Wednesday, May 2, 2012

PANITIA PEND JASMANI DAN KESIHATAN



CARTA ORGANISASI PANITIA PJK 2012 

PENAUNG
PN HJH SITI MARIAM BINTI BIDIN

GPK AKADEMIK
EN MOHAMAD BIN OTHMAN

GPK HEM
PN HJH SITI AINIAH BINTI ALIAS

GPK KOKO
EN YAZID BIN DASIR

KETUA PANITIA / SETIAUSAHA SUKAN
CIK SAMARTINI BINTI AYUB

SETIAUSAHA
CIK AZNIDA BINTI TASMUJI

AHLI PANITIA
CIK NURULFATIHAH MD NOOR
PN NOR ELINA HANI RAMLI
PN JELEKHO MAT ZAIN
PN HASNIDA SABTU
PN NOR ROHANA OSMAN
PN NORHASLINDA OMAR
PN NOOR HAZIRA OTHMAN
PN HABSAH ISMAIL
PN NOOR SHAHBANI SA'ABAN


ANTARA PROGRAM PANITIA PJK 2012

  •  SEGAK


    SEGAK – STANDARD KECERGASAN FIZIKAL KEBANGSAAN


    APAKAH SEGAK?

    # PROGRAM PENILAIAN STANDARD KECERGASAN FIZIKAL KEBANGSAAN (SEGAK)
    # DIRANCANG SELARI DENGAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN JASMANI DAN PENDIDIKAN KESIHATAN SEKOLAH RENDAH DAN MENENGAH.

    MATLAMAT

    # MURID SENTIASA PEKA, BERPENGETAHUAN DAN MENGAMALKAN AKTIVITI KECERGASAN UNTUK MENINGKAT DAN MENGEKALKAN TAHAP KECERGASAN FIZIKAL YANG OPTIMUM.

    UJIAN-UJIAN SEGAK

    1. NAIK TURUN BANGKU ( 3 MINIT )
    2. TEKAN TUBI ( 1 MINIT )
    3. RINGKUK TUBI SEPARA
    4. JANGKAUAN MELUNJUR

    UJIAN MESTI DI SELESAIKAN DALAM HARI YANG SAMA!
    UJIAN 1 -  NAIK TURUN BANGKU
    (3 MINIT)


    TUJUAN : MENGUKUR DAYA TAHAN KARDIOVASKULAR

    PROSEDUR
    - Murid memakai kasut sukan yang sesuai
    - Murid berdiri tegak dengan kaki kanan atau kiri (ikut keselesaan) di letakkan di atas
      bangku.
    - Penguji akan memberi isyarat “mula”.
    - Murid melakukan pergerakan naik dan turun 
       (kaki kiri naik  di ikuti kaki  kanan kemudian 
        kaki  kiri turun di ikuti kaki kanan)
    - Murid melakukan pergerakan mengikut rentak 
      rakaman atau metronome - 96 detik/minit selama 
       3 minit
    - Selepas tamat murid dikehendaki duduk serta 
       merta
    - Kira kadar nadi selepas 5 saat tamat perlakuan - 
       kiraan dilakukan oleh guru atau  menggunakan 
       Polar Heart Rate Monitor
    - Kadar nadi diambil dlm jangkamasa 1 minit
    - Jika murid tidak menamatkan lakuan selama
      3 minit, skor murid ini dibatalkan


    UJIAN 2 -  TEKAN TUBI
    (1 MINIT)


    TUJUAN : MENGUKUR KEUPAYAAN DAYA TAHAN DAN KEKUATAN OTOT TANGAN SERTA OTOT BAHU

    PROSEDUR
    - Mula dengan kedudukan sokong hadapan dengan berat badan disokong oleh tangan
      yang lurus dan dan jari-jari kaki
    - Badan diluruskan
    - Turunkan badan dengan  
      membengkokkan siku sehingga dada 
      menyentuh span
    - Luruskan tangan seperti dlm 
      kedudukan sedia
    - Tekan tubi diteruskan sehingga 
       murid tidak berupaya 
       meneruskannya
    - Ujian akan ditamatkan jika murid   
       tidak melakukan aktiviti secara 
       sempurna mengikut arahan 1 
       hingga  3
    - Murid B mengira dan merekod bilangan lakuan Murid A


    UJIAN 2 - TEKAN TUBI SUAIAN (1 MINIT)


