Thursday, July 2, 2015

LAWATAN PENANDA ARAS (P&P ABAD 21) SJKT SPRINGHILL

Sesi bergambar di depan sekolah SJKT

P&P menggunakan SMART TV

Mural inisiatif SARANA PIBG


P&P Sedang berjalan

Cenderamata Drp SKKBSR  tanda kenangan

Bergambar kenangan sebelum berpisah

Wednesday, July 1, 2015

SUKAN SKKBSR 2015
















LAPORAN PERTANDINGAN SAHIBBA / 2015

LAPORAN PERTANDINGAN SAHIBBA DAN SAYEMBARA PUISI
DAERAH PORT DICKSON / 2015

Pertandingan Sahibba Dan Sayembara Puisi Daerah Port Dickson telah diadakan pada 07 April 2015 ( Selasa ), bertempat di SMK Yam Tuan Radin, 71010 Lukut, Negeri Sembilan.

Pertandingan Sahibba ini yang diwakili oleh Adik Muhammad Nasreen Bin Suhaimi, dari kelas 6 Arif,  mendapat bimbingan daripada Pn. Hjh. Habsah Binti Ismail.

Pertandingan Sahibba ini telah berjaya mengumpulkan seramai 48 peserta sekolah rendah, meliputi 14 buah sekolah kebangsaan, 17 dari SJKC dan 17 dari SJKT dalam Daerah Port Dickson. Dan Pertandingan Sahibba ini juga dipertandingkan dalam kategori sekolah menengah. Sementara Pertandingan Sayembara Puisi pula, merupakan pertandingan pada kategori sekolah menengah sahaja.

Adik Muhammad Nasreen yang diundi dalam Kumpulan F bersama-sama tiga orang peserta lain, telah memberi persaingan yang sengit untuk mengumpul sebanyak mungkin markah. Namun begitu, nasib kurang menyebelahinya, apabila tidak berjaya untuk ke peringkat akhir pertandingan tersebut. Adik Muhammad Nasreen cuma dianugerahkan sijil penyertaan pada pertandingan kali ini.





Pertandingan yang bermula pada jam 10.00 pagi ini berakhir pada pukul 2.00 petang dengan dimenangi oleh peserta dari SK Permatang Pasir, Linggi. Tahniah kepada pemenang dengan ucapan semoga lebih berjaya pada peringkat negeri nanti. 


LAPORAN KARNIVAL BAHASA MELAYU PERINGKAT NEGERI SEMBILAN / 2015

LAPORAN KARNIVAL BAHASA MELAYU
PERINGKAT NEGERI SEMBILAN / 2015

16 Jun 2015 ( Selasa ), mungkin satu tarikh keramat yang akan menjadi kenangan buat Adik Nurul Hazimah Binti Rahmat dari kelas 5 Arif, apabila berjaya menjejakkkan kaki buat pertama kalinya ke pertandingan Pidato 1 Malaysia peringkat Negeri Sembilan.

Pelajar Sekolah Kebangsaan Kampung Baru Si Rusa ini mewakili PPD Daerah Port Dickson, telah bertanding di Kompleks Rakan Muda Bandar Baru Serting, Jempol, Negeri Sembilan. Pada peringkat awalnya, venue pertandingan adalah di Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Serting, namun atas kekangan tempat , maka pihak sekolah tersebut telah memilih Kompleks Rakan Muda Bandar Baru Serting, sebagai venue yang lebih lapang dan selesa untuk pertandingan tersebut.

Adik Nurul Hazimah Binti Rahmat yang turun bergaya sebagai peserta kesepuluh daripada 16 orang peserta, begitu yakin dengan tajuk pidatonya " Rakyat Bersatu Negara Maju." Hujah-hujah pidato terancangnya begitu bernas dan gaya penampilannya begitu meyakinkan, sehingga dia tampak teruja untuk meneruskan pidato spontannya.Namun begitu, nasib tidak menyebelahinya kerana dia terkandas dalam perjuangannya untuk muncul sebagai pemenang utama. dia sekadar memperolehi sijil penyertaan dalam pertandingan tersebut.





Kegagalan Adik Nurul Hazimah Binti Rahmat pada pertandingan peringkat Negeri Sembilan ini, bukan pengakhir sebuah perjuangan. Sebaliknya, ini adalah suatu permulaan kepada perjalanan yang panjang kerana Panitia Bahasa Melayu telah berjaya menemukan sebutir mutiara dalam kalangan pasir-pasir di lautan. Dia berpotensi untuk menjadi seorang pemidato yang berkaliber jika mendapat sentuhan dan bimbingan yang mantap daripada guru pembimbing yang kreatif.

Selamat meneruskan perjuangan dan moga-moga berjaya pada masa akan datang.

