Monday, May 7, 2012

BILIK KSSR dokumen standard dunia sains dan teknologi thn 2


­­­­





jata,grafik7




DOKUMEN STANDARD PRESTASI
DUNIA SAINS DAN TEKNOLOGI
TAHUN 2

 
 















                                                                                                          
­­­­







STANDARD PRESTASI
MATEMATIK TAHUN 1

 








DRAF
JUN 2011

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.



PENDAHULUAN

Dokumen Standard Prestasi bagi mata pelajaran Kurikulum Standard  Sekolah Rendah (KSSR) dibina sebagai panduan untuk guru menambahbaik Pentaksiran Sekolah sejajar dengan pelaksanaan Pentaksiran Rujukan Standard.

Pentaksiran Rujukan Standard merupakan proses mendapatkan maklumat tentang sejauh mana murid tahu dan boleh buat atau telah menguasai apa yang dipelajari mengikut tahap-tahap pencapaian seperti yang dihasratkan oleh kurikulum mata pelajaran ini.

Adalah diharapkan dokumen ini dapat memberi maklumat yang lengkap dan tepat kepada guru tentang hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menekankan tentang pembinaan modal insan yang berteraskan kepada pembangunan jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial.





MATLAMAT KURIKULUM

Matlamat Kurikulum Sains Sekolah Rendah ini ialah untuk menanam minat dan mengembangkan kreativiti murid melalui pengalaman dan penyiasatan bagi menguasai ilmu sains, kemahiran saintifik dan kemahiran berfikir serta  sikap saintifik dan nilai murni.



OBJEKTIF KURIKULUM


Kurikulum Standard Sains Sekolah Rendah Tahap 1  bertujuan:

      1   Merangsang sifat  ingin tahu murid dan mengembangkan minat  tentang  dunia di sekeliling mereka.
      2   Menyediakan peluang untuk murid menguasai  kemahiran proses sains dan kemahiran secara berfikir kritis dan kreatif.
      3   Meningkatkan daya kreativiti murid.
      4   Memberi kefahaman tentang fakta dan konsep sains.
      5   Membolehkan murid mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran secara kritis, kreatif dan analitis bagi membuat     
           keputusan dan menyelesaikan masalah.
      6   Menyemai sikap saintifik dan nilai murni dan seterusnya membolehkan murid mengamalkannya.
      7   Menyedari keperluan menjaga alam sekitar.





TAFSIRAN
o      Band ialah satu label yang digunakan untuk menunjukkan tanda aras tertentu yang disusun secara hierarki digunakan bagi tujuan pelaporan individu.

o      Standard ialah satu pernyataan tentang sesuatu domain merujuk kepada tanda aras tertentu dan bersifat generik  bagi memberi gambaran holistik tentang individu.

o      Standard Prestasi ialah pernyataan tentang tahap perkembangan pembelajaran murid yang diukur berdasarkan standard dan menunjukkan di mana kedudukan murid dalam perkembangan  atau kemajuan pembelajarannya. Perkembangan dalam standard itu terbahagi kepada dua iaitu perkembangan secara mendatar (konstruk) dan perkembangan menegak (band). Pertumbuhan murid dijelaskan dengan satu atau lebih qualifier menggunakan perkataan atau rangkai kata yang betul menggambarkan standard dalam bentuk hasil pembelajaran.

o      Deskriptor ialah pernyataan yang menerangkan apa yang murid tahu dan boleh buat berdasarkan standard di mana kualiti boleh ditaksir dan dicapai.

o      Evidens

          Murid               :           Pernyataan yang menerangkan tentang bagaimana murid melaksanakan apa yang dia tahu dan boleh buat berdasarkan deskriptor.

Instrumen       :           Bahan atau apa-apa bentuk bukti yang dapat ditunjukkan oleh murid yang melaksanakan sesuatu tugasan dalam bentuk produk atau proses seperti foto, grafik, artifak, laporan dan lain-lain.

o      Instrumen ialah alat yang digunakan untuk menguji penguasaan atau pencapaian murid bagi sesuatu domain seperti ujian bertulis, ujian secara lisan, demonstrasi, ujian amali.


 TAFSIRAN BAND

BAND
PERNYATAAN BAND
TAFSIRAN
6
TAHU, FAHAM DAN BOLEH BUAT DENGAN BERADAB MITHALI
Murid mampu menzahirkan idea yang kreatif dan inovatif,  mempunyai keupayaan membuat keputusan untuk mengadaptasi permintaan serta cabaran dalam kehidupan seharian serta boleh berbicara untuk mendapatkan dan menyampaikan maklumat menggunakan ayat yang sesuai secara bertatasusila dan menjadi contoh secara tekal.

5
TAHU, FAHAM DAN BOLEH BUAT DENGAN BERADAB TERPUJI
Murid melaksanakan sesuatu kemahiran pada situasi baru, dengan mengikut prosedur atau secara sistematik, serta tekal dan bersikap positif.

