Saturday, May 5, 2012

PROGRAM LITERASI DANNUMERASI (LINUS) NKRA

APA ITU LINUS?
 LINUS ialah akronim bagi "Literacy dan Numeracy Screening"


LINUS merupakan program pemulihan yang dirangka untuk membolehkan murid memperoleh kemahiran asas litersi dan kemahiran asas numerasi semasadi Tahap1 sekolah rendah.


LINUS disasarkan kepada murid2 yang mempunyai masalah 3M,(membaca,menulis,mengira)


Matlamat
Matlamat program ini adalah untuk memastikan semuamurid mengikuti program LINUS berkeupayaan untuk menguasai literasi dan numerasi kecuali murid yang berkperluan khas selepas tiga tahun mengikuti ProgramLINUS.


Faktor2 Utama Untuk Memastikan Kejayaan LINUS


1.Guru pemulihan LINUS (1:15 murid)
2.Mewujudkan jawatan Fasilinus di PPD (1:30)
3.Semua sekolah mesti menyertaiProgram LINUS ini.
4.Meningkatkan kemahiran pedagogi guru melalui latihan dalam perkhidmatan dan latihan pra-perkhidmatan.
5.Pemantauan berterusan oleh pihakKPM/JPN/PPD/SEKOLAH.


Definisi Asas Literasi.
Keupayaan membaca,menulis dan memahami perkataan, ayat tunggaldan ayat majmuk dalam Bahasa Malaysiadan mampu menggunakan perkataan tersebut dalam pembelajaran dan komunikasi harian.




Definisi Asas Numerasi
Keupayaan untukmenyelesaikan operasi asas matematik, memahami idea matematik yang mudah dan mampu menggunakan kemahiran matematik dalam kehidupan seharian.



Friday, May 4, 2012

Rhythmic Gymnastics


 


 

Animated Words - Welcome




History

Image DetailRhythmic gymnastics is a sport in which individuals or teams of competitors (2 or more people) manipulate one or two pieces of apparatus:rope, clubs,hoop, ball, ribbon, and Free (no apparatus, so called "floor routine"). An individual athlete only manipulates 1 apparatus at a time. When multiple gymnasts are performing a routine together a maximum of two types of apparatus may be distributed through the group. An athlete can exchange apparatus with a team member at any time through the routine. Therefore, an athlete can manipulate up to two different pieces of apparatus through the duration of the routine. Rhythmic gymnastics is a sport that combines elements of ballet, gymnastics, dance, and apparatus manipulation. The victor is the participant who earns the most points, determined by a panel of judges, for leaps, balances, pirouettes (pivots), flexibilities, apparatus handling, execution, and artistic effect. 

 

APPARATUS

 There are five pieces of equipment used in rhythmic gymnastics such like ball, club, ribbon rope and hoop. Every two years, the International Gymnastics Federation (FIG) designates four of the apparatus to be used, and the other to be set aside for that time period. Each event is performed on a floor mat measuring about 42.5 feet by 42.5 feet. It is not the same as the floor exercise mat used in artistic gymnastics – it doesn’t have the same amount of spring or padding to it. This is at the request of rhythmic gymnasts, because it is much easier to perform the skills required on a floor without spring and padding. 

 

RHYTHMIC GYMNASTICS LEOTARD

Rhythmic Gymnastics Leotards are identified by skirts, colorful complex designs and crystals. 

