lebih kepada proses mendidik pelajar menjadi manusia berpengetahuan, berkemahiran dan berakhlak mulia.

Begitupun, perubahan format baru kedua-dua peperiksaan ini turut memerlukan perubahan sikap serta pemikiran guru dan ibu bapa. Di pihak guru, kementerian boleh menyediakan kursus, latihan dan motivasi supaya mereka bukan saja dapat melaksanakannya dengan berkesan tetapi mampu menjadikan sistem baru ini lebih menyeronokkan pelajar.

Yang agak sukar ialah di kalangan ibu bapa kerana sejak sekian lama, ramai yang terlalu taksub untuk memastikan anak mereka mendapat straight A sehingga sanggup berbelanja beratus ringgit menghantar anak ke kelas tuisyen mulai Tahun Satu lagi. Ada kerajaan negeri yang menyediakan puluhan ribu ringgit bagi memberi ganjaran kepada murid yang mendapat 5A dalam UPSR.

Barangkali selepas ini, duit yang dibelanjakan untuk tuisyen itu boleh digunakan untuk membeli kelengkapan sukan, karya sastera, peralatan kemahiran hidup dan pelbagai kelengkapan kokurikulum lain bagi membantu anak turut cemerlang dalam bidang itu.

Cara ini bukan saja membantu anak-anak belajar dalam suasana yang lebih menyeronokkan tanpa perlu dibebani peperiksaan tetapi melengkapkan diri mereka untuk melangkah alam pekerjaan dengan yakin serta menjadikan mereka manusia lebih berguna kepada masyarakat dan negara.

Berita Harian Online: 11 Oktober 2010

Dasar baru jadikan ICT peneraju pendidikan


PUTRAJAYA: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata Dasar Teknologi Maklumat dan Komunikasi Dalam Pendidikan akan menjadikan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) sebagai pengupaya utama dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran, berkata langkah itu meningkatkan kualiti pendidikan dan melahirkan generasi berilmu serta berupaya menyumbang ke arah pembangunan negara.

“Dasar ini kesinambungan daripada inisiatif Sekolah Bestari yang menekankan penggunaan teknologi sebagai wahana menggalakkan perkembangan daya kreativiti, pembelajaran secara bekerjasama, pemikiran kritis dan penyelesaian masalah.

“Dasar ini menggabung dan menyelaraskan semua inisiatif ICT sedia ada seperti SchoolNet, Makmal Komputer, EduWebTV, Pusat Akses dan apa jua inisiatif ICT yang dilaksanakan pada masa depan dengan tujuan meningkatkan pencapaian murid,” katanya ketika melancarkan dasar itu di sini, semalam.

Hadir sama Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom; Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) Kementerian Pela-jaran, Dr Rosli Mohamad dan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Multimedia (MDeC), Datuk Badlisham Ghazali.

Difahamkan, dasar itu dilancar berikutan kajian Unit Perancang Ekonomi (EPU) Jabatan Perdana Menteri yang melaporkan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010 tidak menyatakan secara khusus peranan ICT sebagai pengupaya proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.
EPU turut menyifatkan pelaburan RM6.1 bilion bagi inisiatif ICT untuk tempoh 1999 hingga 2009 sebagai tidak memberikan pulangan setimpal kepada pembangunan modal insan negara.

Muhyiddin berkata, dasar itu akan menjadikan amalan di negara maju sebagai penanda aras untuk memastikan komponen ICT dalam pendidikan mampu mencapai piawaian antarabangsa.

Katanya, dengan menjadikan dasar itu sebagai rujukan, pelaksanaan semua program ICT di kementerian menjurus kepada sasaran yang sama iaitu mempertingkatkan pencapaian murid dan memastikan setiap murid mempunyai akses kepada pendidikan yang berkualiti.

Empat asas menjadi teras dasar iaitu pembangunan modal insan berterusan, penggunaan teknologi yang sesuai bagi mengintegrasikan inisiatif ICT sedia ada dalam pendidikan, proses pengajaran dan pembelajaran dan pengurusan pendidikan menggunakan ICT.

Berita Harian Online: 13 Oktober 2010

Saturday, September 25, 2010

eBook bukan sekadar ringankan beg

SELEPAS bertahun-tahun isu beg sekolah berat menjadi perdebatan hangat dengan pelbagai resolusi dicadangkan belum ada penamatnya, apa yang telah dirintis oleh kerajaan Terengganu sejak tiga tahun lalu mungkin adalah jawapan terbaik.

Kerajaan Terengganu menyediakan komputer riba buku elektronik (eBook) percuma kepada pelajar sekolah rendah bagi menggantikan buku teks menjadikan mereka sebagai kumpulan eksperimental paling muda menggunakan teknologi terkini pembelajaran di sekolah.

Tanpa perlu membawa beg berat mahupun merugikan penggunaan kertas, pengenalan eBook seharusnya diakui sebagai satu inovasi dan lembaran baru dalam pendidikan negara. Sehingga kini dengan sistem pembelajaran yang dilihat semakin lancar, pelajar tahun 4, 5 dan 6 di Terengganu menggunakan sepenuhnya kecanggihan teknologi itu.

Selain Terengganu, beberapa negeri seperti Melaka, Sarawak dan Brunei sudah pun memasang impian untuk menggunakan inovasi eBook di negeri masing-masing bagi memudahkan pelajar.

Penggunaan eBook yang semakin mendapat perhatian pelajar dan ibu bapa dijangka mampu menjadi revolusi dalam pendidikan negara.

Dengan permintaan yang semakin meningkat apabila ada ibu bapa yang tidak mahu terus menunggu atau mahukan anak-anak mereka turut memanfaatkan diri menggunakan teknologi eBook, Sutera Niaga Elit Sdn. Bhd. sedia menjual eBook secara komersial.

eBook model 2011

Pengurus Besarnya, Mohd. Rozali Masdol memberitahu, selaku ejen pemasaran dan pengedaran produk di bawah Koperasi Angkat Sekolah pihaknya turut melebarkan sayap ke seluruh negeri termasuk Brunei, memandangkan eBook mempunyai potensi yang tinggi dari aspek teknologi pendidikan.

Beliau yang ditemui di pejabat Kosmo! memberitahu, eBook terbaharu model 2011 lebih komprehensif dan canggih apabila ia didatangkan dengan pelbagai perisian yang dapat memanfaatkan pelajar dan guru. Peranti terkini itu juga boleh digunakan ibu bapa dengan mudah dan selesa.

“Dengan berat hanya 1.2 kilogram (kg) berbanding model terdahulu iaitu kira-kira 1.6 kg, model terbaharu ini dijangka mampu memberi keselesaan kepada pelajar yang dibebani buku teks berat, malah ia boleh di bawa ke mana-mana sahaja dengan mudah.

“Selain itu, eBook model 2011 yang menggunakan teknologi Intel Corp. mempunyai reka bentuk lebih menarik bersesuaian dengan gaya hidup pelajar serba canggih hari ini. Peranti generasi ketiga ini dilengkapi perisian buku teks tahun 4, 5 dan 6 untuk memastikan pelajar dapat mengikuti kelas dengan pantas,” katanya.

Mohd. Rozali menambah, eBook model 2011 turut didatangkan dengan perisian jaringan komuniti seperti al-Quran, fardu ain, amalan solat dan kamus. Malah, ia bukan sahaja boleh digunakan pelajar-pelajar, tetapi ibu bapa dapat menikmati kemudahan yang ditawarkan dalam peranti tersebut.

Katanya, perisian jaringan komuniti yang ditawarkan dalam peranti terbaharu itu dapat mendekatkan lagi pelajar dengan ibu bapa mereka apabila menggunakannya.

“Sebagai contoh, perisian al-Quran yang disediakan turut mengandungi sistem audio untuk membantu pelajar mengikuti pengajaran dengan lebih mudah dan sistematik. Bahkan, pelajar dapat mengetahui maknanya apabila tafsiran turut disediakan kepada mereka.

