Monday, May 7, 2012

BILIK KSSR dokumen standard pj thn 2








jata,grafik7




DOKUMEN STANDARD PRESTASI
PENDIDIKAN JASMANI
TAHUN 2

 
 














                                                                                                          
­­­­







STANDARD PRESTASI
MATEMATIK TAHUN 1

 






DRAF
JUN 2011



FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.



PENDAHULUAN

Dokumen Standard Prestasi bagi mata pelajaran Kurikulum Standard  Sekolah Rendah (KSSR) dibina sebagai panduan untuk guru menambahbaik Pentaksiran Sekolah sejajar dengan pelaksanaan Pentaksiran Rujukan Standard.

Pentaksiran Rujukan Standard merupakan proses mendapatkan maklumat tentang sejauh mana murid tahu dan boleh buat atau telah menguasai apa yang dipelajari mengikut tahap-tahap pencapaian seperti yang dihasratkan oleh kurikulum mata pelajaran ini.

Adalah diharapkan dokumen ini dapat memberi maklumat yang lengkap dan tepat kepada guru tentang hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menekankan tentang pembinaan modal insan yang berteraskan kepada pembangunan jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial.




MATLAMAT KURIKULUM

Kurikulum Standard Pendidikan Jasmani Sekolah Rendah bertujuan membina murid menjadi individu yang cergas dan sihat serta berkemahiran, berpengetahuan dan mengamalkan nilai murni melalui aktiviti fizikal ke arah mencapai kesejahteraan hidup.



OBJEKTIF KURIKULUM

Murid yang mengikuti pengajaran dan pembelajaran Kurikulum Standard Pendidikan Jasmani Sekolah Rendah berkebolehan untuk:

1.         Melakukan kemahiran asas dengan lakuan yang betul mengikut konsep pergerakan
2.         Mengembangkan kebolehan dalam pergerakan dan kemahiran motor
3.         Mengenal pasti kedudukan anggota badan yang betul semasa melakukan pergerakan
4.         Mengenal pasti aktiviti meningkatkan tahap kecergasan
5.         Mengetahui kepentingan melakukan aktiviti fizikal secara berkala
6.         Mempamerkan tanggungjawab kendiri semasa melakukan aktiviti fizikal
7.         Melaksanakan aktiviti fizikal dalam suasana yang seronok dan persekitaran yang selamat
8.         Mematuhi peraturan dan mengamalkan langkah keselamatan semasa melakukan aktiviti fizikal; dan
9.         Mengamalkan gaya hidup sihat untuk kesejahteraan






TAFSIRAN
o      Band ialah satu label yang digunakan untuk menunjukkan tanda aras tertentu yang disusun secara hierarki digunakan bagi tujuan pelaporan individu.

o      Standard ialah satu pernyataan tentang sesuatu domain merujuk kepada tanda aras tertentu dan bersifat generik  bagi memberi gambaran holistik tentang individu.

o      Standard Prestasi ialah pernyataan tentang tahap perkembangan pembelajaran murid yang diukur berdasarkan standard dan menunjukkan di mana kedudukan murid dalam perkembangan  atau kemajuan pembelajarannya. Perkembangan dalam standard itu terbahagi kepada dua iaitu perkembangan secara mendatar (konstruk) dan perkembangan menegak (band). Pertumbuhan murid dijelaskan dengan satu atau lebih qualifier menggunakan perkataan atau rangkai kata yang betul menggambarkan standard dalam bentuk hasil pembelajaran.

o      Deskriptor ialah pernyataan yang menerangkan apa yang murid tahu dan boleh buat berdasarkan standard di mana kualiti boleh ditaksir dan dicapai.

o      Evidens

          Murid               :           Pernyataan yang menerangkan tentang bagaimana murid melaksanakan apa yang dia tahu dan boleh buat berdasarkan deskriptor.

Instrumen       :           Bahan atau apa-apa bentuk bukti yang dapat ditunjukkan oleh murid yang melaksanakan sesuatu tugasan dalam bentuk produk atau proses seperti foto, grafik, artifak, laporan dan lain-lain.

o      Instrumen ialah alat yang digunakan untuk menguji penguasaan atau pencapaian murid bagi sesuatu domain seperti ujian bertulis, ujian secara lisan, demonstrasi, ujian amali.


