Saturday, April 28, 2012

KEM BINA JUARA 2012

KEM BINA JUARA


24-25 APRIL 2012



TEMA
“Juara Modal Insan Teras Kegemilangan Ummah “.
KBJ Al-Quran ( Modul Taranum ).
KBJ Jawi ( Modul Khat ).
KBJ Bahasa Arab ( Pengucapan Umum ).

KONSEP
Kem Bina Juara j-QAF adalah satu usaha untuk menggilap bakat dan potensi murid-murid cemerlang dalam aspek Al-Quran, Jawi dan Bahasa Arab. Kem ini akan menjadi asas melahirkan juara di peringkat sekolah, daerah, negeri dan kebangsaan. Dalam masa yang sama, kem ini juga dapat membentuk Murid Turus yang akan membantu guru di kelas untuk membimbing rakan sebaya. Kem ini dijalankan mengikut modul atau bidang yang tertentu yang telah ditetapkan.


OBJEKTIF
Memberi peluang kepada murid untuk memperkembangkan bakat melalui modul yang diperkenalkan.

Melahirkan murid yang mempunyai jati diri dan berketrampilan tinggi.

Mewujudkan semangat persaingan yang sihat di kalangan murid.

Melahirkan murid yang berpotensi dalam bidang yang diketengahkan.

Melatih murid-murid yang cemerlang mendalami pengetahuan dalam  bidang yang tertentu sebagai persediaan untuk menjadi juara.


KUMPULAN SASARAN
Murid-murid cemerlang program j-QAF Tahap 2 ( keutamaan kepada murid Tahun 4 atau Tahun 5 ) yang telah mencapai objektif model-model j-QAF ( Jawi, Al-Quran dan Bahasa Arab ) setelah melepasi saringan oleh pihak sekolah dan Pejabat Pelajaran Daerah









TAHNIAH KEPADA PARA PESERTA YANG TELAH MEMENANGI ACARA YANG DIJALANKAN. KEPADA YANG TIDAK BERJAYA CUBA LAGI TAHUN DEPAN. MOGA RAMAI LAGI BINTANG-BINTANG SKKBSR AKAN MENJADI JUARA.

Thursday, April 26, 2012

PANITIA KAJIAN TEMPATAN

Guru-guru Panitia Kajian Tempatan

Pn. Paridah (KP Panitia K. Tempatan)
Pn. Noridah

Pn. Wan Rajaah

Pn. Norhaslinda


GAMBAR-GAMBAR SEKITAR MAJLIS SAMBUTAN  BULAN PATRIOTIK















PEPERIKSAAN DALAMAN SEKOLAH SKKBSR

JAWATAN KUASA PEPERIKSAAN SKKBSR


 
PENGERUSI 
PN.HJH SITI MARIAM BINTI BIDIN
( GURU BESAR )
 
  NAIB PENGERUSI
EN. MOHAMAD B. OTHMAN
 ( GPK 1)
 
  PN. HJH. SITI AINIAH BT HJ. ALIAS
 (GPK HEM) 

 
 EN. MOHD YAZID B. MOHD DASIR 
  (GPK KOKO) 


SETIAUSAHA PEPERIKSAAN
CIK ZARIMAH BINTI HAMZAH

PEN.SETIAUSAHA
PN. THILAGVATHI A/P RAMASAMY 


AHLI JAWATANKUASA
SEMUA GURU MATA PELAJARAN 

______________________________________________


 ANALISA UJIAN BULANAN PERTAMA / OT1
PADA TARIKH 7,8,9 DAN 10 MAC 2012

sila klik SINI

SENARAI MURID CEMERLANG UJIAN BULANAN OT1 2012

TAHUN 3 ARIF
NURUL IZZATI BT MOHD ZAINI /5A
MUHAMMAD NASREEN BIN SUHAIMI /5A
NAZEF BIN SUHAIMI /5A
ABDULLAH MUHSIN BIN AHMAD LUTFI /5A
SITI SYAFIQAH SYAKIRIN BIN MOHD HAZZRA /5A

TAHUN5 ARIF
NURUL IZZAH BT MOHD ZAINI /5A

TAHUN 6 ARIF
NURUL AINI HAMIZAH BT HAIDZIR / 4A1B
MUHAMMAD AZWAN SUIB /4A1B

TAHNIAH UNTUK KAMU SEMUAAAAAAA.....

