Tuesday, July 14, 2015

Aktiviti Tahunan PSS


LAPORAN PROGRAM KEM MEMBACA 1 MALAYSIA ( KM1M )
 PERINGKAT DAERAH / SEKOLAH 2015

ANJURAN BERSAMA PPD/PKG PD / SK KG BARU SI RUSA

1. Tarikh                         : 21 April hingga 23 April 2015 
2. Masa                          : 7.40 pagi - 1.30 petang 
3. Tempat                       : SK Kampung Baru Si Rusa 
4. Objektif                       : Program ini bertujuan untuk memupuk budaya membaca secara                                                      berterusan, menggerakkan program galakan membaca dan                                                            menggunakan masa lapang/ senggang dengan membaca.

5. Kumpulan Sasaran      : Warga SK Kg. Baru Si Rusa 
6. Bilangan Peserta        : 773 orang 
7. Impak                            : 7. 1 100 % warga sekolah dapat mengetahui kepentinga budaya                                                           dalam kehidupan seharian. 

                                             :  7.2 100% dapat meningkatkan budaya membaca dalam kalangan                                                  warga  sekolah secara berterusan. 
                                        

Laporan : 

                Pada  hari pertama iaitu 21 April 2015 telah dijalankan majlis Pelancaran Kem Membaca 1 Malaysia ( KM1M ) bermula pada pukul 8.30 pagi dan berakhir pada 10.10 pagi. Pelancaran telah dijalankan di Dataran Minda. Pengisian yang dijalankan ialah penyerahan banner  oleh maskot membaca   yang terdiri daripada empat orang murid tahun satu yang telah celik membaca kepada GPK Pentadbiran. GPK Pentabiran pula menyerahkan empat buah buku besar kepada maskot membaca.  Selepas itu, perasmian pelancaran telah dilakukan oleh GPK Pentadbiran iaitu En. Mohamad Jusop Adiputera bin Shahrudin. Beliau juga menyampaikan ucapan yang menggalakan murid SK Kampung Baru Si Rusa menggunakan masa lapang mereka dengan membaca. Seterusnya, diadakan majlis penyampaian pembaca terbanyak bagi  aktiviti Program NILAM . Agenda dsemarakkan dengan nyanyian koir dari kelas 4 Arif bertajuk Budaya Membaca. Acara kemuncak ialah Jom Membaca selama 30 minit 33 saat.  Murid dan para guru menunjukkan minat dan bersemangat membaca.  Pada waktu murid boleh membeli buku-buku bacaan yang dijual oleh pembekal buku dengan harga berpatutan di kantin sekolah. Pada waktu rehat juga diadakan program jom membaca bersama di dewan terbuka. Beberapa orang murid telah membaca buku dan murid mendengar. 


                    Pada hari kedua  iaitu 22 April 2015 telah dijalankan aktiviti seperti kuiz jejak maklumat. Semasa perhimpunan pagi kuiz jejak maklumat telah dijalankan. Jawapan kuiz berdasarkan maklumat yang dipaparkan di papan maklumat di sekitar kawasan sekolah. Enam orang murid telah terpilih sebagai pemenang kuiz tersebut. Seterusnya, murid mendengar rancangan radio sekolah berkaitan berita hari ini dalam dua versi iaitu Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris. Adik Nurul Hazimah dan Adik Shania dari kelas 5 Arif merupakan juruhebah bertugas pada hari itu.  Selepas itu,  semasa waktu ko kurikulum dijalankan pula aktiviti pidato 1 Malaysia dan public speaking. Para peserta telah menyampaikan persembahan dengan menyakinkan. Pada waktu rehat diteruskan acara jom membaca dab jualan buku . 


                           Pada hari ketiga dan terakhir berlangsung pula acara pertandingan gali kata. Pertandingan ini dijalankan semasa waktu mata pelajaran Bahasa Melayu. Setiap kelas dipilih seorang pemenang. Pada waktu rehat dijalankan aktiviti jom membaca dan jualan buku di kantin. 








No comments:

Post a Comment

PANDANGAN ANDA...

LinkWithin