 

 Image Detail

  Organization Chart

Coach

Cik Az







 Activities & tournament

Sekapur Sirih (Pantun Guru Besar)


                                                              Sirih sekapur bersama kendi
                                                              Kendi dibawa di tapak tangan
                                                              Guru-guruku taburlah budi
                                                              Agar dikenang sepanjang zaman

                                           Makan ulam bersama nasi
                                          Air minuman di dalam kendi
                                          Cabaran mendidik kita atasi
                                          Untuk jayakan visi dan misi

                                                              Serai ditanam bersama pandan
                                                              Tanam bersama ulam-ulaman
                                                              Budaya cemerlang jadi amalan
                                                              Sekolah terbilang jadi idaman




 GPK 1, En. Mohamad Bin Othman
Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera. Selamat datang ke portal rasmi SKKBSR. Alhamdulilah SKKBSR telah berjaya membangunkan laman blognya. Semoga ini akan menjadi satu saluran maklumat rasmi utama selaras dengan hasrat kerajaan kita.
Seseorang manusia akan disanjungi kiranya dirinya dibekali dengan akhlak yang mulia disulami pula dengan bunga-bunga keimanan dan dihiasi dengan cahaya ketaatan kepada tuhan.


Kata-Kata Hikmat
Ilmu itu didapati dengan lidah yang gemar bertanya dan akal yang suka berfikir
'Abdullah Ibn. Abbas


GPK HEM  Puan Hjh. Siti Ainiah Bt Alias
Alhamdulilah, warga SKKBSR, telah membuat Projek Mega, sebagai salah satu saluran untuk sebaran  maklumat,  dan hebahan aktiviti yang dijalankan sepanjang tahun. Harapan dan usaha murni ini diharapkan dapat memanfaatkan semua warga sekolah.

Nasihat Untuk Guru & Warga SKKBSR
Saya mengucapkan tahniah kepada semua guru yang berjaya melaksanakan Projek Mega SKKBSR 2012. Saya berharap supaya guru berusaha bersungguh-sungguh supaya cemerlang semua bidang.
kecemerlangan guru, murid merupakan fokus utama dan bersama membimbing untuk mencapai kejayaan.
Salam maju jaya dan salam 1 Malaysia.

Alunan Suara Burung Kedidi
Kembang berseri Bunga Senduduk
Elok dituruti resmi padi
Semakin berisi semakin tunduk

Tingkap papan bersegi tiga
Sampan sakat di Pulau Angsa
Jadilah insan berhati mulia
baik dihati berbudi Bahasa. 



 GPK KOKU En. Mohd. Yazid Bin Dasir
Assalamualaikum dan  Salam Sejahtera.
Terlebih dahulu saya ingin memanjatkan kesyukuran kehadrat ilahi kerana diberikan kesihatan dan kesempatan untuk menyampaikan sepatah dua kata dalam ruangan ini.
Sekalung penghargaan dan pujian kepada semua guru SKKBSR yang sentiasa memberikan komitmen yang cukup tinggi sepanjang menjalankan tugas yang telah diamanahkan. Sekalung tahniah juga diucapkan kepada semua pasukan permainan, kelab dan badan beruniform yang telah memenangi atau menyertai pertandingan pada tahun ini, samada di peringkat sekolah, daerah, negeri mahupun di peringkat kebangsaan.
Harapan saya pada tahun hadapan agar kita dapat mencapai keputusan yang lebih cemerlang dalam aktiviti  yang diceburi, insya Allah..
Akhir sekali terimahal kata-kata ini untuk renungan kita bersama.
"Adalah sesuatu yang luar biasa melakukan yang biasa dalam hidup, tetapi biasakanlah mellakukan yang luar biasa dalam hidup"
 