 TAFSIRAN BAND

BAND
PERNYATAAN BAND
TAFSIRAN
6
TAHU, FAHAM DAN BOLEH BUAT DENGAN BERADAB MITHALI
Murid mampu menzahirkan idea yang kreatif dan inovatif,  mempunyai keupayaan membuat keputusan untuk mengadaptasi permintaan serta cabaran dalam kehidupan seharian serta boleh berbicara untuk mendapatkan dan menyampaikan maklumat menggunakan ayat yang sesuai secara bertatasusila dan menjadi contoh secara tekal.

5
TAHU, FAHAM DAN BOLEH BUAT DENGAN BERADAB TERPUJI
Murid melaksanakan sesuatu kemahiran pada situasi baru, dengan mengikut prosedur atau secara sistematik, serta tekal dan bersikap positif.

4
TAHU, FAHAM DAN BOLEH BUAT DENGAN BERADAB
Murid melaksanakan sesuatu kemahiran dengan beradab, iaitu mengikut prosedur atau secara sistematik.

3
TAHU, FAHAM DAN BOLEH BUAT
Murid menggunakan pengetahuan untuk melaksanakan sesuatu kemahiran pada suatu situasi.
2
TAHU  DAN FAHAM
Murid menunjukkan kefahaman untuk menukar bentuk komunikasi atau menterjemah serta menjelaskan apa yang telah dipelajari.
1
TAHU
Murid tahu perkara asas, atau boleh melakukan kemahiran asas atau memberi respons terhadap perkara yang asas.



BAND
PERNYATAAN STANDARD

1

Tahu melakukan kemahiran pergerakan dan aktiviti fizikal

2

Tahu dan faham melakukan kemahiran pergerakan dan aktiviti fizikal berkaitan kecergasan

3

Tahu, faham dan boleh mengembangkan pengetahuan dan kebolehan dalam kemahiran pergerakan  dan kecergasan mengikut konsep pergerakan dan konsep kecergasan

4

Tahu, faham dan boleh mengaplikasi pengetahuan dan kebolehan untuk  melakukan pergerakan dan aktiviti yang dapat mengekalkan dan meningkatkan kemahiran dan kecergasan

5

Menguasai dan mengaplikasi pengetahuan dan kebolehan atas kesedaran kepentingan melakukan  pergerakan dan aktiviti fizikal untuk meningkatkan kemahiran dan kecergasan dan melakukannya secara seronok, mengamalkan langkah-langkah keselamatan dan mempamerkan tanggungjawab kendiri

6

Memperkembangkan pengetahuan dan kemahiran secara sistematik dan berterusan serta menjana kreativiti minda menjurus kepada gaya hidup sihat untuk kesejahteraan




BAND
PERNYATAAN STANDARD
DESKRIPTOR
EVIDENS

1

Tahu




B1
Tahu melakukan kemahiran pergerakan dan aktiviti fizikal


B1D1
Melakukan kemahiran pergerakan asas yang mudah















B1D1E1 
Melakukan kemahiran pergerakan asas yang melibatkan pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor



B1D1E2
Melakukan aktiviti pergerakan asas yang melibatkan manipulasi alatan





BAND
PERNYATAAN STANDARD
DESKRIPTOR
EVIDENS

2

Tahu dan Faham





B2
Tahu dan faham melakukan kemahiran pergerakan dan aktiviti fizikal berkaitan kecergasan








B2D1
Melakukan pergerakan asas

















B2D2
Melakukan aktiviti fizikal berkaitan kecergasan






B2D1E1
Melakukan pergerakan asas lokomotor dan bukan lokomotor


B2D1E2
Melakukan kemahiran manipulasi alatan


B2D1E3
Melakukan pergerakan berirama


B2D1E4
Melakukan pergerakan gimnastik asas:
·         Imbangan dan sokongan badan



B2D2E1
Melakukan aktiviti bergayut dan meniti pada palang menggunakan tangan










BAND
PERNYATAAN STANDARD
DESKRIPTOR
EVIDENS

3

Tahu, Faham dan Boleh Buat








B3
Tahu, faham dan boleh mengembangkan pengetahuan dan kebolehan dalam kemahiran pergerakan  dan kecergasan mengikut konsep pergerakan dan konsep kecergasan



B3D1
Melakukan pergerakan berdasarkan konsep pergerakan
































B3D2
Mengenalpasti dan menyatakan aktiviti berdasarkan konsep kecergasan






B3D3
Melakukan dan mengenalpasti aktiviti fizikal yang boleh meningkatkan kecergasan







