Wednesday, July 1, 2015

LAPORAN KARNIVAL BAHASA MELAYU PERINGKAT NEGERI SEMBILAN / 2015

LAPORAN KARNIVAL BAHASA MELAYU
PERINGKAT NEGERI SEMBILAN / 2015

16 Jun 2015 ( Selasa ), mungkin satu tarikh keramat yang akan menjadi kenangan buat Adik Nurul Hazimah Binti Rahmat dari kelas 5 Arif, apabila berjaya menjejakkkan kaki buat pertama kalinya ke pertandingan Pidato 1 Malaysia peringkat Negeri Sembilan.

Pelajar Sekolah Kebangsaan Kampung Baru Si Rusa ini mewakili PPD Daerah Port Dickson, telah bertanding di Kompleks Rakan Muda Bandar Baru Serting, Jempol, Negeri Sembilan. Pada peringkat awalnya, venue pertandingan adalah di Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Serting, namun atas kekangan tempat , maka pihak sekolah tersebut telah memilih Kompleks Rakan Muda Bandar Baru Serting, sebagai venue yang lebih lapang dan selesa untuk pertandingan tersebut.

Adik Nurul Hazimah Binti Rahmat yang turun bergaya sebagai peserta kesepuluh daripada 16 orang peserta, begitu yakin dengan tajuk pidatonya " Rakyat Bersatu Negara Maju." Hujah-hujah pidato terancangnya begitu bernas dan gaya penampilannya begitu meyakinkan, sehingga dia tampak teruja untuk meneruskan pidato spontannya.Namun begitu, nasib tidak menyebelahinya kerana dia terkandas dalam perjuangannya untuk muncul sebagai pemenang utama. dia sekadar memperolehi sijil penyertaan dalam pertandingan tersebut.





Kegagalan Adik Nurul Hazimah Binti Rahmat pada pertandingan peringkat Negeri Sembilan ini, bukan pengakhir sebuah perjuangan. Sebaliknya, ini adalah suatu permulaan kepada perjalanan yang panjang kerana Panitia Bahasa Melayu telah berjaya menemukan sebutir mutiara dalam kalangan pasir-pasir di lautan. Dia berpotensi untuk menjadi seorang pemidato yang berkaliber jika mendapat sentuhan dan bimbingan yang mantap daripada guru pembimbing yang kreatif.

Selamat meneruskan perjuangan dan moga-moga berjaya pada masa akan datang.

No comments:

Post a Comment

PANDANGAN ANDA...

LinkWithin