 



Dunia Seni Visual Kurikulum Standard Sekolah Rendah ( KSSR )




Dunia Seni Visual Kurikulum Standard Sekolah Rendah ( KSSR )
Objektif Tahunan
Setelah mengikuti Kurikulum Seni Visual sekolah rendah murid dapat:
1. menghargai keindahan alam cipaan Tuhan
2. melibatkan diri dalam kegiatan seni visual secara aktif, kritis, kreatif dan menyeronokkan
3. menajamkan daya imaginasi melalui pancaindera
4. mengenali asas seni reka dan olahan serta dapat menggunakannya
5. mengembangkan kemahiran asas dalam pelbagai kegiatan seni visual
6. membiasakan diri membuat rekaan seni dengan teratur, cermat, dan selamat
7. memupuk nilai-nilai kerjasama, yakin diri, disiplin diri, dan bertanggungjawab
8. mengenal dan menghargai tokoh seni dan budaya tanah air
9. melibatkan diri dalam kegiatan seni visual sebagai aktiviti kesenggangan yang berfaedah.

Pengenalan PSV 
PENDAHULUAN
Pendidikan Seni Visual menggantikan nama Pendidikan Seni yang terdahulu. Perubahan ini dirasakan lebih sesuai kerana dalam hubungan seni di sekolah, Pendidikan Seni Visual lebih menjurus kepada seni tampak atau visual, dan tidak merujuk kepada seni lain seperti seni muzik, seni sastera, seni tari dan seni mempertahankan diri. Pendidikan Seni Visual bertujuan memberi peluang kepada murid memupuk minat, memperkembang keperibadian, memberi kesedaran dan kepekaan terhadap nilai-nilai kesenian dan alam sekitar serta kaitannya dengan mata pelajaran lain. Murid di sekolah rendah pada keseluruhannya adalah kreatif, ekspresif dan aktif. Pendidikan Seni Visual memainkan peranan memperkembang sifat ini melalui persepsi visual, imaginasi dan daya pemikiran. Kegiatan pemikiran, penerokaan dan reka bentuk dalam pelbagai jenis seni visual akan membolehkan mereka menyatakan idea dan ekspresi diri. Pengalaman ini penting kerana ia membantu murid membina keyakinan diri, membuat penilaian dan mengenali cita rasanya sendiri. Pendidikan Seni Visual sekolah rendah menyarankan strategi pembelajaran yang bersepadu dalam mata pelajaran ini dan antara mata pelajaran lain. Pengajaran dan pembelajaran akan lebih berkesan dengan aktiviti kemahiran befikir secara kritis dan kreatif (KBKK). Murid digalakkan menyimpan rekod pengalaman pembelajaran dan hasil kerja sendiri. Amalan ini akan melatih murid membuat analisis, sintesis dan refleksi terhadap pembelajarannya untuk faedah sendiri. Pendidikan seni visual sekolah rendah Setiap murid mempunyai pelbagai kecerdasan seperti ruang visual, kinestetik, interpersonel dan intrapersonel. Sifat ini amat penting untuk membantu murid berkarya, berkomunikasi dan mengukuh koordinasi pancaindera secara seimbang. Proses ini menjadikan pembelajaran lebih berkesan dan bermakna.


MATLAMAT
Matlamat mata pelajaran Pendidikan Seni Visual sekolah rendah adalah untuk melahirkan insan yang harmonis, kritis, kreatif dan produktif menerusi pemupukan asas seni visual. Kandungan kurikulum berupaya membantu murid meningkatkan rasa kesyukuran terhadap Tuhan, menghargai keindahan alam persekitaran, keindahan seni dan warisan bangsa serta dapat menyumbang ke arah pembangunan diri, keluarga, masyarakat dan negara, selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
OBJEKTIF
Setelah mengikuti Kurikulum Pendidikan Seni Visual di sekolah rendah murid boleh:
1. menghargai keindahan alam ciptaan Tuhan,
2. melibatkan diri dalam kegiatan seni visual secara aktif, kritis, kreatif dan menyeronokkan,
3. menajamkan daya persepsi dan imaginasi melalui pancaindera,
4. mengenali asas seni reka dan olahan serta dapat menggunakannya,
5. mengembangkan kemahiran asas dalam pelbagai kegiatan seni visual.
6. membiasakan diri membuat rekaan seni dengan teratur, cermat dan selamat,
7. memupuk nilai-nilai kerjasama, yakin diri, disiplin diri dan bertanggungjawab,
8. mengenal dan menghargai tokoh seni dan budaya tanah air,
9. menggunakan kemudahan teknologi dalam kegiatan penghasilan seni visual, dan
10. melibatkan diri dalam kegiatan seni visual sebagai aktiviti kesenggangan yang berfaedah.


