Tuesday, April 24, 2012

AJK INDUK PUSAT SUMBER SKKBSR 2012

PENGERUSI  ( Guru Besar )
Pn. Hjh. Siti Mariam bt Bidin

Naib Pengerusi ( GPK 1 )
Encik Mohamed b. Othman

Setiausaha ( GPM )
Pn. Noorhazira bt. Othman

Pen. Setiausaha
Cik Aznida bt Tasmuji

AJK

GPK HEM
GPK Ko Ko
Ketua Panitia
Ketua-ketua bilik

Falsafah Pusat Sumber 

Pusat sumber sekolah merupakan satu proses aktiviti yang menuju ke arah melaksanakan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan. Ia merupakan satu konsep yang banyak menumpukan kepada pengurusan yang sistematik , berpusat dan menyeluruh yang dapat memberi faedah dan perkhidmatan yang maksima kepada guru-guru dan murid-murid.

Pusat sumber sekolah berfungsi sebagai pengumpul maklumat sebanyak mungkin dan menyusun segala maklumat dalam suatu sistem yang mudah untuk diikuti. Menyimpan maklumat secara sistematik dan kemaskini serta menyebar bahan-bahan maklumat dengan segera dan pada bila-bila masa yang diperlukan.

Pusat sumber sekolah adalah sebagai satu sistem perkhidmatan untuk membolehkan semua pihak di peringkat sekolah mencapai matlamat- matlamat kurikulum di mana ianya merentasi kurikulum serta menggalakkan perkembangan intelektual, rohani, emosi,dan jasmani murid-murid yang seimbang.

Piagam PSS 

* menyediakan pelbagai jenis bahan yang sesuai, mencukupi dan terkini.
* memastikan satu sistem pengurusan yang teratur
* menyediakan perkhidmatan penggunaan pinjaman dan pulangan yang mudah dan berkesan
* menjadikan pusat sumber satu gedung ilmu yang ceria dan efektif

Matlamat Pusat Sumber 

- meningkatkan  taraf pengajaran dan pembelajaran
- menggalakkan tabiat pelajar dalam kegembiraan dan menggunakan pelbagai kemudahan alat dan bahan pengajaran dalam kalangan murid dan guru
- Membantu murid-murid dan guru-guru dalam usaha mengeluarkan dan menilai berbagai-bagai alat dan bahan pengajaran dan pengajaran
- menyediakan kemudahan dan perkhidmatan yang mencukupi untuk memenuhi keperluan murid-murid dan guru-guru yang berbeza antara satu sama lain.

Aktiviti tahunan PSS 

# Mesyuarat  AJK Induk dan AJK Kecil
# Program NILAM 
# Kursus dan Bengkel
# Pamplet 
Pertandingan
- Pertandingan bercerita
- Pertandingan Pembaca Terbanyak
- Pertandingan Mengarang
- Pertandingan Mendeklamasikan sajak
- Pertandingan Mewarna
- Pertandingan ulasan buku 
# Minggu PSS
# Kembara Buku - bulan Bahasa Kebangsaan 
# Penerbitan Buletin
# Projek Khas/ Mega - Blog sekolah berinformasi
# Pameran bertema
# Minggu Mata pelajaran
#  Laluan Iqrak
# Sudut bacaan
# Lawatan







No comments:

Post a Comment

PANDANGAN ANDA...

LinkWithin