INFO FESTIVAL
Tanggal 16 Mei merupakan tarikh keramat khususnya bagi warga masyarakat yang mempunyai kaitan dengan dunia pendidikan. Pada tarikh ini, negara kita akan menyambut perayaan Hari Guru dengan mengadakan pelbagai aktiviti termasuk acara kemuncak yakni penganugerahan Tokoh Pendidik kepada calon yang dipilih.
Pada tahun ini, negeri Pahang telah dipilih sebagai tuan rumah sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan yang akan diadakan di Universiti Malaysia Pahang, Kuantan pada 16 Mei 2010.Penganjuran Festival Hari Guru akan berlangsung selama empat (4) hari yang bermula pada 13 Mei sehingga 16 Mei 2010 bertempat di East Coast Mall, Kuantan.
Komponen aktiviti sepanjang tempoh festival adalah pameran Hari Guru, pelbagai bentuk pertandingan, jualan dan demonstrasi produk oleh pempamer-pempamer (exhibitor), permainan berasaskan pendidikan (edu-games), jualan buku-buku dan majalah dan sebagainya yang melibatkan interaksi secara langsung antara warga pendidik, pelajar, sektor korporat, agensi kerajaan, agensi bukan kerajaan dan masyarakat setempat.
AKTIVITI
Festival Hari Guru 2010 akan dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti yang merangkumi persembahan oleh pelajar-pelajar sekolah, pameran produk oleh pempamer serta penyertaan oleh guru-guru.
ATURCARA FESTIVAL
+ Pra Pelancaran Festival Hari Guru Kebangsaan 2010
+ Pelancaran Adap.com.my Negeri Pahang
+ Pelancaran Festival Hari Guru 2010
+ Lawatan Timbalan Perdana Menteri
PELAN LANTAI
PEMPAMER
Senarai pempamer di Festival Hari Guru 2010.
01. KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
02. TELEKOM SMART SCHOOL SDN BHD
03. MULTIMEDIA DEVELOPMENT CORPORATION (MDEC)
04. COSMOPOINT INTERNATIONAL COLLEGE OF TECHNOLOGY
05. PTS PUBLICATIONS AND DISTRIBUTORS SDN BHD
PERTANDINGAN
+ PERTANDINGAN MENULIS KARANGAN HARI GURU 2010
+ PERTANDINGAN REKA CIPTA DAN LUMBA BOT
LOKASI
Tuesday, May 11, 2010
Monday, May 10, 2010
PENGUMUMAN PENTING UNTUK GURU
Aplikasi Emis Online v5.1 telah menyediakan satu lagi kemudahan iaitu
Login Guru. Kemudahan ini membolehkan guru-guru untuk menyemak maklumat individu. Guru juga boleh membuat perubahan/penambahan kepada dua submodul iaitu submodul mata pelajaran ajar dan sejarah perkhidmatan. Sila war-warkan kepada semua guru kerana segala aktiviti berkaitan NKRA adalah berasaskan data EMIS.
Kata laluan default adalah nombor KP. Selepas login, guru boleh menukar kata laluan tersebut.
Peluang Kenaikan Pangkat Guru Sekolah Rendah
Isu mengenai kenaikan pangkat guru sentiasa hangat dan panas hinggakan semalam YAB Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran akan mengadakan Makmal Khas untuk urusan tersebut.Sebelum ini saya telah menyentuh serba sedikit dalam posting terdahulu berhubung isu ini bilamana ramai calon yang memohon atau diperakukan menolak tawaran yang diberikan kepada mereka.
Walau bagaimanapun melalui perjumpaan atau dialog dengan rakan guru,tulisan melalui forum-forum atau wacana dengan kesatuan masih ramai kalangan guru salah faham tentang dasar pelaksanaan kenaikan pangkat yang sedia ada. Saya mengambil peluang ini untuk memberi penjelasan serba-sedikit berhubung beberapa isu kenaikan pangkat supaya digri kefahaman dapat dipertingkatkan dan seterusnya dapat membantu guru merebut peluang kenaikan pangkat. Saya akan memberi fokus berkaitan urusan sekolah rendah.
