Wednesday, July 1, 2015

LAPORAN PERTANDINGAN SAHIBBA / 2015

LAPORAN PERTANDINGAN SAHIBBA DAN SAYEMBARA PUISI
DAERAH PORT DICKSON / 2015

Pertandingan Sahibba Dan Sayembara Puisi Daerah Port Dickson telah diadakan pada 07 April 2015 ( Selasa ), bertempat di SMK Yam Tuan Radin, 71010 Lukut, Negeri Sembilan.

Pertandingan Sahibba ini yang diwakili oleh Adik Muhammad Nasreen Bin Suhaimi, dari kelas 6 Arif,  mendapat bimbingan daripada Pn. Hjh. Habsah Binti Ismail.

Pertandingan Sahibba ini telah berjaya mengumpulkan seramai 48 peserta sekolah rendah, meliputi 14 buah sekolah kebangsaan, 17 dari SJKC dan 17 dari SJKT dalam Daerah Port Dickson. Dan Pertandingan Sahibba ini juga dipertandingkan dalam kategori sekolah menengah. Sementara Pertandingan Sayembara Puisi pula, merupakan pertandingan pada kategori sekolah menengah sahaja.

Adik Muhammad Nasreen yang diundi dalam Kumpulan F bersama-sama tiga orang peserta lain, telah memberi persaingan yang sengit untuk mengumpul sebanyak mungkin markah. Namun begitu, nasib kurang menyebelahinya, apabila tidak berjaya untuk ke peringkat akhir pertandingan tersebut. Adik Muhammad Nasreen cuma dianugerahkan sijil penyertaan pada pertandingan kali ini.





Pertandingan yang bermula pada jam 10.00 pagi ini berakhir pada pukul 2.00 petang dengan dimenangi oleh peserta dari SK Permatang Pasir, Linggi. Tahniah kepada pemenang dengan ucapan semoga lebih berjaya pada peringkat negeri nanti. 


No comments:

Post a Comment

PANDANGAN ANDA...

LinkWithin