Saturday, May 8, 2010

Pengajaran Berkesan

Sebagai seorang guru sudah pasti matlamat utamanya ialah menghasilkan para pelajar yang berkualiti dari segi pencapaian akademik dan juga perkembangan sahsiah diri. Untuk mencapainya, guru perlu melaksanakan tugas utamanya iaitu mengajar dengan berkesan. Apa maksud mengajar dan apa pula maksud pengajaran berkesan? Di bawah ini disertakan antara definisi dan sedikit penerangan mengenai perkara tersebut berdasarkan buku Kepimpinan & Penambahbaikan Sekolah tulisan Abdul Ghani Abdullah.
Mengajar sebenarnya bermaksud menyampaikan ilmu pengetahuan, maklumat, memberi galakan, membimbing, meningkatkan kemahiran, dan keyakinan serta menanam nilai-nilai murni yang luhur kepada para pelajar.
Manakala pengajaran yang berkesan bermaksud pengajaran yang membolehkan pelajar memperoleh kemahiran, pengetahuan dan sikap yang ditetapkan. Pengukuran atau penilaian mengenai keberkesanan pengajaran tidak dapat dibuat berdasarkan apa yang dilakukan oleh guru di dalam kelas sahaja, tetapi perlu berdasarkan kemampuan pelajar melakukan sesuatu dan pendapat mereka selepas menerima pengajaran daripada guru.
Pada asasnya, pengajaran berkesan bergantung pada:


Kepakaran guru pada bahan pengajaran
Keperluan bahan pengajaran - bahan-bahan yang digunakan untuk membantu melicinkan proses P&P dan meningkatkan kefahaman pelajar pada apa yang diajar oleh guru.
Pedagogi, strategi dan kaedah pengajaran
Kemahiran komunikasi
Faktor-faktor lain yang menyumbang ke arah pengajaran berkesan:

Matlamat dan sasaran pengajaran guru setiap hari
Matlamat dan sasaran pencapaian akademik sekolah
Sikap guru dan sikap pentadbir sekolah
Kemahiran guru dan kemahiran pentadbir sekolah
Motivasi guru dan motivasi pentadbir sekolah
Misi dan visi guru serta misi dan visi pentadbir sekolah
Etika guru dan etika pentadbir sekolah
Keadaan dan suasana persekitaran sekolah
Kemahiran berkomunikasi guru dan pentadbir sekolah
Pemikiran guru dan pemikiran pentadbir sekolah.
Posted by Cikgu at 08:08 0 comments
Labels: Ulasan Buku
Thursday, 18 February 2010
SeDAAP?

What SeDAAP? I only know 'sedap' nyum, nyum, nyum.....


SeDAAP is one of Learning Strategies. The SeDAAP strategy is designed to encourage students to take responsibility for their own learning and to develop self-reliance and self confidence within the parameters of the assignments of independent learners, facilities the forging of productive work relationships among group members and also serves to foster student discipline.
SeDAAP means Self-Directed, Self-Accessed, Self-Assessed and Self-Paced strategies.
Self-Directed Learning
In self-directed learning, students determine the topics they want to learn within a particular content area.
Self-Accessed Learning
In self-accessed learning, srudents search for and locate information about specific topics from a variety of sources not supplied by the teacher. These information sources may include reference books, magazines, CD-ROMs, the internet, resource centres and libraries.
Self-Assessed Learning
In self-assessed learning, students are engcouraged to evaluate their own progress within a particular topic. This evaluation can be based on value judgements, self-reflection or observation as well as on criteria lists or evaluation rubics provided by the teacher. If students decide that a particular topic or skill has been satisfactorily learned, they can move on to another topic.
Self-Paced Learning
In self-paced learning, students determine their own pace in acquiring the prescribed knowledge and skills in the various content areas within the syllabus. This strategy encourages step-by-step learning in which students monitor their own progress.

Nasihat Syeikh Baha'uddin al-Naqsyabandiy

1. Mengamalkan tareqat berarti berkekalan di dalam melaksanakan ‘ubudiyyah kepada Allah, secara zahir dan batin, dengan kesempurnaan komitmen (iltizam) mengikuti as-Sunnah, dan menjauhkan segala bid’ah dan segala kelonggaran (rukhsah), pada setiap gerak dan diam.

