|
|
DRAF
JUN
2011
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
Pendidikan di Malaysia adalah suatu
usaha berterusan ke arah memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh
dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi
intelek, rohani, emosi dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan
kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia
yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab
dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan
terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.
PENDAHULUAN
Dokumen Standard Prestasi bagi mata pelajaran Kurikulum
Standard Sekolah Rendah (KSSR) dibina
sebagai panduan untuk guru menambahbaik Pentaksiran Sekolah sejajar dengan
pelaksanaan Pentaksiran Rujukan Standard.
Pentaksiran Rujukan Standard merupakan proses mendapatkan
maklumat tentang sejauh mana murid tahu dan boleh buat atau telah menguasai apa
yang dipelajari mengikut tahap-tahap pencapaian seperti yang dihasratkan oleh
kurikulum mata pelajaran ini.
Adalah diharapkan dokumen ini dapat memberi maklumat yang
lengkap dan tepat kepada guru tentang hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan
yang menekankan tentang pembinaan modal insan yang berteraskan kepada
pembangunan jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial.
MATLAMAT
KURIKULUM
Matlamat Kurikulum Standard
Sekolah Rendah bagi mata pelajaran Matematik adalah untuk membina pemahaman
murid tentang konsep nombor, kemahiran asas dalam pengiraan, memahami idea
matematik yang mudah dan berketrampilan mengaplikasikan pengetahuan serta
kemahiran matematik secara berkesan dan bertanggungjawab dalam kehidupan
seharian.
OBJEKTIF
KURIKULUM
Kurikulum Standard Sekolah Rendah bagi mata
pelajaran Matematik membolehkan murid:
1 Memahami
dan mengaplikasi konsep dan kemahiran matematik dalam pelbagai konteks.
2 Memperluaskan
penggunaan kemahiran operasi asas tambah, tolak, darab dan bahagi yang
berkaitan dengan Nombor dan Operasi, Sukatan dan Geometri, Perkaitan dan
Statistik.
3 Mengenal
pasti dan menggunakan perkaitan dalam
idea matematik, di antara bidang matematik dengan bidang lain dan dengan
kehidupan harian.
4 Berkomunikasi
menggunakan idea matematik dengan jelas serta penggunaan simbol dan istilah
yang betul.
5 Menggunakan
pengetahuan dan kemahiran matematik untuk diaplikasi dan membuat penyesuaian
kepada pelbagai strategi bagi menyelesaikan masalah.
6 Berfikir,
menaakul dan membuat penerokaan secara matematik dalam kehidupan seharian.
7 Menggunakan
pelbagai perwakilan untuk menyampaikan idea matematik dan perkaitannya.
8 Menghargai
dan menghayati keindahan matematik.
9 Menggunakan
pelbagai peralatan matematik secara efektif termasuk TMK untuk membina
kefahaman konsep dan mengaplikasi ilmu matematik.
TAFSIRAN
o
Band ialah satu label yang digunakan untuk
menunjukkan tanda aras tertentu yang disusun secara hierarki digunakan bagi
tujuan pelaporan individu.
o
Standard ialah satu pernyataan tentang
sesuatu domain merujuk kepada tanda aras tertentu dan bersifat generik bagi memberi gambaran holistik tentang
individu.
o
Standard Prestasi ialah pernyataan tentang
tahap perkembangan pembelajaran murid yang diukur berdasarkan standard dan
menunjukkan di mana kedudukan murid dalam perkembangan atau kemajuan pembelajarannya. Perkembangan
dalam standard itu terbahagi kepada dua iaitu perkembangan secara mendatar
(konstruk) dan perkembangan menegak (band). Pertumbuhan murid dijelaskan dengan
satu atau lebih qualifier menggunakan
perkataan atau rangkai kata yang betul menggambarkan standard dalam bentuk
hasil pembelajaran.
o
Deskriptor ialah pernyataan yang
menerangkan apa yang murid tahu dan boleh buat berdasarkan standard di mana
kualiti boleh ditaksir dan dicapai.
o
Evidens
Murid : Pernyataan
yang menerangkan tentang bagaimana murid melaksanakan apa yang dia tahu dan
boleh buat berdasarkan deskriptor.
Instrumen : Bahan atau
apa-apa bentuk bukti yang dapat ditunjukkan oleh murid yang melaksanakan
sesuatu tugasan dalam bentuk produk atau proses seperti foto, grafik, artifak,
laporan dan lain-lain.
o
Instrumen ialah alat yang digunakan
untuk menguji penguasaan atau pencapaian murid bagi sesuatu domain seperti
ujian bertulis, ujian secara lisan, demonstrasi, ujian amali.