Dalam laluan kerjaya pangkat PPLD,Bahagian Pengurusan Sumber Manusia telah menetapkan laluan seperti berikut:
Laluan naik pangkat secara hakiki - iaitu bagi jawatan-jawatan hakiki di sekolah,ppd,jpn atau bahagian di KPM seperti GPK,Guru Besar dan Pengelola Gred DGA32 dan DGA34
Laluan Guru Cemerlang - gred DGA32,DGA34,DGA38 bertaraf KUP
Laluan Time Base - DGA32 (KUP)
Laluan Khas X-PPLD - DG41(KUP) ,DG44(KUP) untuk GPK dan Guru Besar yang sambung belajar
Laluan Guru Besar Cemerlang - DGA38(KUP)
Laluan Pengelola /Pegawai Cemerlang - DGA34(KUP),DGA38(KUP)
Bagaimana dengan Guru Penolong yang sambung belajar atau baru posting sebagai PPPS DG41? Mereka boleh menikmati laluan naik pangkat sebagai :
Laluan Guru Cemerlang DG44(KUP),DG48(KUP),DG52(KUP)....Jusa Khas C
Laluan Time Base DG44 (KUP), DG48 (KUP)
Mereka tidak boleh menjadi Guru Besar atau GPK kerana gred mereka DG41 lebih tinggi dari gred DGA32 atau DGA34 GPK dan Guru Besar. Mereka yang telah menyandang jawatan hakiki GPK dan Guru Besar terlebih dahulu kemudian sambung belajar akan dikekalkan atas jawatan yang sama setelah dilantik DG41 dengan memakai DG41(KUP).Dari segi prinsip gred DG41 bukan gred naik pangkat tetapi mereka dikekal kerana telah menyandang jawatan itu terlebih dahulu. Maksud KUP kenaikan pangkat diberi kepada body pemunya bukan jawatannya. Jika pemegang jawatan KUP bersara pengisian jawatan menggantikannya ialah pada gred asal jawatan tersebut. Contoh seorang Guru Besar Sekolah A yang gred DG44(KUP) bersara maka calon yang akan di situ ialah mereka yang terdiri dari Guru Besar DGA34 kerana gred hakiki Guru Besar sekolah gred A ialah DGA34.
Ramai guru yang sambung belajar atau posting baru tidak berpuashati kerana mereka seolah-olah tiada peluang menjadi pentadbir. Siapa kata mereka tiada peluang ? Ada peluang JIKA sistem struktur naik pangkat hakiki sekolah rendah berubah. Jika KPM mengubah gred jawatan hakiki GPK dan Guru Besar ke DG44 dan DG48 bukan sahaja mereka layak tetapi semua PPBS juga layak kecuali ada sekatan guru menengah tidak boleh berpindah ke sekolah rendah. Keadaan ini kemungkinan besar akan berlaku kerana sekarang calon-calon guru yang keluar hampir tiada berstatus PPLD semuanya PPPS. Selain dari itu ramai Guru Besar dan GPK telah mengikuti program siswazah. Maka PPLD akan beransur hilang dalam sistem perguruan negara sebagai hilangnya guru Darjah 6 dan Guru kelulusan SRP.
Selain dari itu sesetengah guru mendakwa kalau nak naik pangkat kena buat baik atau membina hubungan rapat dengan pegawai JPN atau PPD.Ianya seolah-olah memberi gambaran bahawa kenaikan pangkat dasarnya ditentukan oleh JPN.Mereka lupa bahawa pokok segala kelayakan naik pangkat mereka bermula dari diri mereka sendiri.Sewajarnya mereka melengkap diri mereka sendiri jika ingin menjawatan naik pangkat :-
Guru mesti memohon setiap tahun. Semua jawatan naik pangkat kena pohon.
Mempunyai prestasi tiga tahun yang baik.
Tiada tindakan tatatertib
Telah mengistiharkan harta
Lulus Tapisan SPRM
Bebas dari peminjam tegar IPP
Lulus PTK
Diperaku oleh Ketua Jabatan
Lain keistimewaan dan kebolehan yang boleh dibuktikan
Tugas panel JPN dalam urusan naik pangkat adalah memanjangkan iklan dari BPSM,menerima dan memproses borang dan dokumen permohonan yang lengkap,memanjangkan permohonan ke Lembaga Naik Pangkat KPM,menerima senarai yang diluluskan oleh Lembaga , menawar kepada calon dan memaklumkan kepada BPSM setuju terima / tolak dari calon.
Urusan naik pangkat diurusetia oleh Unit Naik Pangkat dan Tatatertib,Sektor Khidmat Pengurusan Pembangunan manakala penawaran kepada calon sahaja dilakukan oleh Unit Penyeliaan Sekolah Rendah,Sektor Pengurusan Sekolah berdasarkan prosidur yang ditetapkan.
Penempatan calon naik pangkat juga menjadi isu apa lagi calon-calon ditawarkan penempatan di luar daerah. Mereka seolah-olah lupa bahawa jawatan naik pangkat adalah untuk mengisi jawatan kosong yang ada. Lagi pun adalah tidak adil jika berlaku kekosongan dalam daerah calon baru naik pangkat hendak ditempatkan di situ sedangkan ada guru dari daerah tersebut yang semasa naik pangkat sanggup untuk keluar daerah dan bertahun-tahun sudah berada di sana.Inilah masa untuk mereka kembali berhampiran keluarga dan kampung halaman.
Satu lagi isu yang hangat diperkatakan ialah mengenai pemangkuan GPK dari guru DGA29 ke DGA32 yang dilaksanakan pada tahun ini.Ramai guru senior dari gred DGA32(KUP) Time Base menyuarakan perasaan tidak puashati kerana peluang mereka untuk menjawatan GPK telah ditutup. Ada kalangan guru DGA29 yang ditawarkan pemangkuan GPK DGA32 menolak tawaran setelah sehari dua melapor diri kerana tekanan tugas dan rakan dari DGA32(KUP) Time Base.Mereka ada yang baru berkhidmat 8 tahun.