ORGANISASI KURIKULUM
Sukatan pelajaran Pendidikan Seni Visual sekolah rendah disusun bertujuan melibatkan murid dalam pelbagai kegiatan seni. Kegiatan seni yang dijalankan berdasarkan empat bidang utama. Bidang-bidang tersebut ialah bidang menggambar, membuat corak dan rekaan, membentuk dan membuat binaan, dan mengenal kraf tradisional. Pengalaman seni ini adalah untuk memperkembang dan menyelaraskan persepsi dan konsepsi visual murid sebagai asas bagi menggalakkan pemikiran kritis dan kreatif. Pengalaman ini juga selaras dengan perkembangan peringkat kesediaan dan penerimaan murid dari segi sosioemosi, psikomotor dan mental yang merangkumi perasaan, koordinasi, manipulasi dan persepsi visual. Dengan mempelajari Pendidikan Seni Visual di sekolah rendah, murid akan dapat menguasai beberapa pengetahuan dan kemahiran. Antara pengetahuan yang dapat dimiliki murid ialah pengetahuan mengenai bahan, alat dan teknik yang digunakan dalam sebarang kegiatan seni. Murid juga akan mendapat pengetahuan mengenai sumber motif dalam persekitaran, kraf tradisional, unsur seni dan prinsip rekaan dalam pendidikan seni visual, proses pembuatan hasil seni, menyimpan maklumat atau dokumentasi, mengintegrasikan maklumat dan aplikasi komputer dalam kerja seni visual. Sementara kemahiran yang akan diperolehi murid pula ialah kemahiran memanipulasi bahan, alat dan teknik, mengaplikasi disiplin seni visual, berfikir secara kritis dan kreatif, berkomunikasi secara berkesan, membuat pilihan, membuat interpretasi, menggunakan teknologi bahan dan perkakasan. 
Organisasi kurikulum ini merangkumi empat aspek utama yang dipentingkan iaitu:

a. pemerhatian secara aktif
b. interaksi yang kritis dan kreatif dengan alat dan bahan
c. apresiasi seni visual secara mudah
d. menghargai nilai baik dalam semua aspek kehidupan
a. Pemerhatian secara aktif

Pemerhatian secara aktif 
 yang merangkumi kesedaran pemerhatian keseluruhan, berfokus dan terperinci dapat menajamkan persepsi murid. Selain memperkembangkan deria penglihatan ia juga melibatkan pancaindera lain melalui kajian perbandingan. Kajian seperti ini membantu perkembangan emosi dan imaginasi. Pemahaman tentang asas seni visual juga turut diperkembangkan melalui kegiatan pemerhatian ini. Murid akan dilatih membuat pemerhatian terhadap objek alam dan objek buatan manusia. Ini adalah untuk membolehkan murid merasai secara konkrit bagi mendapatkan imej mental. Kegiatan-kegiatan ini akan membantu terus menyelaraskan idea, imaginasi dan alam fantasinya ke arah perkembangan persepsi dan pemikiran abstrak.
 
Interaksi yang kritis dan kreatif dengan alat dan bahan 
Peringkat ini menggalakkan murid membuat penerokaan dan percubaan dalam mempelbagaikan kegiatan kreatif dengan menggunakan alat dan bahan. Proses ini akan memperkembangkan aspek psikomotor dan kemahiran asas seni visual berhubung dengan manipulasi alat dan bahan serta teknik-teknik mudah. Semasa berinteraksi dengan alat dan bahan, murid membuat interpretasi dan menyelaras konsepsi visualnya dengan objek yang dilihat. Proses pembelajaran ini amat penting kerana ia memberi peluang kepada murid belajar secara tidak langsung. Murid juga dapat mengenali perubahan yang mereka boleh lakukan dalam penghasilan seni di masa akan datang.