“Perisian ini boleh mengeratkan lagi perhubungan kekeluargaan kerana ibu bapa juga boleh mengaji bersama anak-anak mereka apabila mempunyai masa lapang di rumah. Selain mengaji al-Quran, mereka boleh mengetahui mengenai cara-cara mengambil wuduk, tayamum, solat, surah hafazan dan lain-lain lagi yang terdapat dalam peranti berkenaan,” ujarnya lagi.

Dengan menggunakan peranti berkenaan, Mohd. Rozali menambah, pelajar-pelajar akan merasai pengalaman baru dalam dunia pendidikan kerana hampir kesemua perisian yang terkandung dalam eBook tersebut adalah interaktif.

Katanya, eBook terbaharu yang mempunyai paparan 10 inci dengan kerangka tahan lasak turut didatangkan dengan kamera web untuk memudahkan lagi pelajar-pelajar berhubung antara satu sama lain.

“eBook untuk pasaran umum ini akan muncul dengan versi baru lebih menarik yang juga dilengkapi Intel Pineview M Atom Procesesor 45nm, FCBGA, single core N455 hingga 1.66GHz (512 KB L2 Cache), 533 FSB LCD 10.1 dengan 1024x600(antisilau) dan perisian Window 7. Ia dijangka akan berada di pasaran pada bulan Oktober ini,” ujarnya.

Ditanya mengenai kawalan dan pemantauan yang boleh dilakukan ibu bapa sekiranya eBook disalah guna oleh pelajar, Mohd. Rozali berkata, eBook telah dilengkapi perisian yang mempunyai kebolehan menyekat kanak-kanak atau pelajar daripada melayari laman web tertentu.

“Kemudahan ini disediakan untuk memastikan ibu bapa dapat memantau anak- anak mereka daripada melayari laman web yang tidak diingini. Selain itu, kita juga ada menyediakan perisian berkebolehan membantu ibu bapa merujuk kembali laman dilayari anak mereka. Jika ibu bapa mahu melayari laman web, mereka akan diberi kata kunci khas,” katanya merujuk kepada laman web seperti You Tube.

Sehingga kini, seramai 75,000 pelajar telah memanfaatkan kemudahan ini di Terengganu dan pendekatan itu mendapat minat khas daripada ibu bapa dipercayai menyumbang kepada penjualan komersial eBook kepada mereka.

Bahkan, eBook model 2011 juga akan dimanfaatkan oleh pelajar sekolah menengah hingga tingkatan 5.

“Bagi proses pembelian eBook, kami menyediakan dua pilihan kepada pengguna iaitu ansuran atau tunai melalui dua kategori pembeli iaitu kakitangan kerajaan dan swasta. Bagi bayaran ansuran kakitangan kerajaan, mereka boleh mengisi borang yang disediakan oleh syarikat kami untuk pemotongan gaji majikan kakitangan biro Angkasa.

“Bagi kakitangan swasta pula, ia boleh diuruskan melalui potongan gaji bank. Pilihan ini ditawarkan adalah untuk memudahkan lagi pengguna mendapatkan eBook terbaharu ini,” ujarnya.

Jelasnya, penjualan eBook juga menitik berat soal rangkaian dan sosial seperti penjual berhubung balik dengan ibu bapa jika terdapat masalah selain masalah penyelengaraan, rosak, terkena cecair atau pecah.

“Untuk itu, kami sediakan satu sistem jualan supaya pihak yang menjual selain Syarikat Sutera Niaga Elit mendapat komisen dan mempunyai hubungan baik dengan pembeli,” terang beliau.

Mohd. Rozali berkata Syarikat Sutera Elit Niaga percaya dengan kadar permintaan yang kian meningkat pihaknya dapat mencapai sasaran jualan sebanyak 90,000 unit eBook pada tahun ini dan 300,000 unit eBook pada tahun hadapan.

Sutera Niaga Elit menawarkan pakej belian eBook pada harga RM2,988 yang turut menawarkan jalur lebar Celcom percuma selama setahun selain langganan Tutor Utusan.

Pihaknya juga bersedia memasukkan portal-portal pendidikan yang lain seperti yang diminta ibu bapa pada harga maksimum RM2,988.

Untuk maklumat lanjut tentang urusan jual beli atau maklumat lanjut, sila hubungi Rozali di talian 019-7176 869 atau Nacoji Holdings di Taman Miharja, Kuala Lumpur.

kosmo:Oleh NIZHA PERIASAMY dan NADZARUL AMIR ZAINAL AZAM
26/09/2010

Monday, September 20, 2010


Mengambil kesempatan ini, kami guru-guru SK KG BARU SI-RUSA ingin mengucapkan selamat menghadapi peperiksaan UPSR untuk anak didik yang berada di Tahun 6 pada tahun ini agar dapat menjawab peperiksaan dengan baik dan cemerlang. Ini satu-satunya saat untuk mencurah segala ilmu yang telah dipelajari semenjak dari Tahun 1. Semoga berjaya hendaknya untuk semua.

Sunday, September 5, 2010


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini





Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

KEBENARAN KHAS KEPADA GURU-GURU DAN MURID-MURID

September 2nd, 2010
Adalah dimaklumkan bahawa dalam Mesyuarat Jawatankuasa Induk Pembangunan Sukan Sekolah yang dipengerusikan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran pada 17 Mac 2010 telah memutuskan bahawa Surat Siaran tentang pakaian sukan perlu dikeluarkan dalam usaha memperkasakan sukan dan mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (PJK) di sekolah.


2. Hebahan dan makluman surat siaran ini hendaklah disebarluas serta merta kepada semua guru dan semua murid di bawah pentadbiran pihak sekolah tuan.

PJPK[1]

Luluh...

MOHD Yusoff Awang Besar yang baru pulang dari Mesir hampir pengsan ketika menunggu jenazah isteri dan anak tunggalnya dipercayai dibunuh di Port Dickson, kelmarin, untuk dikebumikan di Tumpat, Kelantan, semalam.

2010/09/05- (Berita Harian)
TUMPAT: Melangkah longlai.... hasrat menyambut Aidilfitri bersama isteri dan anak terkubur dengan tragedi menyayat hati. Perasaan sedih yang menyelubungi suasana di rumah seorang ustazah dan anaknya yang dipercayai mati dibunuh di Port Dickson, Negeri Sembilan, kelmarin bertambah pilu apabila suami mangsa yang baru tiba dari Mesir hampir pengsan sehingga terpaksa dipapah ketika menunggu jenazah dua insan tersayang itu dibawa pulang dari hospital. Mohd Yusoff Awang Besar, 35, sebelum itu melangkah longlai sebaik tiba di


halaman kediaman arwah isterinya di Kampung Pulau Kerbau, Palekbang, di sini dari Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa, kira-kira jam 4 petang semalam.

Ahli perniagaan itu dipapah masuk ke dalam rumah untuk berehat dan menunggu hampir setengah jam sebelum jenazah isterinya, Norliza Ishak, 35, dan anak tunggal mereka, Amirul Ayman, 10, yang ditempatkan di Hospital Tumpat tiba di kediaman berkenaan.

Mohd Yusoff yang sepatutnya pulang ke tanah air dua hari lalu untuk menyambut Aidilfitri bersama keluarganya menggagahkan diri menatap wajah dua insan tersayang itu buat kali terakhir sebelum jenazah disembahyang dan dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Sungai Pinang, kira-kira dua kilometer dari rumah mereka.

Wakil media yang menunggu hampir dua jam gagal menemubual Mohd Yusoff yang sudah 11 tahun mengendalikan perniagaan di Mesir selepas dimaklumkan beliau masih dalam terkejut serta bersedih dengan tragedi menimpa isteri dan anaknya.

Dua beranak itu ditemui mati kira-kira jam 10 pagi kelmarin dengan kedua-dua tangan serta kaki diikat menggunakan pita pelekat dan tali, manakala muka dibalut dengan kain sarung di kediaman mereka di Apartmen Seri Bandar, Taman Bandar, Port Dickson.

Siasatan awal polis mendapati seorang jiran Norliza mendakwa terdengar jeritan anak mangsa antara jam 4 hingga 5 petang Khamis lalu, manakala laporan awal hasil bedah siasat merumuskan dua beranak itu mati akibat sesak nafas.

Saturday, September 4, 2010

SUNGGUH MENYAYAT HATI !!!!!