Thursday, May 3, 2012

Profil Sekolah


SEJARAH SEKOLAH
 
Sekolah Kebangsaan Kampung Baru Si Rusa ditubuhkan pada 1 Januari 2004.  Pada masa itu, sekolah ini menumpang di Sekolah Kebangsaan Si Rusa.  Tujuan penubuhan sekolah ini adalah untuk mengurangkan bilangan murid di Sekolah Kebangsaan Si Rusa yang dijalankan secara duasesi iaitu sesi pagi dan sesi petang.  Dengan penubuhan Sekolah Kebangsaan Kampung Baru Si Rusa, sebahagian besar murid dari Sekolah Kebangsaan Si Rusa dan sebahagian murid dari Sekolah Kebangsaan Panglima Adnan telah ditempatkan di sekolah ini.   Penduduk kampung dan masyarakat sekitar  sekolah ini telah  mencadangkan penubuhan Sekolah Kebangsaan Kampung Baru Si Rusa. Cadangan ini telah diusahakan oleh UMNO Bahagian di kawasan ini yang diketuai oleh Tn.Hj Mohamed Elias b Jaffar bersama Wakil Rakyat kawasan. Usaha ini telah dipersetujui dan mendapat perhatian daripada Yang Amat Berhormat Menteri Besar pada masa itu iaitu YAB Dato’ Seri Utama Mohd Isa bin Hj Abd Samad.  Kebanyakan penduduk yang berada di sekitar sekolah ini adalah terdiri daripada  penduduk Kampung Baru Si Rusa dan  keluarga angkatan tentera.
    
     Sekolah ini telah diterajui oleh ‘care taker’ Encik Hasan bin Hussain.  Beliau telah memulakan tugas sebagai ‘care taker’ mulai 16.11.2003, manakala dibantu oleh Puan Sapiah bt Haron sebagai GPK HEM dan Puan Hjh Siti Aniah bt Alias sebagai GPK Kokurikulum.  Pihak Jabatan Pelajaran Negeri  telah menempatkan seorang Pembantu Tadbir Pn.Kamsiah bt Musa bagi menguruskan urusan pejabat. 
    
     Semasa menumpang di SK Si Rusa,  SK Kampung Baru Si Rusa telah dijalankan pada sesi petang dengan menggunakan bangunan, kantin dan kemudahan lain bagi menjalankan pengajaran dan pembelajaran.  Murid-murid yang belajar di SK Kampung Baru Si Rusa adalah terdiri daripada murid Tahun 1 hingga Tahun 5 sahaja.  Manakala jumlah murid pada masa itu adalah seramai 410 orang.  Pada bulan Februari 2004, Guru Besar pertama telah ditempatkan di sekolah ini, iaitu Puan Raziah bt Mansor.

 
SK Kampung Baru Si Rusa berpindah ke bangunan baru yang terletak di kawasan Kampung Baru Si Rusa pada 1.1. 2005 setelah bangunan baru ini dilawati oleh Menteri Pelajaran YB Dato’ Sri Hishamudin bin Tun Hussein pada bulan  November 2004.  Tujuan lawatan Yang Berhormat adalah untuk mempastikan keadaan bangunan dan persekitaran sekolah selamat apabila diduduki.  Kemudahan sekolah ini adalah serba lengkap dan  sungguh selesa.  Bilangan kelas juga bertambah menjadi 24 kelas iaitu terdiri daripada Tahun 1 hingga Tahun 6.  Jumlah murid juga menjadi 812 orang dan bilangan guru juga bertambah.  Semasa berada di bangunan baru , bilangan anak tentera adalah seramai 334 orang berbanding dengan jumlah semua murid.  Dalam masa yang singkat sekolah ini telah berkembang dan berupaya menempa nama sama ada dalam bidang kurikulum mahupun kokurikulum.  Sekolah ini memberi tumpuan  kepada kecemerlangan
akademik dan sahsiah pelajar dengan slogan Ilmu Teras Kecemerlangan.

     Guru Besar yang telah berkhidmat di Sekolah Kebangsaan Kampung Baru Si Rusa, sila rujuk jadual 1 di bawah.
BIL
NAMA GURU BESAR
TAHUN
1
Puan Raziah bt Mansor
16.2.2004 hingga 16.4.2006
2
Encik Marti bin Serin
16.4.2006 hingga 1.6.2007
3
Puan Hjh Siti Mariam bt Bidin
16.6.2007 hingga sekarang
 
VISI SEKOLAH                                                                                      

sekolah unggul penjana jenerasi terbilang
             MISI SEKOLAH                                                

Membangunkan potensi individu melalui pendidikan kualiti

    PIAGAM PELANGGAN SEKOLAH

     Dalam usaha untuk mempastikan kecemerlangan pendidikan, kami komited untuk memberikan perkhidmatan yang berkualiti kepada pelanggan seperti berikut:

Kepada Pelajar
Memberi bimbingan dan didikan yang saksama dan berterusan
Mengambil langkah-langkah segera menangani keselamatan dan kebajikan pelajar

Kepada Staf SKKBSR
Memastikan kebajikan semua staf SKKBSR dijaga dengan baik
Memastikan semua pandangan dan teguran yang membina daripada semua staf akan
     dipertimbangkan
Kepada Masyarakat
  Sentiasa bekerjasama dengan semua pihak untuk kepentingan bersama
Membekalkan maklumat yang tepat dan segera mengikut keperluan







































                 






                     




























KSSR




(A).  KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH (KSSR)


Wednesday, May 2, 2012

UPSR













KSSR BAHASA MALAYSIA

                              WAJAH-WAJAH GURU KSSR BAHASA MALAYSIA
            TAHUN 1 DAN 2
Tahun 1
Tahun 2
Tahun 1 dan 2
Tahun  2
Tahun 2










  
BILIK DARJAH KSSR



Suasana dalam bilik darjah KSSR
                                     


Penyerapan TMK dalam P&P




Buku Teks B.Malaysia sebagai bahan
bacaan intensif bagi murid-murid lemah.



























Mencari Maklumat





MENGENALI ISI KANDUNGAN KSSR
BAHASA MALAYSIA










BERASASKAN 5 MODUL
KEMAHIRAN MENDENGAR/TUTUR
KEMAHIRAN MEMBACA
KEMAHIRAN MENULIS
ASPEK DIDIK HIBUR
ASPEK TATABAHASA



Penerangan Ringkas Mengenai Band Dalam KSSR




Band
Pernyataan Standard
1
Tahu asas mendengar,bertutur, membaca dan menulis.
2
Tahu dan faham perkara didengar,tutur, baca dan tulis.
3
Tahu, faham dan boleh buat perkara yang didengar, tutur,baca dan tulis.
4
Tahu,faham,boleh buat dengan beradab maklumat yang didengar, tutur,baca dan tulis.
5
Tahu, faham dan boleh buat dengan beradab terpuji sesuatu yang didengar,tutur,baca dan tulis dalam pelbagai situasi dengan betul dan tepat.
6
Tahu, faham dan boleh buat dengan beradab mithali terhadap sesuatu sumber yang didengar,tutur, baca dan tulis dengan bertatasusila.




                   Bilangan Fail Yang Perlu Ada
      1.Fail Perkembangan Murid
2.    Fail Showcase




Kegunaan Fail 


1.Fail perkembangan murid digunakan untuk menyimpan semua evidens (soalan)
mata pelajaran yang digunakan untuk menguji kebolehan murid.



2.Fail showcase digunakan untuk menyimpan evidens terbaik yang dicapai oleh murid bagi setiap mata pelajaran dan disimpan sebagai rujukan.


Catatan
1.  Fail Perkembangan Murid= dimiliki oleh setiap orang murid
2. Fail Showcase= dimiliki oleh setiap kelas.


Jenis Fail Yang Dicadangkan

Fail yang dicadangkan adalah yang tebal dan berkulit keras. Rasionalnya ialah tahan lama dan boleh memuatkan jumlah evidens yang banyak.


Tempat Menyimpan Fail
Fail hendaklah di simpan di tempat yang selamat dan mudah digunakan untuk menyimpan evidens bagi semua guru dan murid.