B3D1E1
Melakukan pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor


B3D1E2
Melakukan kemahiran manipulasi alatan


B3D1E3
Melakukan kemahiran pergerakan dalam aktiviti rekreasi dan kesenggangan:
·       Menggunakan konsep jam
     sebagai pandu arah dalam aktiviti
     mencari harta karun
·       Menggunakan kemahiran lokomotor, bukan lokomotor dan manipulasi alatan yang sesuai semasa melakukan aktiviti rekreasi dan permainan tradisional

                          atau

Melakukan kemahiran asas renang:
·       Flutter kick
·       Apungan lentang


B3D1E4
Melakukan pergerakan dan mengenalpasti postur badan semasa melakukan
kemahiran pergerakan lokomotor, bukan lokomotor dan kemahiran manipulasi alatan



B3D2E1
Menyatakan perkaitan:
·       Perubahan suhu badan, pernafasan dan kadar nadi semasa memanaskan dan menyejukkan badan
·       Perubahan kadar nadi sebelum dan selepas melakukan aktiviti fizikal


B3D3E1
Melakukan aktiviti fizikal yang meningkatkan kapasiti aerobik dalam jangka masa yang ditetapkan


B3D3E2
Melakukan dan mengenalpasti otot-otot utama semasa aktiviti kelenturan, kekuatan dan daya tahan otot




BAND
PERNYATAAN STANDARD
DESKRIPTOR
EVIDENS

4

Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab




B4
Tahu, faham dan boleh mengaplikasi pengetahuan dan kebolehan untuk  melakukan pergerakan dan aktiviti yang dapat mengekalkan dan meningkatkan kemahiran dan kecergasan



B4D1
Mengaplikasi konsep pergerakan yang boleh meningkatkan kemahiran















B4D2
Mengaplikasikan pengetahuan semasa melakukan aktiviti fizikal untuk meningkatkan kecergasan






B4D1E1
Melakukan dan mengaplikasi rangkaian pergerakan lokomotor, bukan lokomotor dan imbangan statik mengikut tempo


B4D1E2
Mengenalpasti kepentingan fleksi dalam pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor


B4D1E3
Melakukan dan mengaplikasi kemahiran:
·         Menangkap bola dengan serapan daya, dan
·         Guling depan



B4D2E1
Mengaplikasikan aktiviti kekuatan dan daya tahan otot serta menyatakan kepentingannya









BAND
PERNYATAAN STANDARD
DESKRIPTOR
EVIDENS

5

Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Terpuji



B5
Menguasai dan mengaplikasi pengetahuan dan kebolehan atas kesedaran kepentingan melakukan  pergerakan dan aktiviti fizikal untuk meningkatkan kemahiran dan kecergasan dan melakukannya secara seronok, mengamalkan langkah-langkah keselamatan dan mempamerkan tanggungjawab kendiri




B5D1
Berkebolehan mengaplikasi pengetahuan untuk meningkatkan kemahiran dan kecergasan








B5D2
Menunjukkan tanggungjawab kendiri dan berinteraksi sosial



B5D1E1
Mengukur, merekod dan membanding berat dan tinggi sendiri dengan carta pertumbuhan normal


B5D1E2
Menyatakan masalah kesihatan yang berkaitan dengan komposisi badan



B5D2E1
Mematuhi peraturan penggunaan alatan dan keselamatan di tempat aktiviti


B5D2E2
Berkomunikasi antara rakan, guru dan ahli kumpulan semasa melakukan aktiviti fizikal dan mempamerkan rasa seronok


B5D2E3
Menerima cabaran, kemenangan dan kekalahan semasa melakukan aktiviti






BAND
PERNYATAAN STANDARD
DESKRIPTOR
EVIDENS



6

Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Mithali



B6
Memperkembangkan pengetahuan dan kemahiran secara sistematik dan berterusan serta menjana kreativiti minda menjurus kepada gaya hidup sihat untuk kesejahteraan


B6D1
Menjana kreativiti semasa melakukan aktiviti



B6D2
Memperkembangkan konsep kecergasan dengan gaya hidup sihat
















B6D1E1
Bekerjasama dalam kumpulan dan melibatkan diri secara aktif



B6D2E1
Mengamalkan gaya hidup sihat melalui amalan pemakanan dan aktiviti fizikal dalam kehidupan seharian


­­­­














No comments:

Post a Comment

PANDANGAN ANDA...

LinkWithin