4
TAHU, FAHAM DAN BOLEH BUAT DENGAN BERADAB
Murid melaksanakan sesuatu kemahiran dengan beradab, iaitu mengikut prosedur atau secara sistematik.

3
TAHU, FAHAM DAN BOLEH BUAT
Murid menggunakan pengetahuan untuk melaksanakan sesuatu kemahiran pada suatu situasi.
2
TAHU  DAN FAHAM
Murid menunjukkan kefahaman untuk menukar bentuk komunikasi atau menterjemah serta menjelaskan apa yang telah dipelajari.
1
TAHU
Murid tahu perkara asas, atau boleh melakukan kemahiran asas atau memberi respons terhadap perkara yang asas.



BAND
PERNYATAAN STANDARD

1

Mengetahui perkara-perkara asas dalam sains dan teknologi

2

Memahami perkara-perkara asas dalam sains dan teknologi

3

Mempamerkan keupayaan mengetahui dan memahami  perkara-perkara asas dalam sains dan teknologi

4

Menggunakan pengetahuan asas sains dan teknologi bagi menjalankan tugasan

5

Mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran saintifik untuk membentuk konsep sains

6

Mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran saintifik untuk menyelesaikan masalah dalam kehidupan harian




BAND
PERNYATAAN STANDARD
DESKRIPTOR
EVIDENS

1

Tahu




B1
Mengetahui perkara-perkara asas dalam sains dan teknologi


B1D1
Keperluan asas manusia



B1D2
Keperluan asas haiwan



B1D3
Cara haiwan membiak



B1D4
Keperluan asas tumbuhan




B1D5
Sumber cahaya







B1D1E1
Mengenal pasti keperluan asas manusia iaitu makanan, air, udara dan tempat perlindungan


B1D2E1
Mengenal pasti keperluan asas haiwan iaitu makanan, air, udara dan tempat perlindungan


B1D3E1
Mengenal pasti cara haiwan membiak iaitu melahirkan anak dan bertelur


B1D4E1
Mengenal pasti keperluan asas tumbuhan iaitu air, udara dan cahaya matahari



B1D5E1
Mengenal pasti sumber cahaya seperti matahari, lampu, lampu suluh dan api







BAND
PERNYATAAN STANDARD
DESKRIPTOR
EVIDENS

2

Tahu dan Faham





B2
Memahami perkara-perkara asas dalam sains dan teknologi


B2D1
Perubahan diri




B2D2
Tumbesaran haiwan








B2D3
Cara haiwan bergerak





B2D4
Komponen set binaan







B2D1E1
Mengenal pasti perubahan yang berlaku pada diri sendiri sejak dilahirkan iaitu membesar dari segi pertambahan saiz, tinggi dan berat


B2D2E1
Mengenal pasti perubahan yang berlaku pada haiwan sejak dilahirkan iaitu membesar dari segi perubahan rupa dan pertambahan saiz

B2D2E2
Mengenal pasti anak haiwan yang menyerupai ibunya dan yang tidak menyerupai ibunya


B2D3E1
Menjelaskan cara haiwan bergerak seperti berjalan, merangkak, terbang, berenang, menjalar, mengengsot, merayap, berlari dan melompat


B2D4E1
Menterjemahkan manual

B2D4E2
Mengenal pasti komponen set binaan berpandukan manual bergambar





BAND
PERNYATAAN STANDARD
DESKRIPTOR
EVIDENS

3

Tahu, Faham dan Boleh Buat








B3
Mempamerkan keupayaan mengetahui dan memahami  perkara-perkara asas dalam sains dan teknologi


B3D1
Kepentingan keperluan asas kepada manusia


B3D2
Perbandingan tumbesaran manusia



B3D3
Haiwan dan makanannya



B3D4
Mengenal tempat perlindungan haiwan





B3D5
Cara pembiakan haiwan


B3D6
Perubahan keadaan terang dan gelap



B3D7
Pemilihan komponen set binaan



B3D1E1
Menjelaskan kepentingan keperluan asas kepada manusia


B3D2E1
Menjalankan aktiviti untuk membanding dan membezakan tumbesaran diri dengan rakan dari segi saiz, tinggi dan berat

B3D3E1
Memberi contoh haiwan dan makanan yang dimakan


B3D4E1
Mengenal pasti tempat perlindungan haiwan seperti sarang, reban, lubang, atas pokok, kandang, gua, di dalam air, di dalam tanah, di celah batu atau kayu


B3D5E1
Mengelas haiwan berdasarkan cara pembiakan

B3D6E1
Menjalankan penyiasatan untuk membezakan keadaan terang dan gelap


B3D7E1
Memilih komponen set binaan berpandukan manual bergambar



BAND
PERNYATAAN STANDARD
DESKRIPTOR
EVIDENS

4

Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab




B4
Menggunakan pengetahuan asas sains dan teknologi bagi
menjalankan tugasan


B4D1
Menggunakan pengetahuan asas berkaitan kepentingan makanan dalam menjalankan tugasan



B4D2
Menggunakan pengetahuan asas berkaitan kepentingan keperluan asas haiwan dalam menjalankan tugasan