TAFSIRAN BAND
BAND
|
PERNYATAAN
BAND
|
TAFSIRAN
|
6
|
TAHU,
FAHAM DAN BOLEH BUAT DENGAN BERADAB MITHALI
|
Murid mampu menzahirkan idea
yang kreatif dan inovatif, mempunyai keupayaan membuat
keputusan untuk mengadaptasi permintaan serta cabaran dalam kehidupan
seharian serta boleh berbicara untuk mendapatkan dan menyampaikan maklumat
menggunakan ayat yang sesuai secara bertatasusila dan menjadi contoh secara
tekal.
|
5
|
TAHU,
FAHAM DAN BOLEH BUAT DENGAN BERADAB TERPUJI
|
Murid melaksanakan sesuatu kemahiran pada
situasi baru, dengan mengikut prosedur atau secara sistematik, serta tekal
dan bersikap positif.
|
4
|
TAHU,
FAHAM DAN BOLEH BUAT DENGAN BERADAB
|
Murid melaksanakan
sesuatu kemahiran dengan beradab, iaitu mengikut prosedur atau secara
sistematik.
|
3
|
TAHU,
FAHAM DAN BOLEH BUAT
|
Murid menggunakan pengetahuan untuk melaksanakan sesuatu
kemahiran pada suatu situasi.
|
2
|
TAHU DAN FAHAM
|
Murid menunjukkan kefahaman
untuk menukar bentuk komunikasi atau menterjemah serta menjelaskan apa yang
telah dipelajari.
|
1
|
TAHU
|
Murid tahu perkara asas, atau boleh melakukan kemahiran asas
atau memberi respons terhadap perkara yang asas.
|
BAND
|
PERNYATAAN STANDARD
|
1
|
Tahu
pengetahuan asas matematik
|
2
|
Tahu
dan faham pengetahuan asas matematik
|
3
|
Tahu
dan faham pengetahuan asas matematik
bagi melakukan operasi asas matematik, penukaran asas dan
menyelesaikan masalah yang melibatkan perkataan
|
4
|
Tahu
dan faham pengetahuan matematik bagi melakukan langkah-langkah pengiraan
matematik secara terbimbing, penukaran dan menyelesaikan masalah matematik
mudah
|
5
|
Menguasai dan mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran matematik dalam
menyelesaikan masalah matematik yang kompleks dengan menggunakan pelbagai
strategi
|
6
|
Menguasai dan mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran matematik dalam
menyelesaikan masalah matematik yang
kompleks secara kreatif dan inovatif
|
BAND
|
PERNYATAAN
STANDARD
|
DESKRIPTOR
|
EVIDENS
|
1
Tahu
|
B1
Tahu pengetahuan asas matematik
|
B1D1
Nombor bulat
B1D2
Istilah dan perbendaharaan kata
B1D3
Simbol operasi asas matematik dan simbol sama
dengan
B1D4
Mata wang Malaysia
B1D5
Bentuk tiga dimensi (3D) dan bentuk dua dimensi
(2D)
|
B1D1E1
Menamakan nombor bulat sehingga 1000
dan membilang secara, satu-satu, dua-dua, lima-lima, sepuluh-sepuluh,
seratus-seratus
B1D2E1
Mengenal perbendaharaan kata bagi unit ukuran piawai dan simbol
B1D3E1
Mengenal simbol (×), (÷) dan (=)
B1D4E1
Menyatakan ciri-ciri wang kertas RM50 dan RM1
B1D5E1
Mengenalpasti ciri-ciri bentuk 3D dan 2D
|
BAND
|
PERNYATAAN
STANDARD
|
DESKRIPTOR
|
EVIDENS
|
2
Tahu dan Faham
|
B2
Tahu
dan faham pengetahuan asas matematik
|
B2D1
Kuantiti nombor bulat
B2D2
Nilai
tempat dan nilai digit nombor bulat
B2D3
Konsep pecahan
B2D4
Konsep
perpuluhan
B2D5
Nilai wang
B2D6
Muka jam
dan muka alat pengukuran
B2D7
Ciri-ciri bentuk 3D dan 2D
|
B2D1E1
Menyatakan kuantiti objek sehingga1000
dengan:
a) Menamakan dan menulis nombor dalam perkataan atau angka
b) Membilang secara, satu-satu, dua-dua,
lima-lima, sepuluh-sepuluh,
seratus-seratus
c) Memadan
d) Membanding, menyusun atau melengkapkan rangkaian nombor secara tertib
menaik atau menurun
B2D2E1
Menyatakan nilai tempat dan nilai digit bagi
nombor bulat sehingga 1000
B2D2E2
Mencerakinkan sebarang nombor dalam ratus, puluh
dan sa
B2D3E1
Menyatakan
pecahan wajar yang pengangkanya satu hingga sembilan dan penyebutnya hingga
10
B2D4E1
Menyatakan
nombor perpuluhan 0.1 hingga 0.9
B2D5E1
Menyatakan
gabungan wang yang memberi nilai yang sama sehingga RM100
B2D6E1
Menyatakan
tanda senggatan
a) minit dan jam
b) sentimeter dan meter
c) gram dan kilogram
d) liter dan mililiter
B2D7E1
Menyatakan
ciri bentuk-bentuk 3D:
kubus, kuboid, piramid tapak segi empat sama, silinder dan kon
dan ciri
bentuk-bentuk 2D:
segi empat
sama, segi empat tepat, segi tiga dan bulatan
|
BAND
|
PERNYATAAN STANDARD
|
DESKRIPTOR
|
EVIDENS
|
3
Tahu, Faham dan
Boleh Buat
|
B3
Tahu dan faham pengetahuan asas matematik bagi melakukan operasi asas matematik,
penukaran asas dan menyelesaikan masalah yang melibatkan perkataan
|
B3D1
Penyelesaian operasi asas matematik
B3D2
Pembundaran nombor
B3D3
Pecahan wajar
B3D4
Nombor Perpuluhan
B3D5
Perekodan waktu, pengukuran dan penganggaran dalam
unit piawai
B3D6
Bentangan bentuk 3D
|
B3D1E1
Melakukan operasi asas tambah bagi sebarang 3 nombor bulat hingga 3
digit dan hasil tambahnya tidak melebihi 1000.
