Monday, May 7, 2012

PROTIM SKKBSR


 

 
PROTIM  ialah Program Pemulihan 3M yang melibatkan kemahiran asas membaca, menulis dan mengira. Program ini khas untuk murid Tahap 2 yang masih belum menguasai kemahiran membaca dan menulis. Program ini mencerminkan usaha serius Kementerian Pelajaran Malaysia untuk menggempur masalah 3M dan memastikan murid yang tamat persekolahan rendah sudah menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira sebelum mereka melangkah ke sekolah menengah.

 
BAGAIMANAKAH PROTIM DILAKSANAKAN?
  • Satu jawatankuasa dibentuk untuk melaksanakan program ini. Organisasinya adalah seperti berikut:

 
CARTA ORGANISASI PROTIM 2012
SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPUNG BARU SI RUSA

 
PENGERUSI
PUAN HAJAH SITI MARIAM BT. BIDIN
[ GURU BESAR SKKBSR]

 
TIMBALAN PENGERUSI
ENCIK MOHAMAD B. OTHMAN
[ GURU PENOLONG KANAN KURIKULUM ]

 
PENYELARAS PROTIM
PUAN NORIDAH BT. MHD. YAMIN

 
PENOLONG PENYELARAS PROTIM
PUAN SITI NURAFNA BT. M. REDZUAN
[ GURU PEMULIHAN KHAS]

 

 
 GURU PROTIM MATEMATIK                                                                                                                                   

 
 1. PUAN ZAINAB BT. ZAINALGURU PROTIM  
[ KETUA PANITIA MATEMATIK]
 2. PUAN NOR ROHANAH BT. OSMAN
3. PUAN NOORSHAHBANI BT. SHAABAN
4. PUAN WAN KHAZANAH BT. WAN HARUN

 
GURU PROTIM
BAHASA MELAYU

 
1. PUAN WAN RAJAAH BT. WAN DIN
[ KETUA PANITIA B. MELAYU]
2. PUAN HABSAH BT. ISMAIL
3. ENCIK YUSLAN B. IBRAHIM
4. PUAN NORIDAH BT. MHD YAMIN


  • Carta aliran yang disediakan oleh Bahagian Perkembangan Kurikulum (BPK) perlu dilaksanakan oleh pihak sekolah.


CARTA ALIRAN PROGRAM PEMULIHAN 3M (PROTIM)  2012
 


PRAUJIAN[ 1 - 6 APRIL 2012 ]
 

 

ANALISIS PRAUJIAN
8 - 13 April  2012 : Sekolah serah data ke PPD/PPG
15 - 20 April 2012:  PPD/PPG serah data ke JPN
22 - 27 April 2012: JPN serah data ke BPK
 
 
KELAS PROTIM
Mulai 15 April hingga 27 Julai 2012
 
 
PASCAUJIAN
29 Julai hingga 3 Ogos
 
 
ANALISIS PASCAUJIAN
5 -  10 Ogos 2012: Sekolah serah data ke PPD/PPG
12 - 17 Ogos 2012: PPD/PPG serah data ke JPN
19 - 24 Ogos 2012 :  JPN serah data ke BPK
 
 
LAPORAN PENCAPAIAN PROGRAM PROTIM OLEH BPK



  •  Mengenalpasti calon murid PROTIM. Tugas ini perlu dilaksanakan oleh guru-guru PROTIM Bahasa Melayu dan Matematik sambil dipantau oleh ketua panitia dan penyelaras PROTIM. Praujian PROTIM dijalankan seperti yang diarahkan oleh jabatan. Soalan PROTIM

  • Soalan PROTIM terdiri daripada soalan praujian PROTIM dan pascaujian PROTIM. Soalan perlu download daripada BPK. Ujian PROTIM dilaksanakan secara individu untuk kemahiran membaca. Kemahiran menulis dan kemahiran mengira boleh dibuat secara kumpulan.



LAPORAN BERGAMBAR PRAUJIAN PROTIM 2012


 
PRAUJIAN PROTIM 2012
 




KELAS PROTIM

Kelas PROTIM perlu dilaksanakan selepas analisis dibuat. Selain guru PROTIM yang melaksanakan kelas PROTIM ini, bantuan guru pemulihan khas amat diperlukan. Guru pemulihan khas mempunyai banyak kemahiran, pendekatan dan pengalaman dalam menangani masalah murid PROTIM. Murid-murid protim ialah murid-murid pemulihan khas yang gagal menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira.

Selepas menjalani  praujian PROTIM, murid PROTIM perlu mengikuti kelas PROTIM seperti yang dijadualkan.Jadual kelas PROTIM tertakluk kepada pihak sekolah untuk menentukan kelas PROTIM dijalankan. Jadual disediakan oleh penyelaras PROTIM.


JADUAL KELAS PROTIM   [BERMULA 15 APRIL HINGGA 27 JULAI 2012]

 
 
 


No comments:

Post a Comment

PANDANGAN ANDA...

LinkWithin