Ustazah, anak dibunuh dalam bilik air
POLIS memeriksa flat di Jalan Sutera Lama, Port Dickson (anak panah) tempat Norliza dan anaknya Amirul Ayman ditemui mati dibunuh semalam.

2010/09/04 - (KOSMO) PORT DICKSON – Seorang ustazah lulusan Universiti Al-Azhar, Mesir bersama anak lelakinya ditemui mati di dalam bilik air dengan kepala kedua-dua mangsa dibungkus dengan kain sarung di tingkat satu rumah flat di Jalan Sutera Lama di sini semalam.


Mayat Norliza Ishak, 35, bersama anaknya, Amirul Ayman Mohd. Yusof, 10, ditemui oleh rakan sekerjanya iaitu guru Sekolah Kebangsaan Port Dickson di sini pada pukul 10 pagi.Mayat kedua-dua beranak yang menyewa di flat tersebut ditemui dalam keadaan terlentang dengan kaki dan tangan masing-masing diikat.Kepala kedua-dua mangsa pula dibalut dengan kain sarung.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Supritendan Baljeet Singh berkata, kejadian tersebut dipercayai berlaku antara pukul 4 petang hingga 5 petang kelmarin sebelum dua beranak itu berbuka puasa.

“Mayat dua beranak itu ditemui rakan sekerja ustazah itu selepas rakan mangsa mendapati mangsa dan anaknya tidak hadir ke sekolah selain mereka tidak dapat dihubungi,” kata beliau di sini semalam.
...............................................................................................................
Kaki diikat, muka dibalut kain sarung



(Berita Harian) PORT DICKSON: Seorang ustazah dan anak lelakinya berusia 10 tahun ditemui mati dalam keadaan terlentang dengan kedua tangan serta kaki diikat dan muka mereka ditutup menggunakan kain di sebuah apartmen di Jalan Sutera Lama, di sini, semalam.

Norliza Ishak, 35, dan anaknya, Amirul Ayman Mohd Yusoff dipercayai dibunuh malam kelmarin, tetapi kejadian itu hanya disedari kira-kira jam 10 pagi semalam apabila rakan mangsa datang ke rumahnya selepas kedua-duanya tidak hadir ke sekolah. Suami Norliza yang berada di Mesir menguruskan perniagaan kini dalam perjalanan pulang. Kedua-dua mangsa yang masing-masing mengajar dan belajar di Sekolah Kebangsaan Port Dickson sepatutnya pulang ke kampung mereka di Pulau Kerbau, Palekbang di Tumpat, Kelantan, malam tadi.


Rakan mangsa, Norhayati Zainuddin, 25, yang mengajar di sekolah sama, berkata dia menyedari sesuatu tidak kena apabila anak mangsa yang belajar di kelasnya tidak hadir. “Saya segera mencari Norliza untuk bertanyakan perkara itu, namun dimaklumkan tiada siapa nampak mangsa sejak pagi dan saya menghubungi dua beranak itu, namun tiada jawapan.

“Tidak berpuas hati, saya pergi ke rumah mereka namun pintu berkunci dan saya pulang ke sekolah memaklumkan Guru Besar. “Saya dan beberapa guru lain pergi semula ke rumah berkenaan. Selepas memanggil dan mengetuk pintu beberapa kali, tetapi tetap tiada jawapan. Kami mengambil keputusan mendapatkan bantuan pengurusan untuk membuka pintu rumah itu,” katanya yang terkejut apabila menemui mayat dua beranak itu.

Beliau yang terlalu sedih dengan pemergian sahabat baiknya berkata, dia sudah berjanji menghantar dua beranak itu ke hentian bas untuk pulang ke kampung.“Arwah ada tunjukkan saya tiket bas sehari sebelum kejadian dan dia nampak sangat gembira hendak pulang berhari raya kerana katanya kali ini dapat bercuti lama,” katanya sebak.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Baljeet Singh, berkata dua beranak itu ditemui dalam keadaan terlentang dan tangan serta kaki diikat menggunakan pita pelekat dan tali di dalam bilik air rumah berkenaan.
“Siasatan awal mendapati kedua-dua mangsa dipercayai mati beberapa jam sebelum mayat mereka ditemui tanpa sebarang kesan kecederaan atau pergelutan.“Pemeriksaan mendapati rumah itu dalam keadaan berkunci ketika kejadian dan buat masa ini kita belum mengenal pasti motif pembunuhan,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian di sini.

Baljeet berkata, pihaknya juga menyiasat dakwaan seorang jiran yang terdengar jeritan anak mangsa antara jam 4 hingga 5 petang kelmarin, namun tidak mengendahkannya kerana menyangka ia perkara biasa. Katanya, polis juga akan menyiasat jika ada barangan berharga hilang dalam kejadian itu.

Adik ipar mangsa, Mohd Nazmi Awang Besar, 35, guru di Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Saujana, dekat sini, berkata sudah memaklumkan suami mangsa, Mohd Yusuf Awang Besar, 37, mengenai kejadian itu.
....................................................................................................................................

ISHAK sedih selepas mengetahui kematian anak dan cucunya ketika ditemui di rumahnya, di Kampung Pulau Kerbau, Palekbang, malam tadi. Turut kelihatan Zulhilmi.

TUMPAT: Tersentak dan hiba yang amat sangat! Itulah yang dapat diungkapkan bapa Norliza Ishak, 35, dan anak lelakinya, Amirul Ayman Mohd Yusoff, 10, yang ditemui dalam keadaan menyayat hati semalam, sebaik dimaklumkan mengenai tragedi yang menimpa anak dan cucunya itu.











Norliza yang juga ustazah di Sekolah Kebangsaan Port Dickson dan Amirul sepatutnya menaiki bas dari Seremban ke Kota Bharu hari ini pada jam 8 pagi dan dijangka tiba lewat petang untuk menyambut Syawal beberapa hari lagi.
Bapa mangsa, Ishak Mohd Isa, 62, berkata mereka sekeluarga sudah tidak sabar untuk bertemu sempena cuti Aidilfitri selepas lebih dua bulan tidak berjumpa, tetapi sudah takdir hajat mereka tidak kesampaian. Menceritakan pertemuan terakhirnya bersama Allahyarham, beliau berkata, anak sulung daripada 14 beradik itu tidak menunjukkan perubahan sikap ketara ketika pulang ke kampung pada pertengahan Jun lalu ketika menghadiri majlis cukur jambul anak saudaranya.


Saya dimaklumkan mengenai kejadian berkenaan kira-kira jam 11 pagi oleh adik ipar arwah. Ketika itu memang terkejut dan lemah seluruh anggota sebaik dimaklumkan kejadian berkenaan. Memang tak boleh nak gambarkan perasaan terkejut sebab mereka sepatutnya balik kampung esok pagi (hari ini).

Jenazah mereka dijangka sampai petang esok (hari ini) dari Hospital Tuanku Jaafar, Seremban dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Sungai Pinang, dekat sini, selepas suami kepada arwah tiba dari Mesir untuk melihat isteri dan anaknya untuk kali terakhir.

Kami dimaklumkan suami arwah sedang dalam penerbangan dari Mesir menuju ke KLIA Sepang yang mengambil masa lebih 12 jam, dan kemudian mengambil penerbangan ke Terengganu sebelum tiba ke sini petang esok (hari ini), katanya ketika ditemui di Kampung Pulau Kerbau, Palekbang dekat sini, malam tadi.