B3D1E2
Melakukan operasi asas tolak bagi sebarang 2 nombor bulat hingga 3
digit.
B3D1E3
Menulis ayat matematik darab dan bahagi berdasarkan situasi
B3D1E4
Melakukan operasi asas darab (sifir dua, lima, sepuluh dan empat) dan
bahagi (melibatkan pembahagian dengan
dua, lima, sepuluh dan empat)
B3D1E5
Menambah nilai wang
yang jumlah tidak melebihi RM100
B3D1E6
Menolak nilai wang
sehingga RM100
B3D2E1
Membundarkan nombor bulat
sehingga 1000 kepada puluh dan ratus terdekat
B3D3E1
Melorek dan menulis pecahan wajar yang pangangkanya hingga 9 dan
penyebutnya hingga 10
B3D3E2
Membandingkan nilai dua
pecahan wajar yang pengangkanya satu dan penyebutnya hingga 10
B3D4E1
Melorek dan menulis pecahan persepuluh kepada perpuluhan
B3D4E2
Membandingkan nilai nombor perpuluhan di antara sifar perpuluhan satu
hingga sifar perpuluhan sembilan
B3D5E1
Merekod waktu dalam jam dan gandaan lima
minit
B3D5E2
Menghubungkait waktu :
hari dengan jam dan jam dengan minit
B3D5E3
Merekod, mengukur dan menganggar dalam unit piawai:
a) sentimeter dan meter
b) gram dan kilogram
c) liter dan mililiter
B3D6E1
Mengenal pasti pelbagai bentangan bentuk 3D :
kubus, kuboid, piramid tapak segi empat sama, silinder dan kon
|
BAND
|
PERNYATAAN
STANDARD
|
DESKRIPTOR
|
EVIDENS
|
4
Tahu, Faham dan
Boleh Buat dengan Beradab
|
B4
Tahu dan faham pengetahuan matematik bagi
melakukan langkah-langkah pengiraan matematik secara terbimbing, penukaran
dan menyelesaikan masalah matematik mudah
|
B4D1
Menyelesaikan masalah matematik
|
B4D1E1
Menyelesaikan masalah yang melibatkan penambahan dua nombor dan hasil
tambahnya tidak melebihi 1000
B4D1E2
Menyelesaikan masalah yang melibatkan penolakan dua nombor
B4D1E3
Menyelesaikan masalah pendaraban dua nombor yang melibatkan sifir
dua, lima, sepuluh dan empat
B4D1E4
Menyelesaikan masalah bahagi yang melibatkan pembahagian dengan dua,
lima, sepuluh dan empat
B4D1E5
Menyelesaikan masalah tambah dan tolak yang melibatkan wang
B4D1E6
Menyatakan bentuk dan bilangan bentuk 2D yang terdapat pada bentangan
bentuk 3D |
BAND
|
PERNYATAAN
STANDARD
|
DESKRIPTOR
|
EVIDENS
|
5
Tahu, Faham dan
Boleh Buat dengan Beradab Terpuji
|
B5
Menguasai dan mengaplikasi pengetahuan dan
kemahiran matematik dalam menyelesaikan masalah matematik yang kompleks
dengan menggunakan pelbagai strategi
|
B5D1
Menyelesaikan masalah matematik yang kompleks
menggunakan pelbagai strategi
|
B5D1E1
Menyelesaikan masalah matematik melibatkan operasi asas mengikut
prosedur
B5D1E2
Menyelesaikan projek
matematik yang diberi mengikut prosedur dengan menggunakan pelbagai strategi
|
BAND
|
PERNYATAAN
STANDARD
|
DESKRIPTOR
|
EVIDENS
|
6
Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Mithali
|
B6
Menguasai dan
mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran matematik dalam menyelesaikan masalah matematik yang kompleks secara
kreatif dan inovatif
|
B6D1
Mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran matematik bagi menzahirkan
idea, kreativiti dan inovasi.
|
B6D1E1
Mereka
cipta model daripada bentuk-bentuk 3D secara inovatif dan menerangkan model
yang dibina
B6D1E2
Mencipta
kaedah atau idea baru menggunakan teknologi multimedia bagi memudah cara
urusan harian
B6D1E3
Menggunakan
logik matematik untuk berkomunikasi dengan tepat dan jelas dengan rakan sebaya, guru atau
komuniti
|
No comments:
Post a Comment
PANDANGAN ANDA...