Thursday, May 31, 2012

PROGRAM PEMBANGUNAN BOLA SEPAK PERINGKAT AKAR UMBI



  Negeri Sembilan FA crest

    PROGRAM PEMBANGUNAN BOLA SEPAK PERINGKAT AKAR UMBI  ANJURAN PERSATUAN BOLA SEPAK NEGERI SEMBILAN   DENGAN KERJASAMA YAYASAN NEGERI SEMBILAN DAN  JABATAN PELAJARAN NEGERI SEMBILAN










Sekolah Kebangsaan Kampung Baru SI Rusa mempunyai dua kumpulan murid yang terlibat dengan program ini. kumpulan tersebut ialah :

1. Kumpulan pertama ialah pasukan bawah 10 tahun yang mengadakan latihan di SK Panglima Adnan
2. Kumpulan kedua ialah pasukan bawah 12 tahun yang mengadakan latihan di SK Kampung Baru SI Rusa 


BERITA / PAPARAN AKHBAR

                USAHA Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan (PBNS) dengan kerjasama Yayasan Negeri Sembilan (YNS) yang melancarkan program pembangunan bola sepak (PPBS) peringkat akar umbi mendapat sokongan padu Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

               Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad berkata, PBNS adalah satu-satunya persatuan di negara ini yang komited dengan mengambil daya usaha melaksanakan program itu dengan tujuan melahirkan lebih ramai pemain berprestasi tinggi pada masa depan.

             “Program ini sangat dialu-alukan dan sudah tentunya ia tidak akan terlaksana andai tiada komitmen dan kesungguhan tinggi kepemimpinan Menteri Besar merangkap Presiden PBNS, Datuk Seri Mohamad Hasan.
“FAM tidak bermaya mengadakan program seperti ini kerana ia memerlukan kos yang tinggi. Saya mengucapkan tahniah serta syabas kepada Mohamad selaku pemimpin negeri dan Presiden PBNS mencetuskan serta mengambil satu langkah positif dan berani.

            “Andainya seluruh persetuan negeri melaksanakan program seperti ini, saya yakin dalam tempoh 10 ke 20 tahun lagi, kita tidak akan ketandusan pemain berbakat untuk menyertai pasukan kebangsaan,” katanya selepas pelancaran PPBS di Pusat Sukan Paroi yang disempurnakan Mohamad, baru-baru ini.

            Menerusi program itu, 16 sekolah seluruh negeri dipilih sebagai pusat latihan membabitkan 260 peserta yang diberi bimbingan sepenuh masa oleh jurulatih bertauliah disediakan PBNS. Azzuddin berkata, pihaknya berharap program itu mencapai matlamatnya dan yakin melalui sokongan pelbagai pihak di Negeri Sembilan termasuk Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan, ia akan meraih kejayaan cemerlang. Sehubungan itu, beliau mahu persatuan negeri lain menjadikannya contoh dalam usaha menyokong ke arah pembangunan bola sepak negara.

sumber :


Info - info lain berkenaaan bola sepak Negeri Sembilan dan Malaysia boleh dirujuk pada laman web dibawah :

3. FAM 





No comments:

Post a Comment

PANDANGAN ANDA...

LinkWithin