Disediakan oleh:
jmz/25 june 1971

























PANITIA PEND JASMANI DAN KESIHATAN



CARTA ORGANISASI PANITIA PJK 2012 

PENAUNG
PN HJH SITI MARIAM BINTI BIDIN

GPK AKADEMIK
EN MOHAMAD BIN OTHMAN

GPK HEM
PN HJH SITI AINIAH BINTI ALIAS

GPK KOKO
EN YAZID BIN DASIR

KETUA PANITIA / SETIAUSAHA SUKAN
CIK SAMARTINI BINTI AYUB

SETIAUSAHA
CIK AZNIDA BINTI TASMUJI

AHLI PANITIA
CIK NURULFATIHAH MD NOOR
PN NOR ELINA HANI RAMLI
PN JELEKHO MAT ZAIN
PN HASNIDA SABTU
PN NOR ROHANA OSMAN
PN NORHASLINDA OMAR
PN NOOR HAZIRA OTHMAN
PN HABSAH ISMAIL
PN NOOR SHAHBANI SA'ABAN


ANTARA PROGRAM PANITIA PJK 2012

  •  SEGAK


    SEGAK – STANDARD KECERGASAN FIZIKAL KEBANGSAAN


    APAKAH SEGAK?

    # PROGRAM PENILAIAN STANDARD KECERGASAN FIZIKAL KEBANGSAAN (SEGAK)
    # DIRANCANG SELARI DENGAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN JASMANI DAN PENDIDIKAN KESIHATAN SEKOLAH RENDAH DAN MENENGAH.

    MATLAMAT

    # MURID SENTIASA PEKA, BERPENGETAHUAN DAN MENGAMALKAN AKTIVITI KECERGASAN UNTUK MENINGKAT DAN MENGEKALKAN TAHAP KECERGASAN FIZIKAL YANG OPTIMUM.

    UJIAN-UJIAN SEGAK

    1. NAIK TURUN BANGKU ( 3 MINIT )
    2. TEKAN TUBI ( 1 MINIT )
    3. RINGKUK TUBI SEPARA
    4. JANGKAUAN MELUNJUR

    UJIAN MESTI DI SELESAIKAN DALAM HARI YANG SAMA!
    UJIAN 1 -  NAIK TURUN BANGKU
    (3 MINIT)


    TUJUAN : MENGUKUR DAYA TAHAN KARDIOVASKULAR

    PROSEDUR
    - Murid memakai kasut sukan yang sesuai
    - Murid berdiri tegak dengan kaki kanan atau kiri (ikut keselesaan) di letakkan di atas
      bangku.
    - Penguji akan memberi isyarat “mula”.
    - Murid melakukan pergerakan naik dan turun 
       (kaki kiri naik  di ikuti kaki  kanan kemudian 
        kaki  kiri turun di ikuti kaki kanan)
    - Murid melakukan pergerakan mengikut rentak 
      rakaman atau metronome - 96 detik/minit selama 
       3 minit
    - Selepas tamat murid dikehendaki duduk serta 
       merta
    - Kira kadar nadi selepas 5 saat tamat perlakuan - 
       kiraan dilakukan oleh guru atau  menggunakan 
       Polar Heart Rate Monitor
    - Kadar nadi diambil dlm jangkamasa 1 minit
    - Jika murid tidak menamatkan lakuan selama
      3 minit, skor murid ini dibatalkan


    UJIAN 2 -  TEKAN TUBI
    (1 MINIT)


    TUJUAN : MENGUKUR KEUPAYAAN DAYA TAHAN DAN KEKUATAN OTOT TANGAN SERTA OTOT BAHU

    PROSEDUR
    - Mula dengan kedudukan sokong hadapan dengan berat badan disokong oleh tangan
      yang lurus dan dan jari-jari kaki
    - Badan diluruskan
    - Turunkan badan dengan  
      membengkokkan siku sehingga dada 
      menyentuh span
    - Luruskan tangan seperti dlm 
      kedudukan sedia
    - Tekan tubi diteruskan sehingga 
       murid tidak berupaya 
       meneruskannya
    - Ujian akan ditamatkan jika murid   
       tidak melakukan aktiviti secara 
       sempurna mengikut arahan 1 
       hingga  3
    - Murid B mengira dan merekod bilangan lakuan Murid A


    UJIAN 2 - TEKAN TUBI SUAIAN (1 MINIT)