2. Jalan kita ialah dengan menuruti jejak langkah baginda Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam dan para sahabat. Aku telah dibawakan ke jalan ini melalui Pintu Kurnia, karena dari permulaan jalan hingga ke akhirnya, tiada yang aku lihat melainkan pengaruniaan-pengaruniaan dari Allah.

3. Di dalam tarekat ini, pintu-pintu kepada ilmu-ilmu langit akan dibukakan kepada as-Salikin yang teguh menuruti jejak langkah Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam. Mengikuti as-Asunnah adalah cara yang paling utama untuk membuka pintu-pintu ini.

4. Orang-orang ahli hikmah mempunyai tiga cara untuk mencapai Kebenaran (al-haqiqah), iaitu melalui muraqabah, musyahadah dan muhasabah.Muraqabah itu ialah tidak melihat makhluk karena seseorang itu senantiasa sibuk melihat Sang Pencipta makhluk. Maksud musyahadah ialah memandang kecemerlangan nur yang diterima di dalam hati. Dan maksud muhasabah ialah tidak mengizinkan segala ahwal yang telah diperoleh, menjadi batu penghalang bagi mencapai maqam-maqam yang lebih tinggi.

5. Para ahlullah itu tidak pernah merasa kagum dengan amalan-amalan mereka. Mereka sentiasa beramal demi cinta kepadaNya.

6. Siapa yang mengambil daripada tangan kami, dan menuruti jejak langkah kami, dan mencintai kami, apakah dia itu dekat ataupun jauh, berada di Timur atau di Barat, maka akan kami minumkan dia dari Sungai Kecintaan, dan akan kami berikan dia cahaya pada setiap hari.

7. Jalan kita ialah melalui pergaulan yang baik. Mengutamakan diri bisa mengakibatkan seseorang itu menjadi masyhur dan ini ada bahaya. Kebaikan terletak di dalam bersahabat. Siapa yang mengikuti jalan ini akan memperolehi banyak manfaat dan barakah melalui pertemuan-pertemuan yang ikhlash dan yang benar.

8. Siapa jua yang menziarahi kami tanpa memperolehi faedah yang mereka perlukan dibanding kami, sebenarnya, tiadalah mereka menziarahi kami. Mereka tidak akan merasa berpuas hati. Siapa yang mempunyai keinginan untuk berkata-kata dengan kami, kami tidak akan mendengar apa-apa. Dan siapa pula yang ingin mendengar daripada kami, kami tidak mempunyai apa-apa untuk diperdengarkan. Siapa yang menerima apa yang diberikan tanpa menganggapnya remeh, akan diberikan tambahan. Siapa pula yang tidak dapat menerima apa yang telah diberikan di sini, tidak akan berupaya menerima apa-apa pun, di mana-mana pun jua tempatnya.

Ingatkah engkau kepada kisah seorang manusia yang meminta dirham (duit perak), tetapi dia telah diberikan dinar (duit emas), karena tidak ada dirham untuk diberikan kepadanya? Dia telah berkata, “Apalah gunanya benda ini? Aku tidak boleh membelanjakannya. Ini bukan dirham!”.

9. Dari satu segi, setiap Insan Kamil itu adalah sama. Ini berarti yang apabila si murid sudah benar-benar sealiran dengan usaha tarekat ini, dia boleh berkomuniksai dengan para masayaikh terdahulu, sebagaimana mereka sendiri sering berkomuniksai sesama sendiri, menempuh jarak masa dan tempat.

10. Tugas-tugas dan amalan-amalan sebuah tarekat membentuk satu unit. Kebenaran, cara mengajar dan para murid, membentuk rupa satu tangan, yang tidak dapat dilihat oleh si jahil. Karena dia hanya melihat ketidaksamaan jari-jari, dia tidak dapat melihat kepada pergerakan padu dari tangan itu (yakni pergerakan tangan sebagai satu entitas, sebenarnya terjadi dari pergerakan bersaingan tetapi berpadu dari jari-jari tangan itu).

LinkWithin