Sementara itu, adik Allahyarham, Zulhilmi, 19, yang juga pelajar Maahad Tumpat berkata, beliau pelik apabila SMS yang dihantar kepada kakaknya itu bertanyakan mengenai baju raya semalam tidak berbalas.Selalunya Kak Long membalas SMS yang saya hantar kepadanya, katanya. Komen Anda



Senarai komen

f_semoga pembunuh kejam tu dpt dicari dgn segera dan mndpt balasan. alfatihah kpd mangsa..
Rosminah Al-fatihah..kalau merompak atau menyamun sekali pun x kan sampai nak membunuh. Lebih2 ketika umat Islam nak beraya x lama lagi.
Azwanal - fatihah utk si mati n takziah utk keluarga. semoga roh nya d tempatkan d kalangan org2 beriman. Harap pihak berkuasa dapt tangkap penjahat tu dgn segera n kena hukuman yg setimpal..
nurfathiah afnidlm - bulan yang mulia ni pon,ade jgk hmba Allah yang snggp membunuh saudara'y sendiri,apa nak jadi..?semoga roh'y dicucuri rhmat..amin..
Beaufort Al-fatihah..semoga rohnya ditempatkan golongan yg beriman. sedih juga dgn kezaliman manusia zaman ini.
tini - alfatihah buat keluarrga mangsa.semoga rohnya dicucuri rahmat dan di tempatkan di kalangan orang-orang yg beriman.amin
khairul anuar aharin sama-sama renungi dan fikirkan..bayangkan klu terjadi kpd kita..hargai mereka selagi masih ada masa..
khai - Saya mewakili pelajar malaysia di mesir mengucapkan takziah kpd ustaz yusoff atas pemergian isteri dan anak tercinta.Semoga ustaz dan keluarga tabah dan cekal menghadapinya..
Azri - Moga roh arwah dicucuri rahmat dan bawa banyak bersabar dan redho.

azizial  fatihah,, menyayat hati,, perbuatan manusia yg x berhati perut,,
linda  - manusia skg dah macam xde ati dan prasaan langsung... takziah buat keluarga arwah semoga mereka diletakan bersama orang orang yang beriman...amin
NOOR - manusia sekarang dah tak ada nilai kemanusiaan...Semoga keduanya ditempatkan bersama para solehhin di syurga..Diharap pihak polis dapat menagkap mereka yg melakukan jenayah bunuh tu..geramnya..
hamli - Al Fatihah...semoga rohnya dicucuri rahmat. harap2 yg punya angkara akan mendapat balasan yg setimpal.
widad - Takziah buat kuaga k. norliza. Allah lbh menyayangi arwah dan anaknya. Moga ditempatkan di kalangan org2 beriman.
paizol - sedkahkn al-fatihah....moga2 arwah dtempatkn ke tmpt orang2 yg mulia...(SYURGA)
Yani - Pohon kerjasama semua supaya pembunuh dua beranak malang ini ditemui dan dibawa ke muka pengadilan
zainalal - fatihah untuk arwah...aminahmat yatim semoga penjenayah mendapat balasan dari ALLAH S.W.T diatas perbuatannya yang kejam.
bustaman - Innalillah hu....setiap ape yang terjadi ada terdapat sejuta hikmah pada yang hidup dan yang mati. Semuga Allah snw merahmati roh arwah berdua dan memberi keinsafan pada yang masih hidup...
mashitah - kadang-kala kita yang jadi jiran ni kena sensitif, beberapa laporan pembunuhan sebelum ni ada mengatakan jiran terdengar sesuatu dsb... tapi tiada tindakan diambil...sedih. Semoga kita semua jadi jiran yang baik. Al-Fatihah buat ibu dan anak ini.
suhaimi - Sedih apa yang berlaku ketika umat islam sedang berpuasa dan akan menyambut hari kemenangan,semuga roh kedua anak beranak ini di rahmati allah taala dan aku berdoa kepada allah di balaskan dengan azab dan sengsara di dunia dan di akhirat pada orang yang menlakukan jenayah ini termasuk juga keluarga mereka................amin
FARIDATUL AKMAR - al-fatihah untuk arwah..untuk amirul ayman...syurga terbentang luas untukmu nak..
theReader - lagi nak dekat raya lagi ramai yg menggila,this is too sad.
alim koko - al Fatihah ... mudah2xhan mereka tergolong dalam orang yang beriman
imah hasan - Takziah utk keluarga arwah... smoga mereka berdua ditempatkan dlm kalangan org yg beriman...sma2 kita sedekahkn al-fatihah..
joe - jiran perlu mengambil tahu keadaan sekitar mereka
Rizal - Tak habis2 pasal kes bunuh orang..Masyarakat hari ini makin hilang pedoman hidup dan tiada sifat rahim sehingga sanggup membunuh nyawa orang..semoga pembunuh cepat kena tangkap dan dikenakan hukuman yang setimpal.
dollah sarawak - marilah kita sama-sama sedekahkan al-fatihah kepada mangsa-mangsa
zana - Al fatihah. Semoga Allah menempatkan arwah dan anaknya di kalangan orang beriman,amin...berryinsaf la orng yg mmbunuh... Nak raya dah ni.....

Antara berita yang terpapar di dada akhbar yang telah menggemparkan warga pendidik di Port Dickson. sebagai seorang guru saya turut bersimpati dengan apa yang telah berlaku. Kami doakan semuga Allah menerima doa kami agar roh ustazah dan anaknya ditempat bersama dengan roh orang-orang yang beriman...amin. Kepada yang telah melakukan kekejaman ini, pasti ada balasan yang setimpal dari Allah..

Monday, August 30, 2010

Tuesday, August 24, 2010


Facebook. Siapa tidak pernah dengar nama ini? Mungkin agak ganjil atau ketinggalan zaman bagi sesiapa yang tidak mengetahui tentang Facebook, khususnya golongan muda. Nama singkatannya, "FB".

Umma United. Siapa yang pernah dengar? Mungkin tidak ramai yang tahu atau baru sahaja tahu. Ia lebih mesra dengan panggilan manjanya iaitu "umma" atau "UU".

Kedua-dua ini adalah antara laman sosial yang wujud dalam dunia maya hari ini. Tapi, apakah perbezanya? Sekilas pandang pada namanya, mungkin akan timbul pelbagai tekaan dan jangkaan awal terhadap Umma United. Boleh dikatakan sebagai agak islamik namanya.

Perbezaan yang lebih jelas yang ingin saya nyatakan di sini ialah berkenaan pemiliknya, kerana sebelum ini dan sehingga kini Facebook menjadi satu perkara yang mengelirukan dan menjerumuskan ramai umat Islam ke lembah dilema.

Ramai yang memikirkan status dan hukum penggunaannya kerana ia dikaitkan dengan penyaluran kewangan kepada Yahudi dan penyaluran maklumat kepada Central Intelligent Agency (CIA). Seolah-olah ia menjadi syubhah dan membuatkan kita rasa serba salah untuk menggunakannya. Ditambah pula dengan adanya pertandingan melukis kartun Nabi Muhammad S.A.W baru-baru ini. Sehingga wujud banyak seruan agar memboikot dan meniggalkan Facebook..

Friday, August 20, 2010

Sukan Sekolah Diperkasa 2011


Kegiatan jadi bahagian khusus, dipisahkan daripada seni, kokurikulum

KUALA LUMPUR: Kementerian Pelajaran semalam memutuskan pelaksanaan beberapa langkah bagi memperkukuhkan pembangunan sukan di sekolah mulai tahun depan, termasuk memberi lima daripada 10 peratus markah yang diperuntukkan untuk kokurikulum.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata antara lain yang diputuskan ialah menjadikan kegiatan sukan sebagai satu bahagian khusus yang mempunyai pengarah dan timbalan pengarah yang akan dilantik seramai empat orang, di samping memisahkan bahagian sukan yang sebelum ini dicantum dengan seni dan kokurikulum. “Selain itu, kerajaan juga memutuskan bahawa pemarkahan kepada pelajar yang menyertai aktiviti sukan adalah lima peratus berbanding 10 peratus yang diperuntukkan di bawah aktiviti kokurikulum sebelum ini yang tidak memberikan sebarang penekanan terhadap sukan.

“Sebelum ini, kegiatan kokurikulum sukan tidak diberi penekanan di sekolah. Bermula tahun depan, dasar 1Murid 1Sukan akan dikuatkuasakan,” katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Induk Pembangunan Sukan Sekolah di Bangunan Parlimen.

Muhyiddin berkata, turut diputuskan ialah penambahan tenaga kerja seperti guru khas untuk melaksanakan pembangunan sukan di sekolah yang akan dibuat secara berperingkat.