    TUJUAN : MENGUKUR KEUPAYAAN DAYA TAHAN DAN KEKUATAN OTOT TANGAN SERTA OTOT BAHU


    PROSEDUR

    - Mula dengan kedudukan sokong hadapan dengan berat badan disokong oleh tangan
      yang lurus dan lutut yang bengkok. Kaki  bersilang. Badan diluruskan
    - Turunkan badan dengan membengkokkan  siku sehingga dada menyentuh span
    - Luruskan tangan seperti dlm 
      kedudukan sedia
    - Tekan tubi diteruskan sehingga 
       murid tidak  berupaya 
       meneruskannya
    - Ujian akan ditamatkan jika murid 
      tidak melakukan aktiviti secara 
      sempurna  mengikut arahan 1 
       hingga  3
    - Murid B mengira dan merekod bilanganlakuan Murid A




    UJIAN 3 -  RINGKUK TUBI SEPARA 
    (1 MINIT)


    TUJUAN : MENGUKUR DAYA TAHAN DAN KEKUATAN OTOT ABDOMEN

    PROSEDUR

    - Ujian ini dijalankan dengan murid memakai kasut yang    
      sesuai
    - Murid A berbaring dgn lutut bengkok 90darjah dan tumit  
      dan kaki sentiasa
    - Buka kaki seluas bahu
    - Kedua-dua belah tangan lurus di sisi dan hujung jari  
       menyentuh bahagian luar pelekat pertama
    - Pada setiap lakuan ringkuk, bahu perlu diangkat supaya jari 
      tengah kedua-dua tangan menyentuh bahagian luar pelekat
      kedua
    -Bahagian bawah belakang badan hendaklah rata dan jari 
      tengah pada kedudukan asal (ulang prosedur 4) sebelum 
       melakukan ulangan yang seterusnya
    - Murid melakukan pergerakan mengikut rentak rakaman atau metronome dengan
      kadar 50 detik/minit selama 1 minit
    - Murid B mengira ulangan perlakuan
    Ujian akan ditamatkan sekiranya murid A
    - Berasa tidak selesa
    - Jari tidak menyentuh bahagian luar garisan penanda kedua
    - Tumit terangkat


    UJIAN 4 -  JANGKAUAN MELUNJUR


    TUJUAN : MENGUKUR FLEKSIBILITI

     PROSEDUR

     

    - Murid duduk melunjur tanpa kasut.
    - Tumit kaki di letak di belakang penanda 23
       sentimeter.
    - Kedua-dua kaki lurus sepanjang masa  
       ujian.
       Rakan memegang lutut.
    - Tapak tangan kanana ditindih di atas 
       belakang tapak tangan kiri dalam keadaan  
       hujung jari tengah hendaklah sama.
    - Dagu rapat ke dada. Jangkaukan tangan
      perlahan-lahan sejauh yang mungkin 
       atas  pita pengukur.
    - Jangkauan hendaklah dikekalkan selama 3 saat tanpa menyentap.
    - Murid diberi tiga percubaan berturut-turut.
    – Percubahan terbaik diambil kira sebagai skor.  Bacaan dikira pada sentimeter yang terhampir.
    - Tidak perlu merekod dalam titik perpuluhan.
    - Murid yang membantu memegang lutut pelaku  tidak menganggu pelaku.
 
Buat line kat padang ( tiap2 tahun kene buat)

    tukang tarik tape



    • lukis mural kat bilik PJK




    •  Pembangunan Balapan & Padang
      " never give up "

    fly la korang....

    hari pertandingan.. semangat baju baru hihihi...

    team paling comeyy..

    coaches yang telah ditinted


    sujud syukur sbb SKKBSR jd champion!!!!

    senior and junior Kg Baru..


    kapt terima piala pusingan juara keseluruhan sek rendah






    • PROGRAM CUTI SEKOLAH...
    program kat pantai bt4
    
    kawasan lompat jauh.... the best ever
    






















     

          LinkWithin