Monday, July 13, 2015

LAPORAN PLC - LESSON STUDY PANITIA BAHASA MELAYU

LAPORAN BERGAMBAR DAN DOKUMENTASI
PLC - LESSON STUDY
PANITIA BAHASA MELAYU SIRI 1 / 2015


1.0 : PENDAHULUAN

“Professional Learning Community ( PLC )“ merupakan elemen baru dalam pendidikan masa kini yang bertujuan untuk melihat perkembangan professional guru di sekolah. Pelaksanaan“ Lesson Study ” dalam PLC pula bertujuan membentuk jati diri guru-guru ke arah yang lebih cemerlang, gemilang dan terbilang. Justeru, diharapkan dengan pelaksanaan ” Lesson Study “ ini, guru-guru akan dapat memahami konsep satu kitaran pengajaran dan pembelajaran yang teratur dan sempurna di sekolah.

2.0 : RASIONAL

Sesuai dengan slogan “ Bahasa Merentas Kurikulum “, mata pelajaran Bahasa Melayu adalah nadi dan penggerak utama dalam PdP. Guru Bahasa Melayu merupakan aset yang penting untuk mencakna generasi sempurna. Kejayaan guru itu bukan sahaja diukur kepada kemenjadian muridnya, tetapi juga terjelma melalui semangat berpasukan dan tanggungjawab mereka terhadap profesion keguruannya, masyarakat dan negara.

3.0 : MATLAMAT

Aktiviti dalam “ Lesson Study “ ini dapat melatih atau meningkatkan kemahiran guru-guru Bahasa Melayu menjurus kepada kecemerlangan akademik, kualiti kepimpinan dan sahsiah terpuji yang boleh dimanfaatkan kepada murid-murid, diri sendiri dan masyarakat.

4.0 : OBJEKTIF

4.1 : Memahami konsep dan pelaksanaan satu kitaran Lesson Study di sekola
4.2 ; Menggunakan Lesson Study sebagai satu pendekatan perkembangan professional guru-guru di sekolah
4.3 : Membina semangat sepasukan dan bekerjasama ( team work ) yang bertanggung jawab dalam     melaksanakan sesuatu program
4.4 : Meningkatkan nilai-nilai keperibadian dan profesionalisme seseorang guru
4.5 : Memantapkan kualiti kepimpinan seseorang guru

5.0 : ANJURAN

PANITIA BAHASA MELAYU

6.0 : TAJUK PROGRAM

LESSON STUDY

7.0 : TARIKH

29 APRIL 2015 ( RABU )

8.0 : MASA

12.00 hingga 1.00 TENGAHARI

9.0 : TEMPAT

BILIK PPSMI

10.0 : TENAGA PENGAJAR

CIK AZNIDA BINTI TASMUJI

11.0 : SASARAN

MURID-MUIRD KELAS 4 BESTARI
GURU-GURU PANITIA BAHASA MELAYU

12.0 : JAWATANKUASA INDUK

PENASIHAT : PN. HJH. SATIMAH BINTI ABDUL SAMAD ( GB )
PENGERUSI : EN. MOHD. JUSOP ADIPUTERA B. SHAHRUDDIN ( GPK 1 )
NAIB PENGERUSI 1 : EN. MOHD. YAZID B. MOHD. DASIR ( GPK HEM )
NAIB PENGERUSI 2 : PN. NORLELA BT. MOHAMAD JAILANI ( GPK KOKO )
PENYELARAS : PN. HJH. HABSAH BT. HJ. ISMAIL
SETIAUSAHA :  PN. JELEKHO BT. MAT ZAIN

13.0 : JAWATANKUASA KERJA

TENAGA PENGAJAR : CIK AZNIDA BT. TASMUJ
PENYEDIAAN RPH:     CIK AZNIDA BT. TASMUJI
                                         PN. HJH. HABSAH BT. ISMAIL
PENYEDIAAN BBM :   CIK SAMARTINI BT. AYUB
                                         PN. BADARIAH BINTI BAKAR
                                         PN. HJH. HABSAH BT. ISMAIL
PENYEDIAAN TEMPAT :  PN. NUR AZRINA BT. ALI
                                               PN. JELEKHO BT. MAT ZAIN
JURUFOTO :                        PN. HJH. HABSAH BT. ISMAIL
                                               EN. YUSLAN BIN IBRAHIM
JURU VIDEO :                     EN. YUSLAN BIN IBRAHIM
                                               EN. AMRAN BIN MOHAMAD

14.0 : ANGGARAN PERBELANJAAN

RM 10.00 – PHOTOSTAT BAHAN PdP MURID
RM 20.00 – CD UNTUK VIDEO PdP PLC

15.0 : SUMBER KEWANGAN

KUTIPAN RM 3.00 SETIAP ORANG GURU PANITIA BAHASA MELAYU

16.0 : PENUTUP

Melalui program plc ini diharapkan dapat memberikan peluang kepada ahli panitia Bahasa Melayu supaya professional keguruan mereka ke arah yang lebih cemerlang, berkemahiran dan berkeyakinan dalam pelbagai bidang.


LAMPIRAN BERGAMBAR


PENGAJARAN GURU BERFOKUSKAN MURID


MURID-MURID SEMAKIN BERANI MENONJOLKAN DIRI


PENGLIBATAN AKTIF SETIAP MURID


 SESSI PEMBENTANGAN HASIL DAPATAN


RAKAN PANITIA TURUT BELAJAR


PENTADBIR MEMANTAU PLC




No comments:

Post a Comment

PANDANGAN ANDA...

LinkWithin