Thursday, May 3, 2012

KSSR




(A).  KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH (KSSR)


Latar Belakang

1.    Gagasan ke 3 Ucapan Dasar Y.A.B. Perdana Menteri dalam Perhimpunan
      Agung UMNO 2006 – menuntut supaya pendidikan Negara memberi
      penekanan kepada :
  • Pembangunan modal insan 
  • Penghasilan pelajar celik minda
  • Pembentukan warganegara yang menguasai ilmu, kemahiran dan maklumat 
  •  Program yang membangunkan akal manusia dalam melahirkan insan Ulul al-bab 
2.     Teras ke 2 Pelan Induk Pembangunan Pendidikan:


  •    Dasar – membangunkan modal insan yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran serta menghayati nilai-nilai murni. 
  •  Matlamat – memastikan anak bangsa Malaysia dipupuk semangat menguasai ilmu pengetahuan, kemahiran dan kompetensi, menerap nilai
    3.     Oleh itu, kurikulum kebangsaan perlu dikaji semula bagi memastikan kurikulum yang holistik dan sentiasa releven bagi melahirkan modal insan yang seimbang yang dapat menangani cabaran semasa dan masa depan.


Sejarah Kurikulum Sekolah Rendah

1983           -        Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR)

1993           -        Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR)

2003           -        KBSR (semakan)

2011           -        Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) 



Hasrat Pendidikan

-               Falsafah Pendidikan Kebangsaan     
-    Cabaran  Abad Ke-21
-     Dasar Pendidikan Kebangsaan           
-    Model Baru Ekonomi (MBE)
                      -    Wawasan 2020                                   
-    Teori Pembelajaran
-    Jangka Rancangan Jangka Panjang             








KURIKULUM BERASASKAN STANDARD

Kurikulum Transformasi  Sekolah Rendah digubal berasaskan     standard kandungan dan standard pembelajaran


Standard Kandungan


Standard Pembelajaran


Penyataan spesifik tentang perkara yang murid patut ketahui dan boleh lakukan dalam suatu tempoh persekolahan merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai.


Satu penetapan kriteria    atau indikator kualiti pembelajaran dan pencapaian yang boleh  diukur bagi setiap standard kandungan.











Contoh Standard Kandungan & Standard Pembelajaran


Standard Kandungan


Standard Pembelajaran

Bahasa Malaysia
 Mendengar, memahami dan memberi
respon terhadap sesuatu arahan, soalan
dan pesanan yang  didengar dengan
betul

Bahasa Malaysia
Mendengar, memahami dan
memberikan respons dengan betul
secara lisan terhadap pelbagai soalan
bercapah.

Bahasa Inggeris
  Able to express personal response to literary texts

Bahasa Inggeris
 Able to respond to:
          a.  Book covers
          b.  Pictures in books
          c.  Characters
               with guidance

Matematik

 Menama dan menentukan nilai nombor

Matematik
 Menamakan nombor hingga 100:
a.  Membilang objek dalam kumpulan.
b.     Menamakan nombor bagi kumpulan  objek sebagai mewakili kuantiti.


Mengapa Standard?
                         Memastikan SEMUA murid melepasi standard yang ditetapkan. 
                         Penetapan ilmu, kemahiran dan nilai yang perlu diukur dengan jelas.
                         Mengenal pasti strategi penambahbaikan (assessment  for learning).
                         Mengatasi masalah murid keciciran dalam pembelajaran.
                         Pelaksanaan pentaksiran berasaskan sekolah .


Organisasi KSSR Tahap I dan Peruntukan Masa

             

No comments:

Post a Comment

PANDANGAN ANDA...

LinkWithin