Apresiasi seni visual secara mudah 
Apresiasi seni visual memberi pengalaman kepada murid mengenali aspek pengetahuan seni visual dan kegunaannya dalam pelbagai kegiatan kehidupan dari segi keindahan dan fungsi. Murid terlibat dalam kajian perbandingan dan menyatakan apa yang dilihat dari aspek seni melalui hasil kerja. Pernyataan tentang hasil kerja pula boleh dibuat dalam pendidikan seni visual sekolah rendah.

Menghargai nilai baik dalam semua aspek kehidupan 
Selain diberi pengalaman membuat apresiasi seni visual secara mudah, murid juga dipupuk nilai menyayangi dan menghargai segala aspek yang wujud dalam persekitaran dan kehidupan mereka. Ini termasuklah memelihara dan memulihara alam sekitar, nilai patriotisme, nilai kebersihan dan kepekaan. Dengan ini murid akan dapat membuat pertimbangan yang sewajarnya bila berdepan dengan semua keadaan.














KSSR MATEMATIK



GURU MATEMATIK KSSR TAHUN 1 2012

PN NORHASLINDA BT OMAR


PN HASLINDA BT MOHAMED NOORDIN


    


















GURU MATEMATIK KSSR TAHUN 2 2012

PN AZIRAH BT KAMARUDIN
PN SHAHBANI BT SHAABAN




















by,
Lynn Haslinda
KSSR Matenatik

SURAU NURUL IMAN

 "SURAU GEMILANG PELAJAR CEMERLANG"


AKTIVITI SEPANJANG TAHUN
                              Amali Wuduk












Tadarus Al- Quran

Self Access Learning Centre (SALC)

Carta Organisasi

Pengerusi
Pn. Hjh. Siti Mariam bt Bidin

Penyelaras
Pn. Norlela bt Mohamad Jailani

Setiausaha
Pn. Siti Nurafna bt Muhammad Redzuan 


AJK
Semua Guru Panitia Bahasa Melayu
Pn. Wan Rajaah bt Wan Din (KP)
En. Mohamad bin Othman (GPK 1)
Pn. Noridah bt Mohd Yamin
Pn. Jelekho bt Mat Zain
Pn. Hasnida bt Sabtu
Pn. Noorhazirah bt Othman
Pn. Habsah bt Ismail
Pn. Nur Azrina bt Ali
Pn. Roslina bt Abd Wahab
Pn. Yusniza bt  Mat Jusoh (S/U)
Pn. Badariah bt Bakar
Cik Aznida bt Tasmuji
Cik Nurul Fatihah bt Mohd Nor
En. Yuslan bin Ibrahim


 Guru-guru BM yang berdedikasi lagi berkaliber...

Semua Guru Panitia Bahasa Inggeris
Pn. Moganashwari a/p Kandasamy (KP)
Pn. Thilagavathi a/p  Ramasamy
Pn. Zurina bt Mat Nor
Pn. Nor Elina Hani bt Ramli
Pn. Rohayu bt Yaacob
Cik Sharon a/p Chandra Mohan

Guru-guru BI yang berwibawa lagi berketrampilan...

BILIK SAL

Kondusif...Selesa...Menarik...

 Disediakan oleh:
mizzelle12






MENTOR-MENTEE

PROGRAM MENTOR - MENTEE

TARIKH PERLAKSANAAN
Minggu kedua Januari hingga minggu kedua September

Kumpulan Sasaran
Semua pelajar tahun enam

Waktu Perjumpaan
Rasmi : setiap pagi Selasa

Objektif 
1. Mewujudkan keakraban pelajar dan guru
2. Memupuk semangat saling bantu-  membantu antara guru dan pelajar.
3. Membantu meningkatkan kecemerlangan sekolah


ORGANISASI SISTEM MENTOR
1. Memberi dorongan dan bimbingan terancang kepada pelajar agar mencapai kejayaan cemerlang dalam peperiksaan seperti yang ditargetkan.
2. Membimbing dan memberi tunjuk ajar kepada mentee supaya menjadi pelajar yang bermotivasi tinggi, berakhlak mulia dan berbudi pekerti tinggi.
3. Membina hubungan yang rapat antara guru dan pelajar
4 Mengurangkan masalah pelajar termasuk masalah keluarga dan peribadi


CONTOH CADANGAN AKTIVITI PERJUMPAAN
1. Mengenali Potensi Diri
2. Pelan belajar Kemahiran Belajar
3. Kaedah Belajar Berkesan
4. Mengenal pasti permasalahan dalam belajar
5. Langkah - langkah bijak belajar


LinkWithin