    TUJUAN : MENGUKUR KEUPAYAAN DAYA TAHAN DAN KEKUATAN OTOT TANGAN SERTA OTOT BAHU


    PROSEDUR

    - Mula dengan kedudukan sokong hadapan dengan berat badan disokong oleh tangan
      yang lurus dan lutut yang bengkok. Kaki  bersilang. Badan diluruskan
    - Turunkan badan dengan membengkokkan  siku sehingga dada menyentuh span
    - Luruskan tangan seperti dlm 
      kedudukan sedia
    - Tekan tubi diteruskan sehingga 
       murid tidak  berupaya 
       meneruskannya
    - Ujian akan ditamatkan jika murid 
      tidak melakukan aktiviti secara 
      sempurna  mengikut arahan 1 
       hingga  3
    - Murid B mengira dan merekod bilanganlakuan Murid A




    UJIAN 3 -  RINGKUK TUBI SEPARA 
    (1 MINIT)


    TUJUAN : MENGUKUR DAYA TAHAN DAN KEKUATAN OTOT ABDOMEN

    PROSEDUR

    - Ujian ini dijalankan dengan murid memakai kasut yang    
      sesuai
    - Murid A berbaring dgn lutut bengkok 90darjah dan tumit  
      dan kaki sentiasa
    - Buka kaki seluas bahu
    - Kedua-dua belah tangan lurus di sisi dan hujung jari  
       menyentuh bahagian luar pelekat pertama
    - Pada setiap lakuan ringkuk, bahu perlu diangkat supaya jari 
      tengah kedua-dua tangan menyentuh bahagian luar pelekat
      kedua
    -Bahagian bawah belakang badan hendaklah rata dan jari 
      tengah pada kedudukan asal (ulang prosedur 4) sebelum 
       melakukan ulangan yang seterusnya
    - Murid melakukan pergerakan mengikut rentak rakaman atau metronome dengan
      kadar 50 detik/minit selama 1 minit
    - Murid B mengira ulangan perlakuan
    Ujian akan ditamatkan sekiranya murid A
    - Berasa tidak selesa
    - Jari tidak menyentuh bahagian luar garisan penanda kedua
    - Tumit terangkat


    UJIAN 4 -  JANGKAUAN MELUNJUR


    TUJUAN : MENGUKUR FLEKSIBILITI

     PROSEDUR

     

    - Murid duduk melunjur tanpa kasut.
    - Tumit kaki di letak di belakang penanda 23
       sentimeter.
    - Kedua-dua kaki lurus sepanjang masa  
       ujian.
       Rakan memegang lutut.
    - Tapak tangan kanana ditindih di atas 
       belakang tapak tangan kiri dalam keadaan  
       hujung jari tengah hendaklah sama.
    - Dagu rapat ke dada. Jangkaukan tangan
      perlahan-lahan sejauh yang mungkin 
       atas  pita pengukur.
    - Jangkauan hendaklah dikekalkan selama 3 saat tanpa menyentap.
    - Murid diberi tiga percubaan berturut-turut.
    – Percubahan terbaik diambil kira sebagai skor.  Bacaan dikira pada sentimeter yang terhampir.
    - Tidak perlu merekod dalam titik perpuluhan.
    - Murid yang membantu memegang lutut pelaku  tidak menganggu pelaku.
 
Buat line kat padang ( tiap2 tahun kene buat)

    tukang tarik tape



    • lukis mural kat bilik PJK




    •  Pembangunan Balapan & Padang
      " never give up "

    fly la korang....

    hari pertandingan.. semangat baju baru hihihi...

    team paling comeyy..

    coaches yang telah ditinted


    sujud syukur sbb SKKBSR jd champion!!!!

    senior and junior Kg Baru..


    kapt terima piala pusingan juara keseluruhan sek rendah






    • PROGRAM CUTI SEKOLAH...
    program kat pantai bt4
    
    kawasan lompat jauh.... the best ever
    






















     

          1 comment:

          1. rindu dekat sekolah ni ..
            dah hampir 7 tahun tak datang..
            banyak perubahan yang telah dibuat dari segi infrastruktur dan juga para pengajar ..
            saya berharap agar cikgu-cikgu semua dapat mengajar dengan lebih dedikasi seperti mana tahun-tahun sebelumnya..
            di sini saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru2 yang telah mengajar saya .. terutamanya Pn.Jelekho, Pn Khadijah Ismail, Pn. Elina hani dan juga Pn. Hafizan Adnan.

            ReplyDelete

          PANDANGAN ANDA...

          LinkWithin