LAPORAN KARNIVAL BAHASA MELAYU DAERAH PORT DICKSON / 2015


LAPORAN KARNIVAL BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH
DAERAH PORT DICKSON / 2015.

Karnival Bahasa Melayu Sekolah Rendah Daerah Port Dickson / 2015 telah diadakan pada 25 April 2015 yang lalu di Sekolah Kebangsaan Kampung Sawah, 71960 Seremban. Pertandingan yang bermula pada 8.00 pagi ini menawarkan beberapa kategori pertandingan iaitu:

* Pertandingan Bahas
* Pertandingan Bercerita Tahap 1
* Pertandingan Bercerita Tahap 2
* Pertandingan Pidato 1 Malaysia
* Pertandingan Bicara Berirama

Namun begitu, Sekolah Kebangsaan Kampung Baru Si Rusa, hanya mengambil bahagian dalam Pertandingan Bahas, Pertandingan Bercerita Tahap 2 dan Pertandingan Pidato 1 Malaysia sahaja.

Pertandingan Bahas peringkat awal telah diadakan pada 22 April 2015 ( Selasa ), Sekolah Kebangsaan Kampung Baru Si Rusa yang bertindak sebagai pencadang,  pada peringkat awalnya telah bertemu dengan pasukan Sekolah Kebangsaan Telok Kemang dan berjaya menewaskan SK Telok Kemang. SKKBSR kemudiannya, bertemu dengan Sekolah Kebangsaan Kampung Sawah pada peringkat separuh akhir. Namun begitu, nasib tidak menyebelahi SKKBSR untuk ke peringkat akhir apabila cuma berjaya sebagai pemenang tempat ketiga bersama dengan pasukan dari Sekolah Kebangsaan Kampong Gelam.

Pasukan Bahas SKKBSR yang dibimbing oleh Encik Yuslan Bin Ibrahim, membariskan empat orang peserta terdiri daripada :
1. Abdullah Muhsin Bin Hj. Ahmad Lutfi - 6 Arif
2. Nur Aliffah Binti Zuber                          - 5 Arif
3. Siti Asmaa' Binti Abdul Kadir                - 6 Arif
4. Nur Hajjarriah binti Mohamad                - 6 Arif






Kemuncak Karnival Bahasa Melayu ini diteruskan pada 25 April 2015. SKKBSR telah menghantar Adik Aleeya Sofea Binti Azhar dari kelas 5 Arif sebagai peserta Pertandingan Bercerita Tahap 2. Namun begitu,anak didik Pn. Halimah Binti Bahrum yang menyampaiakan cerita berjudul "Kuih Oh Kuih "ini tidak berjaya memenangi sebarang tempat utama dan cuma menerima sijil penyertaan sahaja.

Sementara itu, Adik Nurul Hazimah Binti Rahmat juga dari kelas 5 Arif terpilih mewakili SKKBSR sebagai peserta Pertandingan Pidato 1 Malaysia. Adik Nurul Hazimah yang mendapat sentuhan Pn. Hjh. Habsah Binti Ismail, menyampaikan pidato yang bertajuk "Rakyat Bersatu Negara Maju" telah berjaya mengalahkan 15 orang peserta lain yang datang dari setiap sekolah kebangsaan dalam Daerah Port Dickson dan dinobatkan sebagai johan daerah. Adik Nurul Hazimah kemudiannya diberi mandat untuk menggalas tanggung jawab sebagai wakil PPD Daerah Port Dickson ke Karnival Bahasa Melayu Peringkat Negeri Sembilan nanti.




Majlis Karnival Bahasa Melayu Sekolah Rendah Daerah Port Dickson / 2015 yang dirasmikan penutupannya oleh Puan Nor Zarina Binti Ismail, Pegawai Pejabat Pendidikan Daerah Port Dickson, berakhir jam 2.30 petang,

Tuesday, June 30, 2015

CARTA ORGANISASI PANITIA BAHASA MELAYU SKKBSR 2015


CARTA ORGANISASI 
PANITIA BAHASA MELAYU 2015
SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPUNG BARU SI RUSA


PENASIHAT



PN. HJH. SATIMAH BINTI ABD. SAMAD ( GURU BESAR )


PENGERUSI



EN. MOHD JUSOP ADIPUTERA BIN SHAHRUDDIN (GPK1)


KETUA PANITIA



PN. HJH. HABSAH BINTI HJ. ISMAIL


SETIAUSAHA



PN. JELEKHO BINTI MAT ZAIN

AHLI-AHLI

PN. HASNIDA BINTI SABTU
PN. NUR AZRINA BINTI ALI
PN. NURUL HUDA BINTI MOHD. SHOIB
PN. ROSLINA BINTI ABDUL WAHAB
CIK SAMARTINI BINTI AYUB
PN. BADARIAH BINTI BAKAR
CIK AZNIDA BINTI TASMUJI
ENCIK YUSLAN BIN IBRAHIM
PN. HALIMAH BINTI BAHRUM
PN. WAN RAJAAH BINTI WAN DIN
PN. NOOR HAZIRA BINTI OTHMAN
PN. NUR AFNA BINTI MOHAMED RIDZUAN
ENCIK FIRDAUS BIN MAZLAN