Katanya, peruntukan untuk aktiviti sukan juga akan ditambah bagi setiap pelajar iaitu RM4 bagi pelajar sekolah rendah dan RM6 untuk pelajar sekolah menengah, berbanding peruntukan RM2.40 bagi setiap pelajar sebelum ini.
“Kementerian juga akan mengambil langkah untuk menambah jadual kokurikulum dan ia akan susun balik, kalau boleh sukan itu diajar dalam jadual waktu persekolahan, jadi pelajar tidak perlu pulang,” katanya.

Beliau berkata, bagaimanapun, langkah itu perlu dilakukan tanpa menjejaskan waktu pembelajaran akademik dan tidak membabitkan keperluan untuk memanjangkan waktu persekolahan.

“Cara ini untuk menggalakkan pembangunan sukan di sekolah, bukannya nak tumpu untuk lahirkan atlit, tetapi jika nak majukan sukan di sekolah, mesti dapat mengenal pasti bakat yang boleh diketengahkan menerusi Majlis Sukan Negara, tapi sasaran kementerian ialah pembabitan pelajar dalam bidang pasukan,” katanya.

Sementara itu, Muhyiddin berkata, satu jawatankuasa akan ditubuhkan untuk mendapatkan pandangan pelbagai pihak berhubung dasar pendidikan seks di sekolah.

Timbalan Perdana Menteri berkata, jawatankuasa itu akan dianggotai pakar dalam bidang pendidikan seks, biologi dan hal yang berkaitan.

“Mungkin kita boleh mengambil sedikit contoh daripada apa yang berlaku di setengah negara yang sudah memperkenalkan (dasar ini) dan juga pakar yang ada di kementerian,” katanya.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, isu pendidikan seks di sekolah sudah dibincangkan oleh banyak pihak.

“Cuma kementerian yang belum lagi membuat keputusan kerana kita faham yang ia adalah suatu perkara yang agak besar dan dinanti bukan saja oleh kementerian tetapi pelajar, ibu bapa dan masyarakat. Oleh itu, ia adalah satu perkara yang perlu kita halusi semasak-masaknya.

“Jadi, saya bercadang untuk menubuh satu jawatankuasa untuk mendapatkan pandangan pelbagai pihak yang setakat ini (hanya menyuarakannya) kepada media saja, ada pakar kata bagus, ada yang kata tak bagus, ada yang kata sudah sampai masanya,” katanya.

SUMBER: Berita Harian Online
Oleh Anwar Hussin, S Anand Kumar dan Haspaizi Mohd Zain
bhnews@bharian.com.my

Sunday, August 15, 2010

Azab Tidak Berpuasa


Dari Abu Umamah Al-Bahili r.a, berkata : Aku pernah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda :

“Ketika aku sedang tidur, datanglah dua orang lelaki kemudian memegang lenganku, lalu membawaku ke satu gunung yang kasar (tidak rata), keduanya berkata, “Naik”. Aku katakan, “Aku tidak mampu”. Keduanya berkata, ‘Kami akan memudahkanmu’. Akupun naik hingga sampai ke puncak gunung, ketika itulah aku mendengar suara yang keras. Akupun bertanya, ‘Suara apakah ini?’. Mereka berkata, ‘Ini adalah teriakan penghuni neraka’. Kemudian keduanya membawaku, ketika itu aku melihat orang-orang yang digantung dengan kaki di atas, mulut mereka robek, darah mengalir dari mulut mereka. Aku bertanya, ‘Siapa mereka?’ Keduanya menjawab, ‘Mereka adalah orang-orang yang berbuka sebelum halal puasa mereka (sebelum masuk waktu berbuka)”.

(Riwayat An-Nasa’i)


Ingatlah wahai murid-murid sekelian, meninggalkan puasa ramadhan dengan sengaja adalah berdosa besar jika tiada sebab yang diizinkan syarak. Pada hari ini azab memang tidak terasa atau dilihat sesiapa. Bagi yang beriman kepada Allah dan Rasul-Nya, mereka akan sentiasa bersungguh-sungguh berpuasa dan berwaspada daripada mendapat kehinaan di Akhirat kelak.Dan ingatlah jua masa berbuka, bersabarlah sehingga benar-benar pasti masuk waktu berbuka. Wallahu a’lam

Allahumma inna nas-aluka ridhaka wal jannah……..amin

RAMADAN


Kelebihan Ramadan
Daripada Anas (r.a), Katanya: Bersabda Nabi (s.a.w) : Tiada daripada seorang hamba apabila melihat ia sehari bulan Ramadan lantas dia memuji Allah ( kerana kedatangan bulan rahmat dengan kelebihan dan keistimewaanya) kemudian dibacanya Al-Fatihah tujuh kali, melainkan diafiatkan Allah daripada sakit matanya pada bulan ini.
Kelebihan bulan Ramadan dan keagungannya dengan adanya malam Lailatul Qadar yang dirahsiakan, sehingga mendapat keampunan dan pahala serta darjat dan darjah tertinggi bagi orang yang berjaya mendapatkan malam Lailatul Qadar dengan dipenuhi amal ibadah dan bertaqwa kepada Allah, disamping sembahyangnya yang sunat , istiqfar, tasbih dan berzikir sepenuhnya.
Berkata Saidina Ali, Nabi (s.a.w) telah bersabda apabila engkau melihat sehari bulan maka bacalah olehmu "AllahuAkbar" 3 kali, kemudian bacalah :


(Segala kepujian bagi Allah yang telah menjadikan aku dan telah menjadikan engkau, dan telah menentukan bagi engkau pangkat-pangkat (darjah) dan telah menjadikan engkau tanda (kekuasaan) bagi sekalian alam) nescaya bermegah Allah akan Dia dengan malaikat dan firmanNya: Hai malaikat! saksikanlah kamu, bahwa Aku telah merdekakan daripada api neraka, atau dibacakan :


(Ya Allah, zahirlah Ramadan atas kami dengan keamanan dan keimanan dan dengan keselamatan dan keIslaman, Tuhanku dan Tuhan engkau Allah.)
Bersabda Nabi (s.a.w) : Bahawa syurga berlenggang-lenggang ia dan berhias dari setahun ke setahun kerana masuknya bulan Ramadan. Pada awal malam bulan Ramadan bertiup angin di bawah Arasy bergeraklah daun kayu lemah-longlainya di dalam syurga. Terdengarlah desiran daun-daun kayu, hembusan sang bayu syurga yang teramat indahnya.Seni rentak lagunya menawan seluruh perasaan nurani. Maka berhiaslah bidadari sekaliannya lalu berdirilah di atas puncak mercu syurga itu. Lantas bersuaralah bidadari : Adakah orang yang hendak meminang kami kepada Allah, kata bidadari pula: Apakah malam ini namanya? jawab Malek Ridwan (malaikat), Hai bidadari yang cantik manis, inilah malam awal Ramadhan, Lalu Allah berfirman: Hai Ramadan bukalah pintu syurga Bab AlJanan untuk orang-orang yang berpuasa daripada umat Muhammad (s.a.w). Hai Malek Ridwan tutuplah pintu neraka Al-Jahim daripada umat Muhammad (s.a.w), hai Jibrail belenggukan syaitan, lontarkannya ke dalam lautan supaya tidak membinasakan umat Muhammad akan puasanya. Maka berfirman Allah pada tiap-tiap malam Ramadan tiga kali : Adakah orang yang meminta ampun? Akan Aku ampunkan!

