Thursday, May 3, 2012

Profil Sekolah


SEJARAH SEKOLAH
 
Sekolah Kebangsaan Kampung Baru Si Rusa ditubuhkan pada 1 Januari 2004.  Pada masa itu, sekolah ini menumpang di Sekolah Kebangsaan Si Rusa.  Tujuan penubuhan sekolah ini adalah untuk mengurangkan bilangan murid di Sekolah Kebangsaan Si Rusa yang dijalankan secara duasesi iaitu sesi pagi dan sesi petang.  Dengan penubuhan Sekolah Kebangsaan Kampung Baru Si Rusa, sebahagian besar murid dari Sekolah Kebangsaan Si Rusa dan sebahagian murid dari Sekolah Kebangsaan Panglima Adnan telah ditempatkan di sekolah ini.   Penduduk kampung dan masyarakat sekitar  sekolah ini telah  mencadangkan penubuhan Sekolah Kebangsaan Kampung Baru Si Rusa. Cadangan ini telah diusahakan oleh UMNO Bahagian di kawasan ini yang diketuai oleh Tn.Hj Mohamed Elias b Jaffar bersama Wakil Rakyat kawasan. Usaha ini telah dipersetujui dan mendapat perhatian daripada Yang Amat Berhormat Menteri Besar pada masa itu iaitu YAB Dato’ Seri Utama Mohd Isa bin Hj Abd Samad.  Kebanyakan penduduk yang berada di sekitar sekolah ini adalah terdiri daripada  penduduk Kampung Baru Si Rusa dan  keluarga angkatan tentera.
    
     Sekolah ini telah diterajui oleh ‘care taker’ Encik Hasan bin Hussain.  Beliau telah memulakan tugas sebagai ‘care taker’ mulai 16.11.2003, manakala dibantu oleh Puan Sapiah bt Haron sebagai GPK HEM dan Puan Hjh Siti Aniah bt Alias sebagai GPK Kokurikulum.  Pihak Jabatan Pelajaran Negeri  telah menempatkan seorang Pembantu Tadbir Pn.Kamsiah bt Musa bagi menguruskan urusan pejabat. 
    
     Semasa menumpang di SK Si Rusa,  SK Kampung Baru Si Rusa telah dijalankan pada sesi petang dengan menggunakan bangunan, kantin dan kemudahan lain bagi menjalankan pengajaran dan pembelajaran.  Murid-murid yang belajar di SK Kampung Baru Si Rusa adalah terdiri daripada murid Tahun 1 hingga Tahun 5 sahaja.  Manakala jumlah murid pada masa itu adalah seramai 410 orang.  Pada bulan Februari 2004, Guru Besar pertama telah ditempatkan di sekolah ini, iaitu Puan Raziah bt Mansor.

 
SK Kampung Baru Si Rusa berpindah ke bangunan baru yang terletak di kawasan Kampung Baru Si Rusa pada 1.1. 2005 setelah bangunan baru ini dilawati oleh Menteri Pelajaran YB Dato’ Sri Hishamudin bin Tun Hussein pada bulan  November 2004.  Tujuan lawatan Yang Berhormat adalah untuk mempastikan keadaan bangunan dan persekitaran sekolah selamat apabila diduduki.  Kemudahan sekolah ini adalah serba lengkap dan  sungguh selesa.  Bilangan kelas juga bertambah menjadi 24 kelas iaitu terdiri daripada Tahun 1 hingga Tahun 6.  Jumlah murid juga menjadi 812 orang dan bilangan guru juga bertambah.  Semasa berada di bangunan baru , bilangan anak tentera adalah seramai 334 orang berbanding dengan jumlah semua murid.  Dalam masa yang singkat sekolah ini telah berkembang dan berupaya menempa nama sama ada dalam bidang kurikulum mahupun kokurikulum.  Sekolah ini memberi tumpuan  kepada kecemerlangan
akademik dan sahsiah pelajar dengan slogan Ilmu Teras Kecemerlangan.

     Guru Besar yang telah berkhidmat di Sekolah Kebangsaan Kampung Baru Si Rusa, sila rujuk jadual 1 di bawah.
BIL
NAMA GURU BESAR
TAHUN
1
Puan Raziah bt Mansor
16.2.2004 hingga 16.4.2006
2
Encik Marti bin Serin
16.4.2006 hingga 1.6.2007
3
Puan Hjh Siti Mariam bt Bidin
16.6.2007 hingga sekarang
 
VISI SEKOLAH                                                                                      

sekolah unggul penjana jenerasi terbilang
             MISI SEKOLAH                                                

Membangunkan potensi individu melalui pendidikan kualiti

    PIAGAM PELANGGAN SEKOLAH

     Dalam usaha untuk mempastikan kecemerlangan pendidikan, kami komited untuk memberikan perkhidmatan yang berkualiti kepada pelanggan seperti berikut:

Kepada Pelajar
Memberi bimbingan dan didikan yang saksama dan berterusan
Mengambil langkah-langkah segera menangani keselamatan dan kebajikan pelajar

Kepada Staf SKKBSR
Memastikan kebajikan semua staf SKKBSR dijaga dengan baik
Memastikan semua pandangan dan teguran yang membina daripada semua staf akan
     dipertimbangkan
Kepada Masyarakat
  Sentiasa bekerjasama dengan semua pihak untuk kepentingan bersama
Membekalkan maklumat yang tepat dan segera mengikut keperluan







































                 






                     




























2 comments:

PANDANGAN ANDA...

LinkWithin