Friday, May 4, 2012

Sekapur Sirih (Pantun Guru Besar)


                                                              Sirih sekapur bersama kendi
                                                              Kendi dibawa di tapak tangan
                                                              Guru-guruku taburlah budi
                                                              Agar dikenang sepanjang zaman

                                           Makan ulam bersama nasi
                                          Air minuman di dalam kendi
                                          Cabaran mendidik kita atasi
                                          Untuk jayakan visi dan misi

                                                              Serai ditanam bersama pandan
                                                              Tanam bersama ulam-ulaman
                                                              Budaya cemerlang jadi amalan
                                                              Sekolah terbilang jadi idaman




 GPK 1, En. Mohamad Bin Othman
Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera. Selamat datang ke portal rasmi SKKBSR. Alhamdulilah SKKBSR telah berjaya membangunkan laman blognya. Semoga ini akan menjadi satu saluran maklumat rasmi utama selaras dengan hasrat kerajaan kita.
Seseorang manusia akan disanjungi kiranya dirinya dibekali dengan akhlak yang mulia disulami pula dengan bunga-bunga keimanan dan dihiasi dengan cahaya ketaatan kepada tuhan.


Kata-Kata Hikmat
Ilmu itu didapati dengan lidah yang gemar bertanya dan akal yang suka berfikir
'Abdullah Ibn. Abbas


GPK HEM  Puan Hjh. Siti Ainiah Bt Alias
Alhamdulilah, warga SKKBSR, telah membuat Projek Mega, sebagai salah satu saluran untuk sebaran  maklumat,  dan hebahan aktiviti yang dijalankan sepanjang tahun. Harapan dan usaha murni ini diharapkan dapat memanfaatkan semua warga sekolah.

Nasihat Untuk Guru & Warga SKKBSR
Saya mengucapkan tahniah kepada semua guru yang berjaya melaksanakan Projek Mega SKKBSR 2012. Saya berharap supaya guru berusaha bersungguh-sungguh supaya cemerlang semua bidang.
kecemerlangan guru, murid merupakan fokus utama dan bersama membimbing untuk mencapai kejayaan.
Salam maju jaya dan salam 1 Malaysia.

Alunan Suara Burung Kedidi
Kembang berseri Bunga Senduduk
Elok dituruti resmi padi
Semakin berisi semakin tunduk

Tingkap papan bersegi tiga
Sampan sakat di Pulau Angsa
Jadilah insan berhati mulia
baik dihati berbudi Bahasa. 



 GPK KOKU En. Mohd. Yazid Bin Dasir
Assalamualaikum dan  Salam Sejahtera.
Terlebih dahulu saya ingin memanjatkan kesyukuran kehadrat ilahi kerana diberikan kesihatan dan kesempatan untuk menyampaikan sepatah dua kata dalam ruangan ini.
Sekalung penghargaan dan pujian kepada semua guru SKKBSR yang sentiasa memberikan komitmen yang cukup tinggi sepanjang menjalankan tugas yang telah diamanahkan. Sekalung tahniah juga diucapkan kepada semua pasukan permainan, kelab dan badan beruniform yang telah memenangi atau menyertai pertandingan pada tahun ini, samada di peringkat sekolah, daerah, negeri mahupun di peringkat kebangsaan.
Harapan saya pada tahun hadapan agar kita dapat mencapai keputusan yang lebih cemerlang dalam aktiviti  yang diceburi, insya Allah..
Akhir sekali terimahal kata-kata ini untuk renungan kita bersama.
"Adalah sesuatu yang luar biasa melakukan yang biasa dalam hidup, tetapi biasakanlah mellakukan yang luar biasa dalam hidup"
 

No comments:

Post a Comment

PANDANGAN ANDA...

LinkWithin