Pada malam Lailatul Qadar menyuruh Allah Ta'ala akan Jibrail Alaihisalam turun ke bumi, lalu turunlah Jibrail ke dalam perhimpunan malaikat ke bumi bersamanya bendera hijau lalu dipacakkan ke atas Kaabah, baginya 600 sayapnya , setengahnya tiada dibuka keduanya, melainkan pada malam Lailatul Qadar baharulah dibukakan keduanya, hingga sampai dari timur ke barat ( Musyriq Ke Maghrib ). Untuk menyelamatkan umat Muhammad, Lalu memberi salam kepada tiap orang yang berjaga pada malam Lailatul Qadar beribadah kerana mencari keredaan Allah, dan orang-orang yang duduk beribadah, orang yang sembahyang dan berzikir dan berjabat tangan sesama mereka mukmin dan mengucap amin doa orang-orang mukmin hingga terbit fajar subuh....... berkata para malaikat kepada Jibrail , apakah Allah berikan pada hajat orang mukmin dari umat Muhammad (s.a.w) pada bulan Ramadan ini? Berkata Jibrail bahawasanya Allah menilik kepada umat Muhammad yang berpuasa dan beribadah padanya dan dimaafkan mereka, diampunkan dosa-dosa mereka, melainkan empat orang yang tiada diampunkan dosanya: yaitu orang yang kekal minum arak, orang yang derhakakan ibubapanya, orang yang memutuskan sillaturrahim dan orang yang tidak bercakap dengan saudaranya lebih dari 3 hari.
Apabila pada malam akhir Ramadan dinamakan malam persalinan. Pada malam hari raya Aidilfitri didatangkan Allah malaikat kepada tiap-tiap negeri turunlah mereka ke bumi, berdiri pada permukaan jalan menyeru dengan suara yang kuat, semua mendengarnya kecuali jin dan manusia berkata mereka, hai umat Muhammad keluarlah kamu menghadap tuhan yang amat mulia (sembahyang raya di pagi raya) yang memberi pemberian yang berpanjangan dan mengampun akan dosa-dosa yang besar. Apabila tibalah umat Muhammad ke tempat sembahyang, firman Allah kepada maliakat : Hai malaikatKu, apakah balasan orang yang mengambil upah apabila selesai kerjanya ? Jawab malaikat , hai Tuhan kami, sempurnakanlah upahnya! Firman Allah bahawa Aku saksikan kamu hai malaikatku, telah aku jadikan pahala mereka dari puasa mereka pada bulan Ramadan mereka mendirikan sembahyang, ialah keredaanKu dan keampunanKu kepada mereka! Maka firmannya lagi : Hai segala hambaku, pohonlah kamu kepada ku, maka demi ketinggianku dan kebesaranku, tiada memohon kepadaku hari ini akak sesuatu bagi agamamu dan duniamu, melainkan Aku kurniakan kepadamu! (Al-Hadith).
Sabda Nabi (s.a.w) : Diberi kepada umatku lima perkara yang belum pernah diberi kepada umat-umat dahulu sebelumnya :
a) Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada kasturi di sisi Allah
b) Segala perbelanjaan dan derita lapar selama puasanya adalah syurga balasannya.
c) Diampunkan dosa-dosa mereka pada malam Lailatul Qadar.
d) Amalan yang dilakukan pada bulan Ramadan digandakan kepada 10 hingga 700 kali ganda, melainkan puasa maka ianya bagiKu, Aku balas kepadanya yang berkuasa menahan syahwatnya, makan minumnnya kerana Aku.
e) Dan mereka dikurniakan nikmat kepada mereka keseronokkan ketika berbuka dan ketika menemui tuhan di akhirat.(Al-Hadith)



Sabda Nabi (s.a.w) : Menunaikan yang sunat diberi balasan pahala fardhu, dan amal fardhu diberi balasan 70 kali ganda. Bulan puasa adalah bulan sabar (sabar dalam berbuat taat kepadaNya.), dan sabar itu adalah syurga balasannya bulan ini dilebihkan rezeki kepada hambanya orang mukmin, diampunkan baginya dosa-dosa. Barang siapa memberi makan kepada orang berpuasa pahalanya seperti memerdekakan hamba dan diampunkan dosanya, berkata sahabat : Bagaimana kami tak sanggup memberi makan orang yang berpuasa (berbuka puasa) ya Rasullullah - Allah memberi pahala ini kepada orang yang memberi seteguk susu atau sebiji kurma atau segelas air, barang siapa kenyangkan orang berpuasa diampunkan Tuhan dosanya, diminumkan Tuhan dari kolam Hudh sejenis minuman yang tiada dahaga lagi kemudiannya hingga masuk ia ke syurga dan pahalanya seperti pahala orang berpuasa. (Al-Hadith)
Puasa menurut segala yang disuruh dan menjauh segala pantang larangannya, diampunkan dosanya, dan bertasbih, bertahlil dibinakan rumah indah dalam syurga.
Barang siapa hadir ke dalam majlis zikir pada bulan Ramadan, ditulis tiap langkahnya ibadat setahun, dan pada hari Qiamat bersamaku di bawah Arasy. Siapa tetap berjemaah dalam bulan puasa didirikan kota bercahaya indah, cemerlangnya , dan yang berbakti kepada ibubapanya Allah memandang rahmat kepadanya, dan isteri yang berbuat sesuatu mencari keredaan suaminya, maka pahala yang besar Allah kurniakan kepadanya , seperti Siti Maryam dan siapa yang menyampaikan hajat orang mukmin, Allah menunaikan seribu hajatnya, dan siapa bersedekah kepada fakir miskin (yang ada anak isteri) tiap langkah dikurniakan kepadanya seribu kebajikan, dihapuskan seribu kejahatan dan diangkatkan seribu darjat baginya. (Al-Hadith).
Orang yang sembahyang bulan Ramadan tiap sekali sujud, dikurniakan kepadanya 1700 kebajikan, dan dibinakan rumah didalam syurga daripada permata bagi orang yang berpuasa dan beribadat, 75000 malaikat meminta ampun baginya dari pagi hingga tenggelam matahari, dan dibina sebuah mahligai baginya . (Al-Hadith)
Pada hari Qiamat, Allah memerintah Malek Ridwan supaya dikeluarkan orang-orang berpuasa daripada kuburnya dengan keadaan lapar dan dahaga, lalu disuruh Malek Ridwan berikan segala keinginan mereka dari segala macam makanan dan minuman syurga. Maka Malek Ridwan memerintah kepada anak-anak membawa talam-talam makanan , minuman dan buah-buahan. Sebagai balasan berlapar di bulan Ramadan. (A-Hadith)
Orang mukmin yang tidur dalam bulan puasa kerana puasa Ramadan, dia membalikkan badannya sambil meyebut Allah! maka kata malaikat kepadanya : Rahimakallah (Allah Mencucuri Rahmat kepada kamu.)
- Apabila dia berdiri maka berdoalah hamparannya : (Wahai Tuhanku, kurniakanlah kepadanya hamparan permaidani tebal kepadanya di dalam syurga)
- Apabila memakai pakaian , berdoalah pakaian (Wahai Tuhanku, kurniakan kepadanya pakaian syurga)
- Apabila memakai kasut, berdoalah kasut (Wahai Tuhanku, tetapkanlah atas titian Siratul Mustaqim!)
- Apabila memegang timba berdoalah pula timba : (Wahai Tuhanku kurniakan kepadanya gelas syurga!)

- Apabila mengambil air sembahyang , berdoalah air itu : (Wahai Tuhanku sucikannya daripada segala dosa dan kesalahan!)

- Apabila berdiri sembahyang , berdoalah rumahnya: ( Wahai Tuhanku cahayakanlah kuburnya dan luaskanlah , lapangkanlah kuburnya!)


Serta menilik Allah kepadanya , maksudnya : HambaKu berdoa dan Aku menerima! (Al-Hadith)
Malaikat yang banyak muka bersujud kepada Allah pada hari Qiamat, satu muka sujud , satu muka melihat syurga, satu muka melihat neraka, satu muka melihat Arasy , lalu berkata malaikat itu : Wahai Tuhanku , ampunlah umat Muhammad, kasihanilah mereka! janganlah disiksa orang yang berpuasa Ramadan dari umat Muhammad! (Al-Hadith)

Keredaan Allah (bagi orang yang taat)
Keampuan Allah (bagi orang yang maksiat)
Jaminan Allah (bagi orang yang taat)
Kejinakan Allah (bagi orang yang tawakkal)
Anugerah Allah (bagi orang yang benar).
Ramadan, Ramada, ertinya : membakar - yakni menghapuskan dosa dosa orang yang berpuasa dan beribadat bulan Ramadan.
Ramadan ertinya bulan mendapatkan keredhaan Allah dan keampunan bagi hambaNya. Orang yang mendapat keredhaan dan keampunan Allah bererti memberi jaminan (kerana ibadatnya pada bulan mulia dengan penuh taat) mendapat syurga anugerah Allah bagi hambaNya yang benar benar melakukan ibadat kerana Nya pada bulan Ramadan termulia ini dengan ganjaran pahala sehingga seribu kali ganda dan keampunan yang banyak sekali, teristimewa pada malam Lailatul Qadar.