PENEMPATAN GURU-GURU BAHASA MELAYU
SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPUNG BARU SI RUSA

BIL
IDENTITI
NAMA GURU
KELAS
1

PN. HASNIDA BINTI SABTU
 1A, 1D
2

PN. NUR AZRINA BINTI ALI
 1B, 1C
3

PN. NURUL HUDA  MOHD. SHOIB 
 2A, 2B
4

PN. ROSLINA BT ABDUL WAHAB
 2C, 3C
5

CIK SAMARTINI BINTI AYUB
 3B
6

PN. BADARIAH BINTI BAKAR 
 4A, 5A
7

CIK AZNIDA BINTI TASMUJI 
 4B
8

ENCIK YUSLAN BIN IBRAHIM
 4C

PN. JELEKHO BINTI MAT ZAIN 3A, 2D
10

PN. HALIMAH BINTI BAHRUM 
 5B, 6D
11

PN. HJH. HABSAH BT HJ. ISMAIL 
 5C, 6B
12

PN. WAN RAJAAH BINTI WAN DIN 
 5D, 6A
13

PN. NOOR HAZIRA BINTI OTHMAN 
 6C
14

PN. NUR AFNA MOHD RIDZUAN 
 PEMULIHAN
15

ENCIK FIRDAUS BIN MAZLAN 
 PEMULIHAN

Monday, June 29, 2015

CARTA ORGANISASI PANITIA MATEMATIK 2015

      SEKOLAH KEBANGSAAN KG BARU SI RUSA
JAWATANKUASA PANITIA MATEMATIK 2015




PRNGERUSI 

PN HJH SATIMAH BT ABD SAMAD



NAIB PENGERUSI

1) EN MOHD JUSOP ADIPUTERA B. SHAHRUDDIN
2) EN MOHD YAZID B. MOHD DASIR
3) PN NORLELA BT MOHAMAD JAILANI



KETUA PANITIA

PN NOORSHAHBANI BT SHAABAN



SETIAUSAHA

PN HJH WAFIATUNNAJIHAH BT HASSAN



AJK

EN WAKIYUDDIN B. ROSNAN

PN HASLINDA BT MOHAMED NOORDIN

PN NORHASLINDA BT OMAR

PN AZIRAH BT KAAMRUDDIN

PN JURIAH BT RIPIN

EN JAMALULLLAIL B MOHD ALI







SENARAI GURU DAN KELAS YANG DI AJAR

NAMA GURU

KELAS YANG DIAJAR
1) PN HASLINDA BT MOHAMED NOORDIN
 1 B , 1 D , 2 A , 2 C

2) PN NORHASLINDA BT OMAR
 1 A , 1 C , 2 B , 2 D

3) PN AZIRAH BT KAMARUDDIN
 3 A , 3 B , 3 C , 4 B

4) PN JURIAH BR RIPIN

 4 C
5) EN WAKIYUDDIN B ROSNAN
 5 C

6) PN HJH WAFIATUNNAJIHAH BT HASSAN
 4 A , 5 D , 6 C

7) PN NOORSHAHBANI BT SHAABAN
 6 A , 6 D , 5 A

8) EN MOHD JUSOH ADIPUTERA B. SHAHRUDDIN

 6 B
9) EN JAMALULLAIL B. MOHD ALI
 6 D



Sunday, June 28, 2015

Sambutan Hari Guru SKKBSR 2015







BARISAN PENTADBIR BAHARU SKKBSR 2015





Program I-Think ( Membudayakan Kemahiran Berfikir )

I-THINK bermaksud innovative thinking (Pemikiran Inovatif) yang bertujuan untuk mempertingkatkan dan membudayakan kemahiran berfikir dalam kalangan pelajar ke arah menghasilkan pelajar yang kreatif, kritis dan inovatif. Program ini adalah hasil kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan Agensi Inovasi Malaysia (AIM) serta telah dirintis di 10 buah sekolah (6 SR & 4 SM) sebelum diperkembangkan ke seluruh Malaysia.

Peta Pemikiran diperkenalkan di mana peta ini mengandungi 8 peta pemikiran. Peta Pemikiran adalah alat berfikir yang dipersembahkan dalam 8 bentuk peta pemikiran secara visual yang mudah digunapakai dan difahami merentasi kurikulum. Ia boleh digunapakai oleh murid seawal usia 4 tahun. Ada 8 jenis peta pemikiran yang boleh digunakan.



LinkWithin