Iklan pemangkuan telah disiarkan 31 Julai 2009 dan Surat Kuasa Kelulusan Pemangkuan telah dikeluarkan pada 23 Disember 2009.Ramai kalangan guru terkhilaf dengan iklan ini. Mereka tidak faham maksud "pemangkuan".Pemangkuan dalam bahasa mudah mereka yang layak memangku jawatan naik pangkat lebih tinggi dari yang disandang sekarang selama 6 bulan atau lebih dengan dibayar elaun memangku sebelum disahkan pelantikan secara hakiki". Mengapa perkara ini tidak dibuka kepada penyandang DG32(KUP) Time Base;
Pemangkuan Gred DGA32 tidak boleh diberi kepada guru DGA32(KUP) Time Base kerana guru DGA32(KUP) Time Base telah naik pangkat gred DGA32 setara dengan pemangkuan. Guru DGA32(KUP) Time Base hanya boleh diberi pemangkuan jika mereka naik pangkat lebih tinggi ke gred DGA34
Perakuan dan peluang naik pangkat GPK kepada guru DGA32(KUP) Time Base sebelum ini ramai yang menolak kerana gaji mereka tidak berubah kerana grednya sama.Hanya elaun GPK RM60.00 sahaja.Apalagi mereka akan kehilangan BISP jika bukan opsyen menerima jawatan hakiki.Ramai jawatan GPK tidak dapat diisi dan lebih mendukacita ditawarkan di sekolah yang samapun tetap menolak.Mereka selesa dan tidak mahu berpindah. Maka KPM buka peluang ini kepada guru DGA29.Siapa yang bawa lumpur ????
Dengan memberi peluang kepada DGA29 pemangkuan maka jumlah guru yang naik pangkat semakin ramai.Cuma bezanya naik pangkat secara Time Base tiada jawatan,masih guru penolong tetapi naik pangkat secara hakiki mempunyai jawatan sama ada sebagai GPK atau Guru Besar.
Jawatan hakiki ini mempunyai konotasi "kuasa".Justru itu walaupun gred guru penolong DG41 tetapi Guru Besar dan GPK diberi "tauliah" yang memberikan mereka "kuasa" mengawalselia guru penolong dari gred apa sekalipun.
Persoalannya adakah guru penolong Time Base DGA32(KUP) ada peluang untuk menjadi pentadbir ?
Jawapannya:
ada jika senarai calon pemangkuan DGA29 ke DGA32 tidak mencukupi
mereka akan diperakukan jika memenuhi syarat sebagaimana di atas
tersenarai dalam kelulusan perakuan yang dikemukakan kepada BPSM/Lembaga
menerima tawaran
Guru Penolong DGA32(KUP) Time Base juga berpeluang memohon jawatan naik pangkat DGA34 dan Guru Cemerlang
Satu perkara lagi bila menyentuh isu naik pangkat majoriti tertumpu kepada naik pangkat Laluan Hakiki untuk GPK dan Guru Besar sahaja sedangkan laluan lain seperti Guru Cemerlang terbuka luas seperti kurang diberi perhatian. Laluan naik pangkat hakiki terikat kepada kekosongan.Sebagai contoh permohonan untuk mengisi jawatan hakiki DGA34 bagi 2010 negeri Terengganu seramai hampir 1,200 orang sedangkan kekosongan jawatan adalah lebih kurang 30 orang. Sudah tentu mereka yang terbaik sahaja akan ditawarkan. Mereka terbaik ditentukan kreteria pemarkahan sebagaimana berikut:
prestasi tiga tahun dengan purata maksima markah 80 %
ditambah 20% lain-lain kreteria seperti kursus NPQH,pengalaman,sumbangan dan lain-lain merit yang pemohon sedia tahu.
Dalam pemerhatian saya tidak akan ada calon yang akan dapat 100% tetapi prestasi majoriti calon boleh maintance untuk dapat 75 % hinmgga 78%.Mereka banyak gagal dalam mencapai markah 20% .Kalau prestasi dapat 78% campur 10% baru dapat 88%. Sewajarnya calon bukan sahaja menjaga prestasi tetapi juga kreteria 20% juga.
Adalah menjadi harapan kami dengan penjelasan ringkas ini dapat memberi sedikit kefahaman kepada kaum guru sekolah rendah terutamanya mengenai peluang naik pangkat,proses dan unit-unit yang terlibat. Cuma satu ingat kami jika tidak berminat dan tidak sanggup berganjak tidak payahlah minta naik pangkat kerana ianya seakan menutup peluang rakan-rakan yang lain. Apapun yang harus diingat pokok utama kelayakan dan keupayaan untuk naik pangkat bermula dari diri sendiri...ukurlah betul-betul.
Petikan dari:
http://unitrendahspsjpnt.blogspot.com/
Subscribe to:
Posts (Atom)