"Bahawa di dalam syurga terdapat bilik bilik, dilihat dari luar nampak di dalamnya dan dilihat dari dalam kelihatan di luarnya, berkata sahabat : untuk siapakah ya Rasulullah? Lantas Baginda menjawab : Ialah bagi orang yang baik percakapannya, bagi orang yang memberi makan makanan, bagi orang yang sentiasa berpuasa, bagi orang yang sembahyang di tengah malam sedang manusia banyak tidur." (Al Hadith)

"Semulia mulia sedeqah ialah sedeqah pada bulan Ramadhan." (Al Hadith)

"Puasa itu perisai dan sedeqah itu memadam kesalahan dosa sepertimana air memadamkan api." (Al Hadith)

"Siapa memberi makan ( berbuka puasa) kepada orang puasa makan baginya seumpama balasan pahala orang yang berpuasa dengan tidak kurang sedikitpun ." (Al Hadith)
Sabda Nabi (s.a.w) : Tiada daripada seorang hamba berpuasa Ramadan, diam tiada berkata yang sia sia dan daripada yang haram dan yang makruh, dan sentiasa menyebut Allah (berzikrullah), menghalalkan yang dihalalkan Allah, mengharamkan akan yang diharamkan Allah, tiada mengerjakan kejahatan, melainkan sehingga berakhir Ramadan, telah diampunkan baginya segala dosanya, dan tiap tasbih, tiap tahlil, dibinakan sebuah rumah yang terindah di dalam syurga daripada permata zamrud, di dalamnya daripada yaqut merah indah, di dalam rangka permata itu (yaqut) terdapat sebuah khemah, di dalamnya terdapat bidadari ( hurul ain isteri syurga). Terhias dengan permata bercahaya indah yang menerangkan bumi seluruhnya.(Al Hadith)
Sabda Nabi (s.a.w) : Bahawasanya bagi Allah beberapa kejadianNya, dijadikan mereka supaya menyampaikan segala hajat orang dan supaya orang meminta tolong kepada Nya, pada menyempurnakan segala hajat yang diperlukan, mereka itulah orang yang aman daripada siksa Allah (Riwayat At Tibrani) (Al-Hadith)
Sabda Nabi (s.a.w) : Bahawa pintu langit dan pintu syurga dibuka pada awal Ramadan hingga akhir malam Ramadan, tiap orang yang bersembahyang pada malamnya dituliskan baginya tiap satu sujud 1700 kebajikan, dibina rumah baginya di dalam syurga daripada yaqut merah indah, baginya 70 pintu daripada emas yang bertatah yaqut permata yang merah, orang yang berpuasa pada awal Ramadan diampunkan segala dosanya hingga ke akhir bulan Ramadan, dibinakan baginya tiap tiap hari sebuah mahligai di dalam syurga, mempunya 1000 pintu daripa emas, dan meminta ampun baginya 70 000 malaikat dari pagi hingga tenggelam matahari (Al Hadith)
Sabda Nabi (s.a.w) : Kelebihan hari Jumaat pada bulan Ramadan atas segala hari yang lainnya seperti kelebihan Ramadan atas segala bulan (Al Hadith)
Barangsiapa mengerjakan ibadat pada bulan Ramadan dengan keimanannya dan ikhlasnya kerana Allah, maka di ampunkan segala dosanya yang telah lalu (Al Hadith)
Sabda Nabi (s.a.w) : Tidur orang yang berpuasa itu adalah ibadat, dan nafasnya itu adalah tasbih, doanya itu mustajab, dosanya diampunkan Allah, dan amal ibadatnya dilipatgandakan . (Al Hadith)
Apabila berakhir bulan Ramadan, menangis wali-wali Allah kerana terpisahnya bulan yang paling mulia yang digandakan ibadat berlipatkali ganda daripada bulan bulan yang lainnya, bulan Allah mudah menerima ampun taubat hambaNya, bulan yang banyak sekali diturun rahmat ke alam, bulan yang terdapat padanya malam Lailatul Qadar, suatu rahmat dan rahsia yang dikurniakan kepada hamba hamba Nya yang salihin, yang tidak terdapat pada bulan bulan yang lainnya. Mereka menangis kerana belum tentu akan dapat menemui bulan termulia ini pada tahun tahun hadapan, kiranya dipanjangkan umur.

Apabila berakhirlah malam bulan Ramadan, menangislah tujuh petala langit dan tujuh petala bumi, dan segala malaikat, jerana berlalu Ramadan berlalulah kelebihan, sebab musibah bagi umatku, dan duduk segala malaikat bagi musibah, orang bertanya : Ya Rasullullah, apa itu musibah ? Jawab rasullullah (s.a.w), Kerana segala doa padaNya itu mustajab, sedakah makbul, segala kebajikan digandakan dan siksa kubur diangkat, maka apakah musibah yang terlebih besar daripada ini bagi umatku?! (Al-Hadith)
Malam Lailatul Qadar adalah malam rahsia, yang turunnya padanya malaikat Jibrail dan beberapa malaikat dengan perintah Allah. Orang yang berjaga dengan malam ibadatnya untuk mendapatkan malam Lailatul Qadar yang terahsia itu yang tidak diketahui oleh manusia, hanya orang-orang solihin yang hampir, orang berusaha mendapatkan malam mulia itu dengan berjaga malam pada sepuloh malam Ramadan yang terakhir maka diampunkan tuhan segala dosanya. Di pahalakannya dengan banyak , dirahmatkannya dengan limpah kurnia. Dan orang-orang solihin yang dikurniakan Allah mendapat malam Lailatul Qadar itu satu keberuntungan kebahagiaan bagi akhirat, mendapat keampunan dan rahmat terbesar, mendapat pimpinan Allah dalam hatinya, mendapat keredaan Allah dalam hidupnya dunia dan akhirat.
Malam Aidilfitri, malam raya, disunatkan kepada kita berjaga malam, beribadah, bertakbir "AllahuAkbar" sepanjang malamnya. Akan mendapat keampunan yang banyak, pahala yang besar, rahmat Allah tercurah kepadanya. Siapa yang menghidupkan dua malam raya (AidilFitri & AidilAdha) dengan ibadatnya dan takbirnya , tiada dimatikan hatinya pada hari yang dimatikan segala hati. (Al-Hadith).

Tuesday, July 20, 2010

PRINSIP-PRINSIP BARU PENGISIAN JAWATAN


PRINSIP-PRINSIP BARU PENGISIAN JAWATAN GURU BESAR DI SEKOLAH RENDAH DAN PENGETUA DI SEKOLAH MENENGAH KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA


Semua Ketua Jabatan/Bahagian,
Kementerian Pelajaran Malaysia

Semua Pengarah Pelajaran Negeri

Semua Pegawai Pelajaran Daerah


Y.Bhg. Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan,


PRINSIP-PRINSIP BARU PENGISIAN JAWATAN GURU BESAR DI SEKOLAH RENDAH DAN PENGETUA DI SEKOLAH MENENGAH KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2. Adalah dimaklumkan bahawa Mesyuarat Pengurusan Tertinggi Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) Bil. 10 Tahun 2009 yang bersidang pada 15 Julai 2009 telah bersetuju untuk mewujudkan satu dasar yang lebih komprehensif, adil, saksama dan telus bagi laluan kerjaya Guru Besar di sekolah rendah dan Pengetua di sekolah menengah. Berikutan daripada keputusan tersebut, prinsip-prinsip baru pengisian jawatan Guru Besar di sekolah rendah dan jawatan Pengetua di sekolah menengah telahpun diluluskan melalui Mesyuarat Pengurusan Tertinggi KPM Bil. 13 Tahun 2009 yang bersidang pada 26 Ogos 2009. Sehubungan dengan itu, surat siaran ini bertujuan untuk memaklumkan prinsip-prinsip baru pengisian jawatan Guru Besar di sekolah rendah dan jawatan Pengetua di sekolah menengah.

