Kelas PPKI Sk. Kg. Baru Si Rusa mula ditubuhkan pada Januari 2008 oleh Pn. Marziana binti Idris bersama dengan seorang lagi guru PPKI dan dibantu oleh seorang pembantu pengurusan murid, Pn. suzana. Pada masa itu hanya 3 orang murid sahaja yang mendaftar untuk berada di kelas PPKI di mana murid-murid berkenaan mengalami masalah terencat akal dan juga masalah pembelajaran.
Pada tahun 2009, bertambah lagi seorang guru PPKI diikuti pada tahun 2010 bertambah lagi 2 orang guru PPKI menjadikan jumlah guru PPKI adalah seramai 4 orang dan dibantu oleh pembantu pengurusan murid yang baru iaitu Pn. Rashidah. Bilangan murid juga turut bertambah menjadi 17 orang semuanya.
Pada tahun 2011, Pn. Heryani dilantik menjadi penyelaras yang baru menggantikan Pn. Marziana yang telah berpindah. Seramai 20 orang murid yang telah mendaftar untuk tahun 2011 di mana 17 orang murid berada sepenuhnya di kelas PPKI dan 3 orang murid lagi diinklusifkan sepenuhnya untuk berada di aliran perdana. Pada masa ini terdapat 4 orang guru iaitu Pn. Heryani, Pn. Norfariza, Pn. Shirley Naja dan juga Pn. Noor Fairuz dengan dibantu oleh 2 orang pembantu pengurusan murid iaitu Pn. Rashidah dan Pn. Fatimah.
Pada tahun 2012 pula terdapat seramai 18 orang murid dengan pelbagai kategori iaitu Syndrom down, masalah pembelajaran, hiper aktif, masalah pendengaran dan juga disleksia. Murid-murid ini ditempatkan di kelas Arif, kelas Bestari dan juga kelas Cemerlang mengikut tahap keupayaan mereka.
Aktiviti Tahunan PPKI 2012
JANUARI • Pendaftaran Sekolah
• Ujian Penempatan
• Mesyuarat Guru PPKI 1
• Mesyuarat Waris 1
• Penghantaran Data LINUS ke Jabatan
FEBRUARI • Aktiviti Keceriaan Kelas
• Membina Alat Bantu Mengajar
• Gotong Royong membersihkan kelas
MAC • Mesyuarat guru PPKI 2
• Terapi Pasir
APRIL • Gotong Royong Perdana
MEI • Peperiksaan Semester 1
• Majlis Sambutan Hari Lahir ( Bln 1 – Bln 5 )
• Majlis Sambutan Hari Guru
JUN • Mesyuarat Guru PPKI 3
• Aktiviti keceriaan
• Membina Alat Bantu Mengajar
JULAI • Pra UPSR
• Terapi Pasir
OGOS • Projek Bulan Merdeka
• Hari Bakat Pendidikan Khas
SEPTEMBER • Sukan Sekolah
• UPSR
OKTOBER • Peperiksaan Semester 2
• Mesyuarat Guru PPKI 4
NOVEMBER • Jamuan Akhir Tahun
• Hari Anugerah Cemerlang
Gambar aktiviti-aktiviti PPKI
Gambar 1 : Majlis penyerahan tabung BSN |
Gambar 2 : Murid ceria menerima tabung 1 Malaysia |
Gambar 3 : Projek Mega sempena bulan kemerdekaan |
comel sume..
ReplyDelete