B4D3
Menggunakan pengetahuan asas berkaitan tabiat makan haiwan dalam menjalankan tugasan




B4D4
Menggunakan pengetahuan asas berkaitan cara haiwan bergerak dalam menjalankan tugasan







B4D5
Menggunakan pengetahuan asas berkaitan pembentukan bayang-bayang dalam menjalankan tugasan



B4D6
Menggunakan pengetahuan asas sains dalam pemasangan komponen set binaan



B4D1E1
Mengenal pasti makanan yang memberi tenaga, membantu tumbesaran, membantu menjaga kesihatan dan membantu proses penyembuhan


B4D2E1
Menyatakan  kepentingan haiwan kepada manusia, tumbuhan dan haiwan lain




B4D3E1
Mengelaskan haiwan mengikut makanan yang dimakan iaitu makan tumbuhan sahaja, makan haiwan sahaja atau makan haiwan dan tumbuhan



B4D4E1
Menjalankan aktiviti simulasi untuk menggambarkan cara haiwan bergerak seperti ikan berenang, burung terbang, lembu berjalan, kura-kura merangkak, ular menjalar, siput babi mengengsot, semut merayap, kuda berlari dan katak melompat




B4D5E1
Menjalankan aktiviti untuk menerangkan bagaimana bayang-bayang dihasilkan




B4D6E1
Memasang komponen set binaan berpandukan manual bergambar

B4D6E2
Melakarkan hasil binaan menggunakan bentuk asas























BAND
PERNYATAAN STANDARD
DESKRIPTOR
EVIDENS

5

Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Terpuji



B5
Mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran saintifik untuk membentuk konsep sains

           

B5D1
Menggunakan pengetahuan dan kemahiran saintifik untuk membentuk konsep berkaitan kepentingan pelbagai makanan



B5D2
Menggunakan pengetahuan dan kemahiran saintifik untuk membentuk konsep berkaitan kepentingan keperluan asas haiwan



B5D3
Menggunakan pengetahuan dan kemahiran saintifik untuk membentuk konsep berkaitan perubahan tumbesaran haiwan



B5D4
Menggunakan pengetahuan dan kemahiran saintifik untuk membentuk konsep berkaitan kepentingan pergerakan haiwan




B5D5
Menggunakan pengetahuan dan kemahiran saintifik untuk membentuk konsep berkaitan kepentingan keperluan asas tumbuhan


B5D6
Menggunakan pengetahuan dan kemahiran saintifik untuk membentuk konsep berkaitan perubahan tumbesaran tumbuhan



B5D7
Menggunakan pengetahuan dan kemahiran saintifik untuk membentuk konsep berkaitan kepentingan cahaya kepada manusia



B5D8
Menggunakan pengetahuan dan kemahiran saintifik untuk membentuk konsep dalam memerihalkan pemasangan komponen set binaan



B5D1E1
Menaakul kepentingan pelbagai jenis makanan kepada manusia





B5D2E1
Menaakul kepentingan keperluan asas kepada haiwan





B5D3E1
Merekod perubahan tumbesaran haiwan seperti rama-rama atau katak dari segi rupa dengan memerhati haiwan sebenar




B5D4E1
Menaakul kepentingan pergerakan kepada haiwan






B5D5E1
Menjalankan penyiasatan untuk menaakul tentang kepentingan air, udara dan cahaya matahari kepada tumbuhan



B5D6E1
Menjalankan penyiasatan untuk merekod perubahan yang berlaku pada tumbuhan semasa membesar dari segi pertambahan tinggi atau bilangan daun ke atas tumbuhan sebenar


B5D7E1
Menaakul kepentingan cahaya kepada manusia






B5D8E1
Menceritakan hasil binaan secara lisan










BAND
PERNYATAAN STANDARD
DESKRIPTOR
EVIDENS



6

Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Mithali



B6
Mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran saintifik untuk menyelesaikan masalah dalam kehidupan harian


B6D1
Menggunakan konsep sains untuk menyelesaikan masalah dalam kehidupan seharian





























B6D2
Menggunakan konsep sains untuk menyelesaikan masalah dalam pemasangan komponen set binaan






























B6D1E1
Mencadangkan satu hidangan makanan dan menerangkan mengapa makanan tersebut dipilih


B6D1E2
Menerangkan makanan, air, udara dan tempat perlindungan yang bersih adalah penting untuk menjamin kesihatan


B6D1E3
Mempraktikkan pengambilan pelbagai jenis makanan berkhasiat supaya sihat


B6D1E4
Menunjukkan kasih sayang terhadap haiwan dengan cara tidak menganiaya haiwan


B6D1E5
Menjaga tumbuhan dengan memberikan keperluan asasnya bagi memastikan ia hidup dan subur


B6D1E6
Mencipta  permainan bayang-bayang seperti  wayang kulit


B6D2E1
Membuka hasil binaan mengikut urutan


B6D2E2
Menyimpan komponen yang telah dibuka ke bekas penyimpanan





























No comments:

Post a Comment

PANDANGAN ANDA...

LinkWithin