3. Prinsip-prinsip baru pengisian jawatan naik pangkat Guru Besar di sekolah rendah dan Pengetua untuk sekolah menengah adalah seperti berikut:

3.1 Prinsip-Prinsip Baru Pengisian Jawatan Naik Pangkat Guru Penolong Kanan Dan Guru Besar Di Sekolah Rendah

3.1.1 Pengisian Jawatan Guru Penolong Kanan (GPK) dan Guru Besar (GB) Gred DGA32

(a) Pengisian jawatan GPK dan Guru Besar gred DGA32 akan dibuat secara pemangkuan oleh calon gred DGA29 ataupun pengisian oleh calon Gred DGA32 Time Based.

(b) Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma (PPPLD) gred DGA29 boleh memohon untuk urusan pemangkuan jawatan GPK atau Guru Besar gred DGA32. Walaubagaimanapun, keutamaaan diberikan kepada calon-calon yang mempunyai pengalaman dalam menjalankan tugas-tugas pentadbiran mengikut salah satu daripada bidang-bidang seperti berikut :

(i) Guru Penyelaras Bistari
(ii) Guru Perpustakaan/Media
(iii) Guru Data
(iv) Guru Disiplin
(v) Setiausaha Peperiksaan
(vi) Guru Darjah
(vii) Guru Kanan Mata Pelajaran
(viii) Guru Bimbingan

(c) Mana-mana pegawai gred DGA32 di Pejabat Pelajaran Daerah (PPD), Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) dan Bahagian di KPM yang mempunyai pengalaman sebagai Guru Besar atau GPK juga boleh memohon untuk pengisian jawatan GPK atau GB gred DGA32.

3.1.2 Pengisian Jawatan Guru Besar Gred DGA34

(a) Keutamaan diberikan kepada Guru Besar gred DGA32 dan GPK gred DGA32 dalam urusan pemangkuan / kenaikan pangkat ke gred DGA34.

(b) Mana-mana pegawai gred DGA32 di Pejabat Pelajaran Daerah (PPD), Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) dan Bahagian di KPM yang mempunyai pengalaman sebagai Guru Besar atau GPK juga boleh memohon untuk urusan pemangkuan bagi mengisi jawatan Guru Besar gred DGA34.

(c) Mana-mana pegawai gred DGA34 di Pejabat Pelajaran Daerah (PPD), Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) dan Bahagian di KPM yang mempunyai pengalaman sebagai Guru Besar atau GPK juga boleh memohon untuk pengisian jawatan Guru Besar gred DGA34.

3.1.3 Pengisian Kuota Guru Besar Cemerlang Gred DGA38 (KUP)

(a) Pengisian kuota Guru Besar Cemerlang gred DGA38 (KUP) hanya dibuat dari kalangan Guru Besar gred DGA34 yang berkaliber dan telah menunjukkan prestasi yang cemerlang.

3.1.4 Carta yang menunjukkan laluan kerjaya Guru Besar secara lebih jelas adalah seperti di Lampiran A.

3.2 Prinsip-Prinsip Baru Pengisian Jawatan Naik Pangkat Guru Penolong Kanan Dan Pengetua Untuk Sekolah Menengah

3.2.1 Pengisian Jawatan Guru Penolong Kanan (GPK) / Ketua Bidang (KB) Gred DG44

(a) Pengisian jawatan GPK / KB gred DG44 akan dibuat secara pemangkuan oleh calon gred DG41 ataupun pengisian oleh calon DG44 Time Based .

(b) PPPS gred DG41 boleh memohon untuk urusan pemangkuan jawatan GPK / KB gred DG44. Walaubagaimanapun, keutamaaan diberikan kepada calon-calon yang mempunyai pengalaman dalam menjalankan tugas-tugas pentadbiran mengikut salah satu daripada bidang-bidang seperti berikut :

(i) Guru Penyelaras Bistari
(ii) Guru Perpustakaan/Media
(iii) Guru Data
(iv) Guru Disiplin / Kaunselor
(v) Setiausaha Peperiksaan
(vi) Guru Tingkatan
(vii) Guru Kaunselor
(viii) Setiausaha Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP)

(c) Mana-mana pegawai gred DG44 di Pejabat Pelajaran Daerah (PPD), Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) dan Bahagian di KPM yang mempunyai pengalaman sebagai GPK / KB juga boleh memohon untuk pengisian jawatan GPK / KB gred DG44 secara pertukaran setara.

3.2.2 Pengisian Jawatan Pengetua Gred DG48

(a) Pengisian jawatan Pengetua gred DG48 akan diberi keutamaan kepada GPK gred DG44 dalam urusan pemangkuan ke gred DG48.

(b) Ketua Bidang gred DG44 yang berkebolehan juga boleh memohon untuk memangku jawatan Pengetua gred DG48 dalam urusan pemangkuan ke gred DG48.

(c) GPK dan Ketua Bidang gred DG48 (KUP) juga boleh memohon untuk pengisian jawatan Pengetua gred DG48.

(d) Mana-mana pegawai di Pejabat Pelajaran Daerah (PPD), Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) dan Bahagian di KPM yang mempunyai pengalaman sebagai GPK atau Ketua Bidang (KB) boleh memohon untuk pengisian jawatan Pengetua gred DG48 samada melalui urusan pemangkuan DG44 ke DG48 atau pertukaran setara gred DG48.

3.2.3 Pengisian Jawatan Pengetua Gred DG52

(a) Pengetua gred DG48 atau Penolong Kanan Tingkatan 6 gred DG48 atau GPK / KB gred DG48 (KUP) yang berkaliber dan telah menunjukkan prestasi yang cemerlang boleh memohon untuk pengisian jawatan Pengetua gred DG52 melalui urusan pemangkuan ke gred DG52.

3.2.4 Pengisian Kuota Pengetua Cemerlang Gred DG52 (KUP)

(a) Kuota Pengetua Cemerlang gred DG52 (KUP) hanya akan diperuntukkan kepada Pengetua yang telah dinaikkan pangkat ke gred DG48 dan telah berkhidmat sebagai Pengetua gred DG48 selama 3 tahun berturut-turut dan berpotensi untuk meningkat maju.

3.2.5 Pengisian Kuota Pengetua Cemerlang Gred DG54 (KUP)
(a) Kuota Pengetua Cemerlang gred DG54 (KUP) akan diisi oleh Pengetua yang telah dinaikkan pangkat secara hakiki ke gred DG52 ataupun oleh Pengetua Cemerlang gred DG52 yang telah dinaikkan pangkat dalam gred yang berkenaan.

3.2.6 Pengisian Kuota Pengetua Cemerlang JUSA C (KUP)

(a) Jawatan Pengetua Cemerlang JUSA C akan hanya diisi oleh Pengetua Cemerlang gred DG54 (KUP) yang telah dinaikkan pangkat dalam gred berkenaan.

3.2.7 Pengisian Jawatan Hakiki Gred DG54 oleh Pengetua Gred DG52 (Hakiki)

(a) Pengetua gred DG52 (Hakiki) boleh memohon untuk urusan pemangkuan ke gred DG54 bagi mengisi jawatan-jawatan pengurusan dan pentadbiran gred DG54. Sebagai contoh jawatan-jawatan hakiki gred DG54 adalah seperti berikut :

(i) Timbalan Pengarah Bahagian di KPM / IAB gred DG54;
(ii) Timbalan Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri gred DG54;
(iii) Pegawai Pelajaran Daerah Wilayah Persekutuan gred DG54; dan
(iv) Pengarah IPGM / Kolej Matrikulasi.

3.2.8 Carta yang menunjukkan laluan kerjaya Pengetua secara lebih jelas adalah seperti di Lampiran B.

4. Tarikh berkuat kuasa prinsip-prinsip baru mengenai pengisian jawatan Guru Besar di sekolah rendah dan Pengetua di Sekolah Menengah ini adalah mulai 27 Ogos 2009.

5. Di atas segala kerjasama Y.Bhg. Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan di dalam mematuhi dan melaksanakan prinsip-prinsip tersebut di atas adalah sangat-sangat dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Yang Ikhlas,


( TAN SRI DATO’ HAJI ALIMUDDIN BIN HAJI MOHD. DOM)
Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia
Kementerian Pelajaran Malaysia

LinkWithin